Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 24 Mei 2008

Pengasas Pondok Tunjung

Posted by epondok di Mei 24, 2008

TUAN GURU HJ GHAZALI BIN ABDULLAH

 

Tarikh dan tempat lahir  : 10 Rabiul Awal 1349H bersamaan 1 Ogos 1930M, Kampung Kubang Kachang, Kota Bharu, Kelantan

 

Nama Ayahanda : Hj Abdullah b Ismail

 

Nama Bonda : Zainab binti Salleh

 

Perkahwinan : Beliau berkahwin dengan Hajjah Halimah binti Hj Yusoff pada 1958

 

Pendidikan dan Buka Pondok

 

a.     Belajar al-Quran dengan ayahandanya sendiri ketika umur 7 tahun dan berjaya khatam al-Quran ketika berusia 9 tahun iaitu tahun 1328H bersamaan 1939M

b.     Pada tahun yang sama mula memasuki sekolah rakyat yang dibuka oeh Hj Muhammad Hj Chik di Kampung Pauh Butut, Kubang Kachang

c.     Tahun yang sama juga mula belajar ilmu fardhu ‘ain dan Sifat 20 dengan datuk saudaranya Tuan Guru Hj Sulaiman bin Tok Kenik dan dengan bapa dua pupunya Tuan Guru Hj Ibrahim bin Awang Chik dan seterusnya mempelajari kitab jawi dan nahu bahasa arab

d.     1362H bersamaan 1943M mula mengaji di Pondok Tuan Guru Hj Yunus bin Wan Buang, Pasir Tumboh dan Tuan Guru Hj Yusuff Padang Kala serta membaca al-Quran dan memperbetulkan nahu bahasa arab dengan Tuan Guru Hj Ahmad

e.     1363H berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong. Di sana selain belajar dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sendiri, beliau juga sempat belajar dengan Tuan Guru Hj Salleh (Bilal Masjid Bunut Payung), Tuan Guru Hj Mustafa dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz Pasir Tumboh

f.        Guru-gurunya yang lain ialah Tuan Guru Hj Hassan Beris, Tuan Guru Hj Ahmad b Hj Ali, Tuan Guru Hj Hussein Helmi , Tuan Guru Hj Hassan Panglima Gantang, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pangsa Enam Pahang, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Perlis, Tuan Guru Hj Salleh al-Maradi Kedah, Tuan Guru Hj Abdul Shukur Bangkok Thailand, Tuan Guru Hj Bud Jawa Indonesia

g.     Pada 10 Januari 1955 berpindah ke Madrasah al-Islah, Kota Bharu

h.     Pada 4 Mac 1958 mengambil kursus Bidang Sosial & Politik hingga 1960 di Universiti Majapahit, Indonesia

i.         Pada 30 Disember 1961 berpindah belajar ke Pondok Pasir Tumboh bagi mengkhatamkan semua kitab yang belum khatam di Pondok Bunut Payung dulu dengan Tuan Guru Hj Mustafa dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz. Disamping itu beliau berlatih mengajar selama 4 tahun berakhir 1965

 

 

Membuka pondok

 

  • Akhir tahun 1965 berpindah ke Kampung Padang Enggang, Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu dengan cita-cita mahu membangun dan membina madrasah bagi tempat pengajian agama namun tidak berjaya
  • Pada tahun 1974 dengan semangat yang membara maka beliau akhirnya berjaya membangunkan madrasah di Kampung Tunjung, Batu 5 (km 7 ) Jalan Kuala Krai iaitu suatu tempat yang bernama Dalam Nibung
  • Walau pun sudah membuka pondok tetapi beliau masih mengaji dengan Tuan Guru Hj Daud Omar, Bukit Abal, Pasir Puteh

   

Sakit dan Meninggal Dunia

 

  • Beliau menghembus nafas yang terakhir pada 14 Ogos 2002

Posted in Pondok Tunjung, Tokoh Ulama' | Leave a Comment »