Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 9 Mei 2008

Perancangan

Posted by epondok di Mei 9, 2008

Perancangan kemajuan

 

  1. Menganjurkan program Pengajian Berkembar yang menempatkan sejumlah pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan terutama daripada SMU Padang Siam, Tanah Merah di asrama Pondok Darul Ilmi bagi mengikuti pengajian pondok dan dalam masa yang sama mengikuti pengajian biasa di sekolah mereka
  2. Menggiatkan usaha ke arah memantapkan ekonomi pondok agar dapat menguruskan segala kegiatan yang dirancang dengan lancar dan berkesan
  3. Merangka program pendidikan dan kebajikan yang berterusan dari masa ke semasa
  4. Mengadakan program umum kepada masyarakat luar terutama pelajar sekolah setiap kali musim cuti sekolah selama 2 – 3 minggu
  5. Menyusun dan mengatur serta memastikan persekitaran pondok yang kondusif ke arah menarik perhatian semua pihak sebagai menepati kehendak kerajaan negeri yang menyarankan agar pondok dapat menjadi salah suatu daripada produk pelancongan

Posted in Pondok Bukit Gading | Leave a Comment »

Kemudahan Asas

Posted by epondok di Mei 9, 2008

Kemudahan asas

 

  1. Masjid Darul Ilmi yang diperbesarkan oleh seorang dermawan yang siap dibina pada tahun 2003 dan perasmiannya disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan pada 5 Disember 2003M bersamaan 11 Syawal 1424H.
  2. Sebuah blok asrama
  3. Sebuah bangunan sekolah untuk pengajian yang siap dibina pada 1992
  4. Dewan serbaguna sempena lawatan DYMM Sultan Kelantan pada 31 Mac 2006
  5. 127 buah pondok penginapan
  6. 4 buah rumah guru
  7. Bangunan pejabat

 

Tenaga Pengajar

 

Terdapat 6 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini dan seorang guru pelawat. Kesemua tenaga pengajar memberikan kuliah secara berjadual di 3 tempat iaitu majis, madrasah dan dewan serbaguna

 

Penghuni dan Pelajar Pondok

 

Jumlah penghuni pondok kini seramai 153 orang Muslimat dan 60 orang muslimin. Manakala pelajar bujang pula seramai 45 orang. Kawasan pondok terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pondok kelamin, muslimat janda dan muslimin duda. Para pelajar bujang pula tinggal di asrama

 

Posted in Pondok Bukit Gading | 1 Comment »

Pengasas Pondok Bukit Gading

Posted by epondok di Mei 9, 2008

Pengasas Pondok Darul Ilmi (PDI)

 

Nama : Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 )

 

Pengajian :

 

a.     Pondok Bunut Payung, Kota Bharu selama 12 tahun mula 1938

b.     Mekah dari 1951 – 1955

 

Antara gurunya

 

1.      Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung

2.      Tuan Guru Hj Budin Sumatera

3.      Tuan Guru Hj Ismail Mufti Kelantan

 

Mekah

 

1.      Tuan Guru Syeikh Daud Kelantani

2.      Tuan Guru Syeikh Abdul Kadir Mandili

3.      Tuan Guru Syeikh Yasin Padang

4.      Tuan Guru Syeikh Hassan Ahmad Marsyat

5.      Tuan Guru Tok Ahyad

6.      Tuan Guru Tok Afnam

Posted in Pondok Bukit Gading, Tokoh Ulama' | 2 Comments »

Perancangan

Posted by epondok di Mei 9, 2008

Bagi melahirkan insan yang bertakwa yang mampu mengharungi kehidupan di alaf baru ini, maka Jawatankuasa Pengelola Pembangunan Pondok telah merangka satu kurikulum untuk menggabungkan pengajian pondok dengan Tahfiz Al-Quran dan Alhamdulillah ianya telah pun berjalan dengan lancar dan dari semasa ke semasa pihak pondok sentiasa mengemaskini system kurikulum di pondok ini.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, satu bangunan rumah wakaf (asrama) empat tingkat sedang dibangunkan di pondok ini di atas tanah wakaf lot 591 Mukim Beta Hilir, Daerah Beta, Kota Bharu yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM 350,000.00. Oleh itu, kami telah pun dapat melaksanakan kerja-kerja pembinaan ini yang telah pun dibelanjakan sebanyak RM 270,000.00 hasil sumbangan muslimin sekalian. Terima Kasih.

Namun bagi menyiapkan sepenuhnya bangunan ini pihak kami masih memerlukan derma sebanyak RM 80,000.00. Sumbangan tuan/puan amat dialu-alukan sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun bahan binaan.

Tuan/puan yang sudi menderma boleh dibuat di atas nama Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir.

