Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 8 Mei 2008

Tuan Guru Hj Abdullah Meninggal

Posted by epondok di Mei 8, 2008

PASIR MAS, 19 Mac (Hrkh) Ulama tersohor di Kelantan dan Nusantara, Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman meninggal dunia di rumahnya di Pondok Lubuk Tapah, kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Beliau merupakan antara dua ulama terkenal di negara ini yang mempertahankan institusi pondok tradisional. Seorang lagi Tuan Guru Hashim Abu Bakar, 88 mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu. Beliau juga kini sedang keuzuran.

Tuan Guru Abdullah terkenal dengan panggilan Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah berusia awal 80-an mewarisi Pondok Lubuk Tapah daripada ayahnya Tuan Guru Abdul Rahman.

Pondok tersebut merupakan yang ketiga terbesar di Kelantan selepas Pondok Sungai Durian dan Pondok Pasir Tumbuh.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran pondok tersebut di tepi pusara ayahnya selepas solat Asar petang ini.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu kerana menghidapi mini strok, jantung dan konflikasi buah pinggang.

Tok Guru dirawat selama sebulan di hospital tersebut,

 

 

Posted in Pondok Lubuk Tapah | Leave a Comment »

SISTEM PENGAJIAN DAN PEMBELAJARAN

Posted by epondok di Mei 8, 2008

  

 

Sistem pengajian yang digunakan oleh Pondok Sungai Durian adalah gabungan dari dua sistem pendidikan , iaitu sistem pondok yang  menumpukan kepada pengajian kitab-kitab  muktabar dan sistem persekolahan yang menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan beberapa tambahan mata pelajaran oleh pihak Madrasah.

Pada peringkat awalnya Pondok Sungai Durian telah mempunyai satu sukatan pelajaran yang khusus. Penetapan mata pelajaran pada peringkat ini banyak mengikut model mata pelajaran yang  diajar di pondok-pondok di Nusantara atau halaqat pengajian di Masjid al-Haram dan Masjid al-Madinah. Boleh dikatakan bentuk pengajian yang dilaksanakan di Timur Tengah, India dan Pakistan.

 

    4.1    PERINGKAT-PERINGKAT PENDIDIKAN

 

Pondok Sungai Durian menawarkan tiga peringkat pengajian. Tempoh pengajian bagi setiap peringkat berbeza mengikut tahap dan kelas atau tingkatan pelajar. Peringkat peralihan dikhususkan kepada pelajar baru yang lemah dalam pelajaran atau tidak mempunyai asas pengajian agama atau bahasa Arab sebelum dimasukkan ke tingkatan satu. Pengajian pada peringkat ini mengambil masa selama setahun.

 

Manakala peringkat menengah rendah pula ialah selama tiga  tahun iaitu bagi pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga, sementara bagi peringkat menengah atas ialah selama tiga tahun yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat hingga enam. Ianya dapat dibahagikan kepada tiga peringkat pengajian seperti berikut:  

 

 

Bil

Peringkat

Tingkatan

Tempoh Belajar

1

Peralihan

Peralihan

1 tahun

2

Menengah Rendah

1, 2 & 3

3 tahun

3

Menengah Atas

4, 5  & 6

3 tahun

 

4.2      SISTEM PENDIDIKAN

 

Sistem pengajian dibahagikan kepada dua :

 

a.  Sistem Secara Tradisional (cara lama)

 

Sistem pengajian dalam bentuk ini amat diambil berat oleh pihak pentadbir, kerana bagi  mereka sistem ini amat berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Demi untuk memastikan para pelajar boleh menguasai pengajian itu, sistem ini mengambil kira beberapa faktor utama seperti:

 

Pertama: Teks pengajian mereka didedahkan dengan mempelajari kitab-kitab silam sama ada yang dihasilkan oleh Ulama’   di Nusantara atau Ulama’ dari Timur Tengah.

 

Kedua:  Dari segi masa para pelajar diberi pengisian yang padat dan penggunaan masa amat terhad.

