Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for Jun 2008

Tiada perancangan punca institusi pondok berkubur

Posted by epondok di Jun 30, 2008

Lanjusoh
Mon | Jun 16, 08 | 1:53:22 pm MYT
KUALA KRAI: Ketika berkunjung ke bandar Kuala Krai, Kota Bharu dan Pasir Mas anda boleh melihat budak-budak berjubah putih dan berserban.Hati tentunya tersentuh melihat akhlak Islam terus dipertahankan. Kadang-kadang mereka mengelek kitab jawi. Kalau di Kota Bharu kedai Jaffar Rawas menjadi tumpuan.Inilah fenomena yang masih dapat disaksikan di Kelantan. Namun, institusi pondok yang ada sekarang jauh berkurangan berbanding zaman kegemilangannya.Lebih 300minstitusi pondok terdapat di Kelantan di zaman kegemilangannya. Pondok terawal yang masih kekal iaitu Pondok Sheikh Abdul Samad Pulai Chondong diwujudkan pada 1820.

Di era kemasyuhurannya pelajar-pelajar datang dari seluruh Nusantara termasuk Kempuchea, Sumatera, Patani, Singapura dan Brunei.

Kini setelah zaman bertukar, institusi pondok semakin berkurangan. Sekarang hanya tinggal 14 institusi pondok tradisonal disamping puluhan lagi pondok warga emas dan tahfiz yang masih bertahan di Kelantan.

Antaranya Pondok Pasir Tumbuh, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian, Pondok Gelang Mas, Pondok Neting, Pondok Seligi, Pondok Tunjung, Pondok Berangan.

Pondok Beta Hilir, Pondok Lepan Bola, Pondok Bukit Gading, Pondok Tunjung, Pondok Bukit Awang, Pondok Lubok Stol dan Pondok Genting. Pondok paling tua yang kekal sehingga sekarang iaitu Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas ditubuh pada 1932.

Manakala pondok yang mempunyai bilangan pelajar paling ramai iaitu Pondok Pasir Tumbuh iaitu seramai 500 orang. Bilangan warga tua dan pasangan kelamin pula seramai 800 orang.

Dua lagi pondok yang mempunyai bilangan pelajar ramai iaitu Pondok Sungai Durian, Kuala Krai dan Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Persoalannya mengapa bilangan pondok merudum begitu banyak sekali. Menjelaskan perkara itu Mudir Pondok Sungai Durian, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, antaranya kerana tiada perancangan awal tok-tok guru pondok dalam memastikan generasi pelapis yang bakal meneruskan pengajian pondok samada daripada kalangan ahli keluarga atau pelajar pilihan.

“Tiada persiapan awal oleh tok-tok guru antara punca banyak pondok mati di Kelantan. Selain itu tidak kesatuan khusus di kalangan tok-tok guru pondok,” katanya pada forum sempena sambutan ulangtahun ke-50 Pondok Sungai Durian di sini, baru-baru ini.

Perasmiannya disempurnakan anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah.

Ahli panel lain iaitu Mudir Pondok Lubuk Tapah, Dr Lokman Abdullah dan Pengerusi Jemaah Tadbir Pondok Pasir Tumbuh, Ustaz Abdul Halim Abdul Ghani.

Dr Basit juga menyatakan setiap institusi pondok perlu mengadakan usrah di kalangan tenaga pengajar bagi mencetus idea baru ke arah memperkasakan lagi institusi tersebut.

Selain itu muzakarah di kalangan guru-guru pondok juga penting bagi memastikan institusi pondok terus unggul melewati zaman.

Abdul Halim berkata, bagi memastikan institusi pondok terus unggul, Pondok Pasir Tumbuh menyediakan peluang pelajar-pelajar insitusi pengajian tinggi dan sekolah belajar secara pakej pada musim cuti semester.

“Kaedah pembelajaran itu mendapat sambutan menggalakkan sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lalu,” katanya.

Sempena sambutan ulang tahun tersebut diadakan pelbagai program antaranya ekspo, pameran, forum, ceramah dan seminar. Ia mendapat sambutan menggalakkan.

Mohd Amar berkata, institusi pondok menjadi kubu bagi mempertahankan Islam sehingga ramai guru pondok bangkit menentang penjajah, antaranya Tok Janggut, Tok Kenali dan Diponegoro di Indonesia.