Kepada,

Bendahari,

Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir,

15100 Beta, Kota Bharu,Kelantan.

No Akaun : 0301002364711

(Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Kota Bharu )

 

 

Posted in Pondok Beta Hilir | Leave a Comment »

Peraturan Madrasah

Posted by epondok di Mei 9, 2008

PERATURAN TATATERTIB

*      PAKAIAN

a.       Pelajar dikehendaki memakai jubah dan berserban ketika solat dan

ketika mendapat jemputan luar.

b.      Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar ketika berada dalam kawasan pondok

kecuali ketika bergotong-royong dan beriadah sahaja.

c.       Pakaian pelajar ketika berada dalam kawasan pondok ataupun di luar kawasan

pondok mestilah menutup aurat. Maksud menutup aurat ialah pakaian tidak terlalu ketat dan nipis.

d.      Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa dan memakai pakaian yang

dilarang oleh syarak seperti mempunyai tulisan dan gambar yang dilarang oleh syarak.

e.       Pelajar tidak dibenarkan sama sekali memiliki dan membawa seluar jin dan

seluar pendek ke pondok.

f.       Pakaian untuk bersukan seperti jersi dan track suit hanya boleh dipakai untuk

tujuan riadah sahaja. Pelajar dilarang memakainya ketika waktu pengajian dan ketika bersolat.

 

*      WAKTU SOLAT

  1. Pelajar hendaklah bersembahyang secara berjemaah setiap waktu solat.
  2. Pelajar hendaklah memakai jubah dan berserban ketika bersolat.
  3. Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar atau pakain selain daripada jubah.
  4. Pelajar hendaklah ada di madrasah 10 minit awal sebelum masuk waktu solat.
  5. Pelajar tidak dibenarkan bangun sebelum selesai berwirid.
  6. Pelajar tidak dibenarkan bersandar di dinding madrasah setelah selesai bersolat.
  7. Pelajar hendaklah mengerjakan solat sunat sebelun atau selepas solat fardhu.
  8. Pelajar tidak dibenarkan berbual, bermain, bergurau senda atau mengganggu pelajar lain sebelum, ketika atau selepas bersolat.
  9. Pelajar hendaklah mengikut bersama berwirid dan menghayati apa yang dibacakan.

 

*      WAKTU PENGAJIAN

  1. Pelajar hendaklah berada lebih awal 5minit sebelum pengajian bermula.
  2. Pakaian baju melayu atau kemeja berlengan panjang, berkopiah ataupun berserban.
  3. Baju yang bergambar tidak dibenarkan sama sekali.
  4. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali ponteng waktu pengajian kecuali setelah mendapat kebenaran mudir.
  5. Pelajar tidak dibenarkan berbual, bergurau senda, dan mengganggu pelajar lain ketika berada dalam waktu pengajian.
  6. Pelajar tidak dibenarkan makan dan minum ketika dalam waktu pengajian.
  7. Pelajar juga diwajibkan mengikuti pengajian yang tidak kurang dari 10 buah kitab sehari semalam.
  8. Pelajar tidak dibenarkan bersandar di dinding madrasah ketika sesi pengajian.

 

 

*      POTONGAN RAMBUT

a.         Semua pelajar dilarang berambut panjang, iaitu tidak dibenarkan berambut

panjang melebihi 1 inci.

b.      Pelajar-pelajar yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa diurus dengan

kemas.

c.         Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan meniru mana-mana gaya rambut yang

ditegah oleh syarak.

 

*      PENGGUNAAN MADRASAH, DEWAN DAN PERALATAN PONDOK

  1. Penggunaan madrasah, dewan dan peralatan pondok mestilah dimaklumkan terlebih dahulu daripada pihak pentadbiran.
  2. Selepas menggunakannya, segala perabot dan peralatan hendaklah disusun seperti keadaan asal dan pastikan dalam keadaan bersih dan kemas.
  3. Segala peralatan yang digunakan mestilah diletakkan pada tempatnya yang asal.
  4. Pelajar tidak dibenarkan mengambil peralatan pondok untuk penggunaan individu.

 

*      LARANGAN MEROKOK

  1. Semua pelajar dilarang merokok ketika berada di pondok atau memiliki sebarang alat pemetik api, mancis, rokok, kotak rokok, paip atau apa-apa jua peralatan atau kemudahan yang ada kaitan dengan aktioviti merokok.

 

*      BARANGAN LARANGAN

  1. Pelajar tidak dibenarkan membawa dan memiliki barangan hiburan seperti Peti televisyen, perakam video, pemain CD/ VCD/ DVD, radio, walkman, majalah-majalah yang tidak membawa manfaat kepada agama.

 

    PERATURAN KELUAR KE BANDAR DAN BALIK KAMPUNG

     

     

     

    *      PERATURAN AM

    1. Pelajar-pelajar hendaklah meminta kebenaran daripada mudir sebelum keluar ke bandar atau balik Kampung.
    2. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar atau balik kampong tanpa sebab-sebab yang munasabah.
    3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai seluar ketika keluar ataupun balik kampong.
    4. Pelajar-pelajar hendaklah memakai kain atau jubah dan berkopiah atau beserban ketika balik kampong atau keluar ke Bandar.
    5. Pelajar-pelajar yang keluar ke Bandar hendaklah pulang ke pondok sebelum maghrib.
    6. Pelajar-pelajar yang pulang bercuti hendaklah kembali ke pondok sehari sebelum pengajian bermula.
    7. Pelajar yang pulang bercuti hendaklah memastikan bilik asrama atau pondok penginapan dalam keadaan kemas dan bersih ketika meninggalkan bilik atau pondok masing-masing.
    8. Pelajar-pelajar hendakalah memastikan keadaan bilik dan pondok dalam keadaan selamat iaitu berkunci ketika pulang bercuti.