 

Ketiga :  Begitu juga segala aktiviti- aktiviti mereka diawasi dan dipantau dari semasa ke semasa.

 

 

Pembelajaran secara tradisional ada cara:

 

Pertama:Mempelajari kitab-kitab silam, dengan cara kitab-kitab itu dibaca dari      awal hingga akhirnya. Cara ini dibuat pada setiap mata pelajaran. Setiap kali berkhirnya sesebuah kitab Tuan Guru akan membaca doa dan memberi ijazah (kebenaran) kepada murid-murid sebagi perakuan terhadap ilmu yang dipelajari.

                                                            

Kedua

 

: Setiap pelajar dibebankan supaya menghafal setiap matan-matan dan mesti memperdengarkan kepada guru masing-masing .

 

Sistem pengajian cara lama di Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian menitikberatkan pelajaran bahasa Arab dan agama tanpa memberi penekanan kepada akademik kecuali sedikit sahaja. Oleh itu peluang pekerjaan pelajar-pelajarnya adalah sempit, hanya tertumpu kepada kepada jurusan keagamaan semata-mata.

 

Masa belajar lebih lama iaitu tujuh tahun tanpa memberi penekanan kepada  mata pelajaran akademik kecuali bagi pelajar yang menduduki peperiksaan SMU sahaja.Oleh itu peluang untuk menyambung pelajaran  ke pusat-pusat pengajian tinggi amat terbatas. Setakat ini mereka yang tamat pengajian hanya dapat meneruskan pengajian di kolej-kolej swasta, selepas itu dapat menyembung pengajian  ke Mesir.Pengajian cara lama itu diajar selain dari waktu belajar dalam bilik darjah, ianya diajar di masjid. Pengajian dalam bentuk ini ialah 80% diajar di masjid, manakala 20% lagi diajar di bilik darjah.

 

                                i.            Masa dan Cara Belajar

 

Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu. Sistem  ini berlangsung setiap hari dalam seminggu dan ianya mempunyai jadualnya yang tersendiri sebagainama sistem persekolahan, tetapi ianya lebih berbentuk umum kerana pengajian ini diadakan di dalam masjid.

 

Cara pengajian aliran ini ialah murid-murid akan membentuk halaqat (bentuk bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seoranag guru, atau pun murid-murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab-kitab tertentu.  

 

                              ii.            Sukatan Pelajaran

 

Sukatan pengajian pondok disediakan oleh pihak pentadbir. Sukatan pelajaran dalam sistem ini lebih mengutamakan kitab-kitab Ulama’ mu’tabar atau kitab klasik, sama ada dalam bahasa Melayu jawi atau bahasa Arab. Pengajian bentuk ini didedahkan kepada pelajar-pelajar, penduduk tetap Pondok (warga tua) dan untuk jemaah masjid atau dikenali sebagai pengajian awam.

 

Untuk lebih jelas lagi disertakan jadual pengajian pondok serta kitab-kitab yang digunakan:

 

Jadual Hari Sabtu

 

 

Masa

Mata Pelajaran

Kitab

Kuliah Subuh

Tafsir

Safwah al-Tafasir

Fiqh

Iqna’

Selepas Subuh

Sirah Nabi

al-Barzanji & Madarij al-Su’ud

Selepas Asar

Nahu

al-Kufrawi

Fiqh

Sullam al-Mubtadi

Kuliah Maghrib

Fiqh

Matla’in al-Badrain

Selepas Isya’

Hadith

Mukhtasar al-Bukhari

Sirah al-Nabawiyyah

Sirah Ibn Hisyam

 

 

Jadual Hari Ahad

 

 

Masa

Mata Pelajaran

Kitab

Kuliah Subuh

Tafsir

Safwah al-Tafasir

Fiqh

Iqna’

Selepas Zohor

al-Quran / Tajwid

 