Pondok Sungai Durian satu-satunya institusi pondok yang mempunyai dua sistem iaitu pengajian kitab dan sistem sekolah.

Pondok tersebut diasas Tuan Guru Abdul Rahman Sulaiman pada 1958.

Insitusi pondok di Kelantan dimantapkan semula dengan adanya Pusat Pembangunan Pondok Bhd yang ditubuh pada 1995. Peranannya menyelaras institusi pondok yang terdapat di Kelantan.

Dana awal disumbang kerajaan negeri.– tajdid

Posted in Pondok Sungai Durian | Leave a Comment »

Rayuan Derma Pembinaan Asrama

Posted by epondok di Jun 29, 2008

Perasmian penutup sambutan Jubli Emas Pondok Sungai Durian berjalan dengan penuh lancar walau pun YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan terpaksa digantikan oleh Speaker Negeri Kelantan, YB Ustaz Nasarudin Daud pada saat-saat akhir. Ribuan hadirin yang terus memberi sokongan kepada semua aktiviti yang dianjurkan sepanjang majlis yang penuh bersejarah ini telah hadir dalam majlis tersebut. Sempena majlis ini turut dilancarkan kutipan derma bagi mengutip dana untuk membina asrama pelajar dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 500 ribu. Semua pihak yang cintakan Islam dan pengajian agama bolehlah menghulurkan sumbangan kepada pihak pondok tersebut

Posted in Pondok Sungai Durian, Program Terbaru | Leave a Comment »

Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai

Posted by epondok di Jun 25, 2008

Salmah Mat Husain
Wed | Jun 25, 08 | 6:16:30 pm MYT

 

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) ? Seorang anggota polis mengakui seseorang yang memakai serban ketika menunggang motosikal termasuk dalam ciri-ciri lebai seperti ditafsirkan dalam Kamus Dewan.

Lans Kopral Che Sidek Omar Mat Hassan ketika menjawab soalan peguam tertuduh bersetuju memakai serban merupakan ciri-ciri lebai seperti yang disebut dalam kamus tersebut.

Beliau memberi keterangan tersebut dalam perbicaraan seorang pelajar Pondok Pasir Tumbuh, Ahmad Nasir Darus, 27 yang disaman ketika menunggang motosikal dengan memakai serban tanpa menggunakan topi keledar.

Pada perbicaraan sebelum ini tertuduh mengaku tidak bersalah. Perbicaraan itu diadakan di hadapan Majistret Tengku Amalin Aisyah Puteri Sultan Ismail Petra di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh dibela peguam Ahmad Rizal Effende Zainol, manakala pendakwaan pula dikendalikan pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 20 September tahun lalu di Jalan Pasir Tumboh, dekat sini kira-kira jam 6.30 petang.

Che Sidek berkata, saman dikeluarkan terhadap pelajar terbabit atas arahan pegawainya kerana pada masa kejadian tertuduh didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Peguam bela sebelum itu mengemukakan kepada mahkamah dokumen Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan Motosikal (topi keledar) 1973 yang merujuk kepada pihak yang dibenarkan untuk tidak memakai topi keledar.

Ahmad Rizal membaca dokumen pengecualian tersebut di mana kata beliau kefahamannya istilah haji, hajah, lebai dan Sikh tergolong dalam pengecualian itu.

?Che Sidek sebagai seorang pengendali undang-undang seharusnya memahami undang-undang terlebih dahulu sebelum bertindak kepada orang lain,? katanya.

Saksi terbabit bagaimanapun tidak bersetuju dengan dakwaan itu dan tetap menyatakan hanya haji, hajah, lebai dan Sikh sahaja yang dikecualikan tidak memakai topi keledar.

Ekoran itu pihak peguam mengemukakan maksud lebai seperti yang terkandung dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan meminta saksi membacanya.

Saksi kemudian membacanya seperti terkandung dalam kamus itu di mana katanya, lebai bermaksud orang yang tahu tentang agama, bibirnya bergerak-gerak bagai membilang tasbih dan orang yang mengerjakan sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam.

Pada peringkat awal prosiding peguam meminta saksi mengucap dua kalimah syahadah serta menjelaskan maksudnya sebagai membuktikan statusnya beragama Islam.