     

     

     

     

    PERATURAN ASRAMA DAN PONDOK PENGINAPAN

     

     

     

     

    *      PERATURAN AM

    a.       Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh dianggap

    menghalang atau menahan mana-mana pihak pentadbiran pondok daripada memasuki bilik pelajar bagi tujuan menjalankan tugas, kewajiban atau tanggungjawab dibilik berkenaan.

    b.      Pelajar juga hendaklah berada dalam bilik atau pondok masing-masing selepas

    jam 11.30 malam.

    c.       Pelajar juga hendakalah memastikan kawasan dalam dan luar bilik atau

    pondok dalam keadaan bersih dan kemas.

    d.      Pelajar juga tidak boleh menukar biliknya atau pondoknya dengan mana-mana

    bilik atau pondok kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran pondok.

    e.       Lampu bilik atau pondok hendaklah dipadamkan selewat-lewatnya jam 11.30

    malam.

    f.       Semua pelajar hendaklah memadamkan lampu dan mematikan kipas jika tiada

    sesiapa di dalam bilik atau pondok apabila meninggalkan bilik atau pondok

    masing-masing.

     

     

     

     

    PERATURAN MAKTABAH

      

     

     

     

    *      PERATURAN AM

    1. Tidak di benarkan bercakap sehingga mengganggu ketenteraman maktabah.
    2. Tidak dibenarkan merokok, makan, dan minum di maktabah.
    3. Tidak dibenarkan mengalih perabot yang telah sedia ada teratur dalam maktabah.
    4. Tidak dibenarkan membuang sampah dan kertas merata-rata tempat.
    5. Tidak dibenarkan menyembunyikan buku-buku dan bahan-bahan bukan buku. Bahan-bahan yang telah digunakan hendaklah diletakan pada tempat asalnya.

     

    *      MASA MAKTABAH

    1. Waktu Pengajian (Ahad-Khamis)       :  12.00 tgh – 1.00 p.m

                                                                            :  3.00 p.m – 4.00 p.m

    1. Cuti Pengajian ( Jumaat )                   :  9.00 a.m – 12 tgh

                                                                            :  3.00 p.m – 6.00 p.m

                                        ( Sabtu )                      :  12.00 tgh – 1.00 p.m

                                                                            :  3.00 p.m – 4.00 p.m

     

     

    PERATURAN PEJABAT

     

     

     

     

     

    *      PERATURAN AM

    1. Tidak dibenarkan masuk kecuali jika ada urusan dengan pejabat.
    2. Tidak boleh mengganggu atau mengusik mana-mana peralatan dan fail-fail yang terdapat di dalam pejabat
    3. Tidak dibenarkan memasang CD atau DVD pada komputer di dalam pejabat walupun berkenaan dengan ilmiah.
    4. Tidak dibenarkan tidur dan di dalam pejabat
    5. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam pejabat
    6. Tidak dibenarkan membuat basing di dalam pejabat.
    g. Hendaklah menjaga kebersihan di dalam pejabat

     

     

     

    Posted in Pondok Beta Hilir | Leave a Comment »

    Kemudahan Asas

    Posted by epondok di Mei 9, 2008

    Kemudahan asas

     

    1. Madrasah atau surau untuk berjemaah dan pengajian
    2. Pondok penginapan pelajar, kelamin dan warga tua
    3. Rumah guru
    4. Bangunan pejabat

     

    Tenaga Pengajar

     

    Terdapat 4 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru

     

    Penghuni dan Pelajar Pondok

     

    Jumlah penghuni pondok kini seramai 25 orang muslimin yang bujang disamping kelamin dan warga tua dengan jumlah hampir sama

     

     

    Posted in Pondok Berangan | Leave a Comment »

    Mudir Pondok Berangan Sekarang

    Posted by epondok di Mei 9, 2008

    Mudir Pondok Hj Yaakob Berangan

     

    Nama : Tuan Guru Hj Mohammad bin Hj Ali

     

    Pengajian :

     

    a.     Pondok Hj Yaakob Berangan mula 1957

    b.     Mekah dari 1963 – 1971

     

    Antara gurunya

     

    1.      Tuan Guru Hj Yaakob Berangan

    2.      Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah

    3.      Tuan Guru Syeikh Daud Kelantani

    4.      Tuan Guru Syeikh Abdul Kadir Mandili

    5.      Tuan Guru Syeikh Mokhtar Afnam

    6.      Ku Jalil Indonesia

    7.      Hj daud Panji

    8.      Tuan Guru Hj Husin Surat Fatani

     

    Bidang ilmu yang diajar

     

    Semua kitab turath dalam bidang Aqidah, Feqah, tasawwuf, Tafsir, Hadis, Nahu, Soraf

    Beliau turut mengajar di luar daripada kawasan pondok atas jemputan umum

     

     

     

     

    Posted in Pondok Berangan, Tokoh Ulama' | 6 Comments »