Selepas Asar

Nahu

al-Kufrawi

Fiqh

Kifayah al-Mubtadi

Kuliah Maghrib

Akhlak

al-Yawakit wa al-Jawahir

Selepas Isya’

Latihan pidato dan khutbah

Jadual Hari Isnin

 

 

Masa

Mata Pelajaran

Kitab

Kuliah Subuh

Tafsir

Safwah al-Tafasir

Selepas Zohor

al-Quran /Tajwid

 

Selepas Asar

Nahu

al-Makudi

Fiqh Solat

Munyah al-Musalli

Kuliah Maghrib

Fiqh

Bughyah al-Tullab

Selepas Isya’

Hadith

Mukhtasar al-Bukhari

Sirah al-Nabawiyyah

Sirah Ibn Hisyam

         

 

          Jadual Hari Selasa

 

 

Masa

Mata Pelajaran

Kitab

Kuliah Subuh

Tafsir

Tafsir al-Nasafi

Fiqh

Iqna’

Selepas Zohor

al-Quran /Tajwid

 

Selepas Asar

Nahu

Mukhtasar Jiddan

Fiqh

Masail al-Mubtadi

Kuliah Maghrib

Tasuhid (Akidah)

Aqidah al-Najin

Selepas Isya’

Hadith

Sunan Abu Daud

Tafsir

Tafsir al-Baidhawi

Tasawwuf

Ihya’ Ulum al-Din

Fiqh

Mahalli

 

Jadual Hari Rabu

 

 

Masa

Mata Pelajaran

Kitab

Kuliah Subuh

Tafsir

Tafsir al-Nasafi

Fiqh

Iqna’

Selepas Zohor

al-Quran /Tajwid

 

Selepas Asar

Nahu

Mukhtasar Jiddan

Fiqh

Safinah al-Naja

Kuliah Maghrib

Tasuhid (Akidah)

al-Durru al-Thamin

Selepas Isya’

Hadith

Sunan Abu Daud

Tafsir

Tafsir al-Baidhawi

Tasawwuf

Ihya’ Ulum al-Din

Fiqh

Mahalli

 

 

Jadual Hari Khamis

 

 

Masa

Mata Pelajaran

Kitab

Kuliah Subuh

Tafsir

Tafsir al-Nasafi

Fiqh

Iqna’

 

Jadual Hari Jumaat

 

 

Masa

Mata Pelajaran

Kitab

Kuliah Subuh

Tafsir

Terjemahan al-Quran A.Hasan

Tasawwuf

Terjemahan al-Hikam

Kuliah Jumaat

Tafsir

Pimpinan al-Rahman

Kuliah Mahgrib

Tafsir

Anwar Baidhawi

Pimpinan al-Rahman

Hadith

Riyadh al-Solihin

Selepas Isya’

Fiqh

Sabila al-Muhtadi

Tasawwuf

Sairu al-Salikin

 

 

b.         Sistem Pengajian Secara Moden

 

Pengajian secara kelas, bermula dari kelas peralihan (al-Intiqaliyyah) setahun, kemudian tiga tahun kelas I’dadiyyah, tiga tahun peringkat Thanawiyyah dan empat tahun peringkat ‘Aliyyah,pengajian tersebut mengambil masa selama sebelas tahun dunia.Kini pengajian itu diselaraskan mengikut sistem  sekolah Agama Rakyat di bawah  seliaan YIK. Di mana tahun pengajian bermula dari tahun peralihan dan berakhir pada tahun ke tujuh iaitu pada tingkatan enam.

 

 

 

                                i.            Masa dan Cara Belajar

 

Sesi persekolahan di Pondok Sungai Durian berjalan selama lima hari dalam seminggu, bermula dari ahad hingga hari khamis. Setiap hari kelas akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 1.00 tengahari, dalam tempoh masa tersebut sebanyak 9 mata pelajaran diajar, setiap mata pelajaran mengambil masa selama 40 minit kecuali mata pelajaran pertama yang hanya 30 minit.Semua pengajaran diadakan di ruang-ruang bilik darjah.    