Tertuduh disaman di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Kes tersebut akan disambung bicara pada 21 Julai depan, manakala 4 dan 18 Ogos pula hujah balas. Keputusannya akan dibuat pada 15 September depan.

Sementara itu, lebih 200 pelajar pondok mengiringi Ahmad Nasir sebagai sokongan moral terhadap perjuangannya menuntut hak dan kebenaran. – mj

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Tuan Guru Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834-1934)

Posted by epondok di Jun 24, 2008

 

 

Tokoh guru pondok  akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang seangkatan dengan Tok Mesir,  Tok Ayah Kerasak, Hj. Nik Mat Dagu dan Hj. Ismail Pengkalan Paung, rakan akrab Hj. Abdul Latiff Jalaluddin (Bilal Masjid Kota Bharu).

 

Nama penuhnya ialah Hj. Abdul Malik bin Hasan, lahir di Kg. Sungai Pinang, Tumpat sekitar 1834 dari kalangan keluarga yang sangat miskin. Menuntut ilmu di Patani dan kota suci Mekah selama 14 tahun.  Beliau masyhur alim al-Quran dan kitab jawi..

 

Selain mengajar al-Quran dan kitab jawi, beliau banyak terlibat dalam usaha membanteras amalan khurafat dan syirik, termasuk memuja kubur serta amalan ilmu sihir.

 

Di  peringkat negeri pula, beliau turut tersenarai dalam panel ulama’ yang dijadikan pakarrujuk oleh Sultan Mansur Ahmad (dekad 1890-an) dalam menguatkuasakan undang-undang Islam seperti hukuman hudud kepada pencuri dan pembunuh (diarak keliling Pekan),  hukuman ta’zir kepada orang yang tidak berpuasa dan tidak menutup aurat (dilumur belaking).

 

Kebanyakan murid-murid Tuan Guru Hj. Abdul Malek  di berkati Allah dengan ilmu mereka serta berjaya melahirkan barisan pendidik pelapis pada zaman masing-masing.

 

Antara murid-murid kenamaannya ialah Tok Jerulong@ Hj. Mohd.  Said Muhammad, Hj. Samat Hasan Padang Chenok, Hj. Che Mat Taib PasirPekan Hilir, Hj. Ismail Musa Temangan, Hj. Wan Abdullah  Kg. Chap/ Sg. Pinang, Wan Hj. Khatib Bemban /Binjai, Tok Kedah@Hj. Idris Penggawa Kangkong, Hj. Mahmood Ali (Imam Kangkong), Hj. Mohd Akib Ismail Kg. Kelar, Hj. Daud Saamah (bapa kepada Hj. Tuan Guru Hj. Saad Kangkong), Tuan Guru Hj. Ali Pulau Pisang, Tuan Guru Hj. Abdullah Senik (pengasas Pondok Padang di Pasir Mas), Tuan Guru Hj. Wan Ahmad  Abdul Halim (pengasas Pondok Padang Jelapang), Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Osman (pengasas Pondok Selehong), Tuan Guru Hj. Yusoff Abdul Rahman (pengasas Pondok Pulau Ubi), hj. Ibrahim Tok Raja (Mufti Kerajaan Kelantan) dan Hj. Seman Sering (kemudian lebih terkenal dengan nama Sheikh Osman Jalluddin al-Kalantani)

 

 

Datuk kepada Dato’ Dr Nik Safiah Karim (Profesor Adjung di Universiti Malaya) ini kembali ke  rahmatullah di Sg. Pinang pada malam Rabu 11/12 Ramadhan  1353 bersamaan 18  Disember 1934.