 

Pada keseluruhannya, mata pelajaran mata pelajaran yang  diajar di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga katagori umum:

 

a.       Bahagian Bahasa Arab

b.      Bahagian Agama

c.       Bahagian Am

 

Sembilan mata pelajaran diajar mengikut mata pelajaran yang telah disediakan bagi peringkat-peringkat tertentu.

 

                              ii.            Mata Pelajaran Yang Diajar

 Intiqaliyyah / Peralihan

 

 

 

Bil

 

1

Al-Quan  / Tajwid

2

Ayat

3

Hadith

4

Tauhid

5

Fekah

6

Akhlak

7

Asas Jawi

8

Asas Bahasa Arab

9

Asas Nahu dan Saraf

10

Imla’

11

Sejarah Islam

 

Ibtidaiyyah / Menengah Rendah

 

 

 

Bil

Ting Satu

Ting Dua

Ting tiga

1

al-Quran / Tajwid

al-Quran / Tajwid

al-Quran / Tajwid

2

Tafsir

Tafsir

Tafsir

3

Hadith

Hadith

Hadith

4

Tauhid

Tauhid

Tauhid

5

Fekah

Fekah

Fekah

6

Akhlak

Akhlak

Akhlak

7

Qawaid Arabiyyah

Qawaid Arabiyyah

Qawaid Arabiyyah

8

Imla’

Imla’

Imla’

9

Muthala’ah

Muthala’ah

Muthala’ah

10

Bahasa Arab Komunikasi

Bahasa Arab Komunikasi

Bahasa Arab Komunikasi

11

Tarikh Islam

Tarikh Islam

Tarikh Islam

12

 

 

Tarihk Tasyri’

 

Thanawiyyah /Menengah Atas

 

 

 

Bil

Ting. Empat

Ting. Lima

Ting. Enam

1

al-Quran / Tajwid

al-Quran / Tajwid

al-Quran / Tajwid

2

Tafsir

Tafsir

Tafsir

3

Hadith

Hadith

Hadith

4

Tauhid

Tauhid

Tauhid

5

Fekah

Fekah

Fekah

6

Akhlak

Akhlak

Akhlak

7

Nahu

Nahu

Nahu

8

Saraf

Saraf

Saraf

9

Balaghah

Balaghah

Balaghah

10

Muthala’ah

Muthala’ah

Muthala’ah

11

Sejarah Islam

Bahasa Arab Komunikasi

Tarikh Islam

12

Tarikh Adab

Tarikh Islam

Tarikh Tasyri’

13

al-Nusus

Tarikh Tasyri’

Usul Fiqh

14

Bahasa Melayu

Faraidh

Qawai’d Fiqhiyyah

15

Bahasa Inggeris

 

Mustalah Hadith

16

 

 

Balaghah

 

Posted in Pondok Sungai Durian | Leave a Comment »

Sistem Pengajian

Posted by epondok di Mei 8, 2008

SISTEM PEMBELAJARAN

 

Sistem pondok merupakan pusat pengajian Islam yang menanam semangat Islam serta menyemai benih berunsurkan kerohanian dalam jiwa setiap individu untuk membentuk mukmin kamil. Ianya merupakan sistem warisan ulama’ di mana ianya dipimpin oleh tuan guru tanpa mengharapkan orang lain;hanya bergantung semata-mata kepada Allah tanpa merebut pangkat dunia yang sementara ini.Tujuan mereka hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah, menghapuskan kerosakan akhlak dan kejahilan umat Islam serta memelihara agama Islam.ia juga bermatlamat melahirkan pelajar sebagai penyambung ilmu serta amalan.Pondok dijadikan tempat belajar pelbagai bidang ilmu agama.Kitab yang digunakan merupakan kitab tua yang disusun dan dikarang oleh pengikut mazhab Syafie dan lain-lain mazhab yang berpegang kepada ahli sunnah wal jamaah

      Pondok mewajibkan amalan amali dan mematuhi peraturan dengan tujuan mencapai matlamat yajng dicita-citakan iaitu membentuk peribadi mulia dari segi pemakaian,percakapan,budi pekerti seterusnya darjah ketaqwaan di sisi Allah bagi menjadi mukmin yang benar-benar kamil.

      Kegiatan belajar bertujuan untuk mendidik pelajar supaya faham hakikat Islam.Ia memberi perhatian khusus melalui 2 cara iaitu :

 

a.   Pengajian khas ( kelas bimbingan )

b.   Hafaz dan muzakarah

 

Hafalan merupakan kunci kejayaan yang utama bagi kebaikan pelajar.Ianya melibatkan :

 

1. Kalimah arab yang penting serta maknanya

2. Hafalan tasrif dan matan

3. Latihan amali

     

Sistem 3M turut dijalankan supaya pelajar dapat menguasai pelajaran. Bentuk pengajian terbahagi kepada 2  iaitu :

 

Pertama : Pengajian Umumi (pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran yang hendak diikuti)

      Pengajian umumi merupakan pengajian sebenar bagi cara tradisional pondok. Ianya merupakan kelas terbuka dan dibenarkan kepada semua pelajar mengikutinya. Di samping pelajar, masyarakat luar juga datang untuk menimba pelajaran samada mereka yang tinggal dekat atau berjauhan dengan pondok.

      Kelas ini dimulakan dari jam 7.30 pagi hinggalah jam 8.30 pagi. Ianya berkaitan dengan pengajian tasauf dan usuluddin. Kelas ini merupakan suatu kelas yang terbuka tanpa had umur atau pengetahuan.

      Selepas itu ianya akan diadakan pada waktu tengahari, iaitu selepas zohor. Ianya akan tamat hampir pada jam 3.00 petang. Pelajaran yang diadakan ialah pelajaran fekah

Kemudian kelas ini diadakan lagi selepas asar. Ianya diadakan sebagai kelas pengajian fekah atau tafsir. Kelas umumi juga diteruskan selepas maghrib hingga ke larut malam. Sebagai kesimpulannya boleh dikatakan bahawa setiap kali lepas solat lima waktu maka akan ada

Selain kelas yang tercatat tersebut, terdapat kelas-kelas yang diadakan secara sukarela oleh pembantu pengajar di pondok-pondok atau di kelas-kelas yang tersedia. Terpulang kepada pelajar yang mahu memilih atau mengikuti mana-mana pelajaran yang mereka perlukan.

 

Kedua      :  Pengajian Nizami (secara kelas mengikut  tahap kemampuan masing-masing)

Sistem kelas pada tahap ini merupakan suatu peraturan yang ditetapkan oleh pihak pentadbir ke atas pelajar. Mereka telah diatur dan ditetapkan pada kelas-kelas yang tertentu mengikut tahap kebolehan dan keupayaan mereka di dalam bidang ilmu pengetahuan.

Kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Ianya dijalankan dengan kelas-kelas tertentu dan diajarkan mengikut jadual pengajian harian yang telah ditetapkan.

Kelas-kelas yang disediakan ini terbahagi kepada enam kelas. Bagi mereka yang buta jawi, atau baru mendapat pendidikan akan ditempatkan di kelas pemulihan. Setelah menduduki kelas tersebut selama setahun dan menunjukkan keupayaannya menguasai pelajaran melalui ujian tahunan, mereka akan melangkah setapak ke kelas lebih tinggi.

Kelas ini dikenali dengan kelas ibtida’i, atau kelas peralihan. Selepas menjalani kelas ini, ianya akan meneruskan pelajarannya dengan melalui kelas demi kelas, sehingga ke kelas yang terakhir.

      Bagi mereka yang berada di tahap pemulihan dan peralihan dikenakan kelas nizami tambahan pada jam 9.30 malam hingga ke jam 10.30 malam. Ianya diadakan setiap malam  kecuali malam minggu pondok iaitu malam Jumaat.