Posted in Tokoh Ulama' | Leave a Comment »

Pertahan Pemakaian Serban

Posted by epondok di Jun 23, 2008

Seluruh warga pondok dan masyarakat umum yang cintakan agama diseru untuk sama-sama hadir ke Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 8.30 pagi  esok Selasa 24 Jun 2008 bagi memberi sokongan moral kepada seorang pelajar Pondok Pasir Tumboh yang terpaksa dibicarakan atas kesalahan memakai serban semasa memandu motosikal beberapa bulan lepas. Sebelum ini telah ada beberapa kes yang sama berlaku tetapi pihak atasan trafik memberi pelepasan dan memberi salinan perundangan berkenaan pemakaian serban bagi beberapa individu seperti haji, lebai dan sikh. Tetapi kali ini pihak berkenaan tetap berkeras mahu menyaman atas alasan pelajar tersebut bukan kalangan haji atau lebai apabila mereka seolah-olah mahu menyempitkan makna lebai. Mengikut perundangan Pondok Pasir Tumboh mewajibkan pemakaian serban apabila menunggang motosikal. Kita bimbang sekiranya kefahaman sempit tentang serban semakin merebak dan membarah maka perundangan yang selama ini diguna pakai oleh beberapa pondok akan dinafikan. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah agar memberi kemenangan kepada kebenaran dan membuka hati mereka yang seolah-olah anti pemakaian serban tersebut.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Kem Mantap Aqidah

Posted by epondok di Jun 22, 2008

Atas permintaan ramai maka pihak Pondok Pasir Tumboh melalui Lajnah Pelajaran & Pendidikan akan memulakan pengajian secara intensif berkenaan sifat 20 dan pemantapan aqidah. Kelas ini akan bermula jam 9.00 pagi esok Isnin 23 Jun hingga malam Rabu 25 Jun 2008 . Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Setiausaha Agongnya 019-9388902

JADUAL PENGAJIAN HARIAN

 

Isnin 23 Jun 2008

 

MASA

TAJUK PENGAJIAN

TENAGA PENGAJAR

9.00 – 10.00 pg

Rukun Islam, Iman, Ihsan

Ustaz Abdul Rahim Melaka

10.30-11.30 pg

Hukum adat, aqal & syarak

Ustaz Nik Syahrir

Lepas Zohor

Sairussalikin

Ustaz Nik Zulkifli

3.00-4.00 ptg

Sifat Wujud dan Qidam

Ustaz Nik Nizamudin

Lepas Asar

Durrussamin

Ustaz Hj Abdul Halim

Lepas Maghrib

Sifat Baqa’ dan Mukhalafah

Ustaz Alias Abdul Jalil

 

 

Selasa 24 Jun 2008

 

MASA

TAJUK PENGAJIAN

TENAGA PENGAJAR

9.00 – 10.00 pg

Qiamuhu dan Wahdaniah

Ustaz Abdul Rahim Melaka

10.30-11.30 pg

Qudrat dan Iradah

Ustaz Nik Syahrir

Lepas Zohor

 

Ustaz Nik Zulkifli

3.00-4.00 ptg

Ilmu dan Hayat

Ustaz Nik Nizamudin

Lepas Asar

Perkara membatalkan iman

Ustaz Fuad Wahab

Lepas Maghrib

Sama’ dan Basar

Ustaz Alias Abdul Jalil

 

 

Rabu 25 Jun 2008

 

MASA

TAJUK PENGAJIAN

TENAGA PENGAJAR

9.00 – 10.00 pg

Kalam dan sifat harus

Ustaz Nik Nizamudin

10.30-11.30 pg

Sifat maknawiah dan Sidiq

Ustaz Nik Syahrir

Lepas Zohor

Sairussalikin

Ustaz Nik Zulkifli

3.00-4.00 ptg

Amanah dan Tabligh

Ustaz Abdul Rahim Melaka

Lepas Asar

Durrussamin

Ustaz Hj Abdul Halim

Lepas Maghrib

Fatonah dan sifat harus

Ustaz Alias Abdul Jalil

 

Posted in Pondok Pasir Tumboh, Program Terbaru | Leave a Comment »

Program Syeikh Yusuf al-Hasani (bekas Mufti Kanada)

Posted by epondok di Jun 21, 2008

Program Bersama Syeikh Yusuf al-Hasani (Bekas Mufti Kanada)

 

Sabtu 21 Jun 2008

 

Masa

Program

Tempat

5.00 – 6.00 ptg

Diskusi petikan matan Tasawwuf

Masjid Pondok Kandis, Bachok

8.00 – 9.00 mlm

Ceramah umum

(Penyakit Masyarakat)

Masjid Ibrahimi , bandar Pasir Puteh

 

Ahad 22 Jun 2008

 