 

SUKATAN PELAJARAN

      Pondok merupakan institusi pengajian yang memperkenalakn pengajian kitab turath kepada masyarakat. Sukatan pelajaran yang diwarisi turn temurun merupakan khazanah yang dipusakai hingga ke hari ini.

Khazanah ini terdiri dari mutiara-mutiara ilmu yang berbagai-bagai aneka ilmu pengentahuan, sehingga ianya akan menghasilkan seorang pelajar yang lengkap dengan pengentahuannya kelak.

Sebagai kelas pengajian tradisional ilmu, ianya tidak dapat lari dari pelajaran asas agama seperti syari’ah, usuluddin dan tasawuf. Tida serangkai yang tidak dapat diceraikan lagi dari bidang keilmuan.

 

Di antara sukatannya ;

1.   Fekah

Antara kitab fekah yang diajarkan di sini ialah kitab jawi dan arab. Antaranya kitab Matla’in Badrain, Mushalli, Wisyahul Afrah, jawahir as-saniah dan lain-lain. Sementara kitab arabnya seperti Fathul Mujib, Fathul Mu’in, Iqna’, Mahalli, Fathul Wahhab dan sebagainya.

2.   Nahu

Antaranya, Matan Ajrumiah, Mukhtasar, Ashmawi, Syeikh Khalid, Suzur al-zahabi, Qatrul Nada dan lain-lain.

3.   Soraf

Antaranya, Matan Bina’ wal asas, Matan Maqsud, Matan ‘Izzi, al-Kailani dan lain-lain lagi.

4.   Tafsir.

Antaranya, Tafsir Juz Amma, al-Jalalain, al-Nasafi, Ibnu Kathir dan sebagainya.

5.   Hadis.

Antaranya seperti kitab, Matan Arba’in, Bulughul Maram, Riyadhuh Shalihin, Sunan Sittah dan lain-lain.

6.   Usuluddin.

Antaranya seperti, Matan Ummi Barahim, Kifayah al-Awwam, Fath Majid, Dusuki, Aqidatul Nasafiah dan sebagainya.

7.   Tasawuf.

Antara kitab yang diajar, Penawar Bagi Hati, Siyarus Salikin, Hidayatul Salikin, Minhajul ‘Abidin, Hikam dan lain-lain.

Di samping itu terdapat banyak lagi sukatan dan kitab pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar di pondok ini. Paparan ini sekadar sebutan selayang pandang untuk mengambarkan sukatan pelajaran yang terdapat di sini agar ianya dikenali oleh masyarakat luar.

Aneka pelajaran yang diibaratkan sebuah lautan yang dalam menjadikan pondok sentiasa dikunjung tiba. Tanpa merasa jemu pelajar akan terus menerokai khazanahnya untuk memungut mutiara ilmu yang tak ternilai harganya dengan wang ringgit.

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »

Peraturan Madrasah

Posted by epondok di Mei 8, 2008

1. PENDAFTARAN/KEMASUKAN

1.1                 Pelajar dikehendaki berjumpa dengan pihak penguasa tadbir madrasah bagi mendapat keizinan.

1.2                  Pelajar baru diberi tempoh selama 40 hari untuk penyesuaian dengan sistem pembelajan di pondok sebelum diberikan kebenaran untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.

1.3                 Pelajar mestilah bersih daripada sebarang masalah jenayah terutama dadah dan kes polis

1.4                 Had umur ialah 13 tahun ke atas tetapi digalakkan atas 15 tahun

1.5        Paling minima waktu belajar ialah 2 bulan bagi pelajar sementara

 

2. KEWANGAN DAN YURAN

 

2.1 Semua pelajar  mestilah  mendaftarkan  diri  kepada pihak madrasah  di pejabat dengan mengisi borang yang  telah disediakan dan menjelaskan yuran  sebagaimana berikut:                                                  

a.     Pendaftaran masuk   :   RM 10.00 

b.     Yuran kecemasan    : RM 10.00

c. Yuran bulanan  madrasah :   RM   5.00      

d.     Yuran tahunan madrasah  :   RM 50. 00 

e.     Pelajar juga diwajibkan membayar yuran yang dikenakan oleh pihak kawasan yang dihuni  terutama air dan elektrik   

            

3. PENGAJIAN

 

3.1 Penggal pengajian yang baru bermula daripada  16  Syawal setiap tahun      

3.2 Cuti penggal telah  ditetapkan  sebagaimana berikut :

a.     Penggal  pertama    bermula 2 hari sebelum hari raya  haji  hingga  15  Zulhijjah        

b.     Penggal  kedua    bermula pada  15  Rabiul Awal  hingga  29  Rabiul Awal .

c.     Penggal  ketiga  bermula  15  Sya’ban hingga  15  Syawal .

 

3.3  Jika kembali  atau datang  sebelum atau selepas masa – masa  yang telah  ditetapkan. Hendaklah  memberitahu   tuan guru  sebab – sebabnya dengan bertulis  atau  lainnya .

3.4  Semua pelajar  di wajibkan  mempelajari sekurang – kurangnya  8 buah kitab yang diajar  di  madrasah ini setiap hari .

3.5  Pelajar – pelajar  baru dan yang berkenaan diwajibkan untuk :

a.     Hadir  menghafal  di madrasah  Tuan Guru Haji Abdul  Aziz  bermula  jam        ( 9.30 )  malam  sehingga jam  ( 10.30 )  setiap malam  kecuali  pada  malam  Jumaat.

b.     Hadir  tasmi’  ( memperdengarkan apa yang di hafaz )  di hadapan tuan guru  di Madrasah Ytuan Guru Haji Mustafa pada tiap – tiap pagi selepas  solat subuh  kecuali pagi Jumaat.      

 

4. KELUAR MASUK

 

4.1  Para  pelajar  tidak  dibenarkan  keluar  daripada kawasan  madrasah  kecuali  setelah  mendapat  keizinan daripada pihak  madrasah.

4.2  Pelajar – pelajar  tidak di  benarkan  pulang ke kampung  kecuali  pada  petang  Khamis  dan hadir  semula  selewat –  lewatnya  jam ( 6.00 )  petang hari  Jumaat serta hendaklah  mendapat  surat  izin  daripada  penguasa madrasah   atau  penasihat  atau   pengarah  Lujnah Perhubungan  atau  pengarah  Lujnah  Keselamatan  dan  melapor diri  ketika  keluar dan kembali  di  pejabat atau  pusat keselamatan .

4.3  Jika  berlaku  kelewatan  kembali  ke  madrasah  hendaklah di nyatakan  sebab – sebabnya  kepada petugas  pejabat/ pusat kawalan tindakan  lanjut.

4.4  Para pelajar  tidak di benarkan menghadiri rapat –rapat umum seperti forum, ceramah dan yang seumpama dengannya samada berbentuk politik atau lainnya di luar kawasan madrasah melainkan setelah diumumkan  keizinan  penguasa madrasah.

4.5  Pelajar –pelajar tidak dibenarkan menerima jemputan kerja  atau majlis di luar kawasan madrasah melainkan setelah mendapat kebenaran dari madrasah  (dikecualikan  dari prosedur lapor diri bagi pelajar yang keluar ke majlis bersama – sama tuan guru / penguasa).

4.6  Sesiapa sahaja yang bekerja atau belajar di luar kawasan madrasah tanpa kebenaran pihak penguasa  tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan  madrasah .

4.7  Tidak dibenarkan sama sekali pelajar –pelajar atau penghuni madrasah ini membenarkan atau menerima pelajar luar samada menumpang atau menduduki pondok mereka.

4.8  Seluruh lapisan pelajar tidak di benarkan belajar atau mengajar di luar kawasan madrasah melainkan setelah mendapat kebenaran dari pihak penguasa mereka.