Masa

Program

Tempat

6.30 – 7.00 pagi

Tazkirah Subuh

Masjid Tepus, Gunung, Bachok

 

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Ustaz Hj Abdul Rahim Masuk Wad HUSM

Posted by epondok di Jun 20, 2008

19 JUN – Ustaz Hj Abdul Rahim b Hj Hamzah, Bendahari Agong Pondok Pasir Tumboh dimasukkan ke wad 8 Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian malam tadi selepas mengadu kurang selesa. Beliau yang merupakan menantu kepada Tuan Guru Hj Mustafa Pengasas pondok ini masuk kali kedua ke hospital selepas awal bulan lalu telahpun dirawat di hospital yang sama selepas mengadu sesak nafas. Beliau antara tenaga penting dalam menggerakkan pondok ini dan terkenal dengan pengajaran ilmu tasawwuf bukan sahaja menjadi guru kepada warga pondok tetapi turut menjadi tumpuan masyarakat umum. Warga pondok dan umum sentiasa mendoakan kesihatan beliau termasuk melalui solat hajat yang diadakan selepas solat fardhu.

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »

Tok Guru Hj Hashim Raikan Pegawai Agama Brunei

Posted by epondok di Jun 19, 2008

Tuan Guru Hj Hashim b Hj Abu Bakar selaku Mudir Pondok Pasir Tumboh walau pun dalam keadaan uzur tetapi terus menerima kunjungan para tetamu samada dalam atau luar negeri yang terus menerus datang menziarahi beliau dengan pelbagai tujuan terutama pada cuti hujung minggu. Baru-baru ini beliau dikunjungi oleh rombongan pegawai agama dari Brunei di mana kunjungan tetamu disambut penuh mesra oleh tuan guru. Semoga kesihatan tuan guru bertambah baik dalam meneruskan khidmat kepada agama dan masyarakat yang sentiasa dahagakan ilmu dan sumbangan para ulama’

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »

Tok Selehong (1872-1935)

Posted by epondok di Jun 18, 2008

 

Tokoh guru pondok paling terkemuka di Jajahan Tumpat selepas zaman Hj. Abdul Malek  Sungai Pinang. Seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Padang Jelapang, Tok Bachok, Tok Seridik dan Tok Kemuning.

 

Nama sebenarnya ialah Hj. Abdul Rahman bin Hj. Osman. Juga dipanggil dengan nama Hj. Abdul Rahman Syair atau Tok Syair kerana kepandaiannya mengarang syair.

 

Seorang daripada guru awalnya ialah Hj. Abdul Malek Sungai Pulau Pinang yang berdekatan dengan kampungnya. Kemudian menyambung pelajaran di pondok  Cha-ok, Patani –berguru dengan Tok Cha-ok @ Hj. Abdullah bin Mohd Akib. Akhir sekali pergi mendalami pengajian di Kota Makkah – berguru dengan Pak Chik Wan daud Pattani, Tuan Mokhtar Bogor,Tok Syafie kedah dan ramai lagi.

 

Selepas 18 tahun bermukim diTanah Suci Mekah, pulang ke tnah Air(1921) lalu mengasaskan pusat pengajian pondok sendiri di pinggir Sungai Selehong.Di pondok inilah beliau mengajar dan mengembangkan pondoknya yang sangat dikenali ramai pada zaman itu.Bidang ilmu yang sangat ditumpukanya ialah Ihsanuddin atau Tasawwuf dengan Syarh Hikam Ibn Ataa’llah sebagai teks utama.

 

Tok Guru Selehong masyhur sebagai ahli sufi yang zuhud.Bagi tujuan supaya hatinya tidak tertambat kepada dunia, beliau menggali lubang khas dalam kawasan tanah perkuburan Islam berhampiran Pondok Selehong yang dijadikanya semacam kamar khusus sebagai tempat beliau beribadat dan bersuluk.

 

Bapa mertua kpd tuan guru Haji Ahmad Batu 3 Repek dan Haji Awang Beta ini kembali kerahmatullah pada jam 8.30 malam Khamis 18 Zulkaedah 1353 bersamaan 20 Februari 1935 dan dikebumikan dikubur selehong, Tumpat.

Posted in Tokoh Ulama' | Leave a Comment »