4.9  Dilarang samasekali membenarkan budak – budak kampung naik ke pondok para pelajar melainkan untuk belajar agama.

4.10          Para pelajar mestilah berada di pondok masing – masing  ( kecuali pada masa kuliah ) antara jam  9.30 malam hingga Subuh melainkan petugas keselamatan.      

                 

5. KEBERSIHAN

 

5.1  Para pelajar  hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, pondok serta persekitarannya setiap masa.

5.2 Mana –mana  pondok / kawasan persekitaran yang kotor akan diambil tindakan

5.3  Para pelajar wajib menyertai gotong-royong samada atas arahan madrasah atau kawasan

 

 

6. PERIBADI PELAJAR

 

 6.1Pakaian                                                                                                                               1. Para pelajar digalakkan berjubah atau diwajibkan memakai baju melayu / kemeja  tangan panjang atau yang seumpama dengannya dan  sebaiknya berwarna putih pada masa – masa berikut:

a.     menghadiri kuliah atau kelas – kelas pengajian.

b.     menghadiri perhimpunan anjuran madrasah.

c.     Ke kampung jiran yang berhampiran

 

2. Tidak di benarkan berseluar kecuali :

a.     dalam perjalanan ke luar negeri Kelantan.

b.     bekerja dalam kawasan madrasah berserta dengan kopiah putih.

 

3. Ditegah berbaju batik, memakai t-shirt yang bergambar dan berpakaian ala barat

4. di larang memakai cincin suasa.lebih – lebih lagi emas dan menyimpan kuku  panjang.

5. Tidak dibenarkan  berambut panjang lebih dari satu inci atau berfesyen.

6. Memakai topi keledar adalah ditegah sama sekali didalam kawasan madrasah, sebaliknya pemakaian serban bagi penunggang-penunggang motosikal adalah diwajibkan.

 

6.2 Peralatan 

1. Kamera tidak dibenarkan penggunaannya samasekali

2. Dilarang menggunakan radio kecuali:

a.     Pihak penguasa

b.     Guru yang dilantik dan diakui kebolehannya oleh pihak penguasa dan hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu.

 

3. Bagi pengunaan kaset hendaklah mengikut syarat dan masa berikut:

a.     tidak mengunakan wayar telinga

b.     pada petang Khamis dan malam Jumaat sahaja

 

4. Sebarang alat permainan dilarang samasekali

 

6.3 Akhlak

1. Merokok adalah dilarang samasekali.

2. Tidak dibenar bertandang ke pondok pelajar-pelajar lain lebih daripada 10 minit.

3. Para pelajar hendaklah meraikan dan menghormati tetamu/ orang-orang luar yang datang mengunjungi madrasah ini.

4. Tidak dibenarkan menunggang basikal/ motosikal tanpa urusan.

5. Tidak dibenarkan duduk berbual-bual di kedai-kedai apatah lagi menonton televisyen

6. Para pelajar tidak dibenarkan mengguna telaga yang berhampiran dengan masjid atau madrasah pada waktu-waktu sembahyang atau kuliah dan tidak dibenarkan menggunakan telaga orang kampung.

7. Tidak dibenarkan pelajar-pelajar menganggu ketenteraman penuntut lain samada melalui perkataan, perbuatan atau lain-lain.

8. Di larang keras mana-mana cubaan untuk menimbulkan suasana perbalahan / sentimen anak negeri di kalangan pelajar.

 

6.4  Ibadat

1. Pelajar-pelajar diwajibkan sembahyang berjemaah di masjid/ madrasah pada setiap waktu .

2. Tidak dibenarkan para pelajar meninggalkan tempat sembahyang melainkan setelah selesai wirid dan doa setiap kali solat berjemaah di masjid/ madrasah.

3. Mestilah menghadiri majlis membaca yasin di masjid/ madrasah pada setiap malam Jumaat dan Selasa

Posted in Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »