Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for Mei 2008

Maklumat Kulliyah Pondok

Posted by epondok di Mei 28, 2008

Di bawah Kelolaan :

PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD

 

 Alamat :

Kulliyah Pondok Darulnaim, Terusan Limbat,

16150 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.

Tel : 09 – 7641206 Faks : 09 – 77659099

 

 MUQADDIMAH

Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan telah banyak menaburkan bakti di dalam era kebangkitan Islam serta pembangunan Ummah. Kejayaan ini merupakan satu realiti yang telah terpahat di dalam sejarah umat Islam di rantau ini.

Arus pemodenan sedikit sebanyak telah meminggirkan Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan yang ulung serta memiliki keistimewaan yang tersendiri. Fenomena ini telah membawa kepada kemalapan serta penutupan sebahagian besar daripada Pondok-pondok yang telah diasaskan akibat daripada sambutan masyarakat yang dingin terhadap institusi tersebut.

Keadaan ini menyebabkan para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di beberapa buah Pondok yang masih bertahan ketandusan pusat lanjutan

Di atas kesedaran inilah, Kuliah Pondok Darulnaim ( KPD ) ditubuhkan sebagai usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan semasa. Kursus-kursus yang ditawarkan di kuliah ini merupakan satu pendekatan bersepadu yang berorientasikan sistem pengajian pondok dan sistem pengajian semasa yang lain.

 

TUJUAN

 

Kuliah Pondok Darulnaim ditubuhkan bagi memenuhi beberapa tujuan dan matlamat yang menjadi hasrat umat Islam :

·     Memelihara syi’ar dan kedaulatan Islam, kemurnian ‘Aqidah, akhlak dan peradaban daripada kesan arus permodenan

·     Menyedarkan umat Islam daripada kelalaian menunaikan kewajipan mereka yang telah diperjuangkan oleh para ulama Pondok silam

·     Memelihara serta mengembangkan sistem pendidikan dan pengajian pondok bagi menghadapi cabaran semasa

·     Membuktikan keunggulan Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan alternatif kepada masyarakat yang sedang dilanda krisis keruntuhan moral

OBJEKTIF

 

·     Melahirkan generasi ulama yang ikhlas, zahid, wara’’, beramal serta berkemampuan menyelesaikan permasalahan semasa dengan uslub Syar’iyyah

·     Membentuk kader-kader untuk mempertahankan Islam tanpa sebarang kepentingan melainkan keredaan Allah SWT

·     Menanamkan pelajar-pelajar pondok dengan ciri-ciri kepimpinan Islam serta semangat juang agar dapat memainkan peranan yang lebih berkesan di dalam menyebarkan risalah Islamiah serta mengembalikan zaman keemasan Islam

 

MISI

 Melahirkan para ulama yang berwibawa, berketrampilan serta mampu menongkah arus perubahan zaman yang serba canggih

 

VISI

 

Melatih para pelajar pondok agar mahir dalam pelbagai bidang sesuai dengan tuntutan serta perkembangan semasa

 

BIDANG KURSUS YANG DITAWARKAN

 

Kursus yang sedang ditawarkan adalah kursus Syariah Islamiyyah. Kursus Usuluddin dicadangkan pada tahun-tahun berikut.

 

TEMPOH PENGAJIAN

 

Tempoh pengajian bagi setiap kursus ialah 5 tahun, iaitu ;

·                       Pengajian Peringkat Taujihi (setahun)

·                       Pengajian Peringkat ‘Ali (4 tahun )

 

NIZHAM ( SISTEM ) PEMBELAJARAN

 

Pembelajaran dijalankan secara kombinasi di antara Nizham Talaqqi yang diamalkan di pondok dan Nizham Jami’i  yang diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi moden.

 

KURIKULUM

 

Maddah-maddah yang diajar bagi setiap kursus merangkumi :

·            Al ‘Ulum al Diniyyah

·            Al ‘Ulum al Lughawiyyah ( Arab, Inggeris & Melayu )

·            Al ‘Ulum al Hadithah ( Akademik )

 

TEKS KAJIAN

 

Teks kajian bagi setiap maddah terdiri daripada kitab-kitab mu’tabar dan kitab-kitab lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kurikulum KPD.

Para pelajar hendaklah memiliki teks-teks yang telah ditetapkan sepanjang mengikuti pengajian.

 

KO-KURIKULUM

 

Kegiatan ko-kurikulum yang dirancang untuk pelajar-pelajar KPD meliputi kegiatan-kegiatan ruhaniah, jismaniah dan ‘aqliayyah :

·                   Latihan khitabah

·                   Kursus kepimpinan

 

TENAGA PENGAJAR

 

Tenaga pengajar yang menjalankan tugas di Kuliah ini terdiri daripada guru-guru yang telah berpengalaman mengikuti dua bentuk pendidikan iaitu Nizham Talaqqi dan Nizham Jami’i.

Sebahagian daripada tenaga pengajar menjalankan tugas secara sepenuh masa manakala sebahagian yang lain adalah secara sambilan.

 

KAKITANGAN PENTADBIRAN

Pentadbiran KPD diketuaI oleh seorang ‘Ameed serta disokong oleh beberapa orang kakitangan yang terdiri daripada :

·                   Pendaftar

·                   Pembantu Tadbir

·                   Pembantu A

·                   Jaga

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

 

Pelajar-pelajar yang memohon mengikuti kursus di Kuliah ini mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :

·        Lelaki yang tidak melebihi 30 tahun

·        Telah mengikuti pengajian di mana-mana pondok yang diiktiraf tidak kurang daripada 7 tahun atau lulusan STA dan STU dari sekolah menengah agama

·        Lulus ujian kemasukan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran KPD

·        Bersedia mengikuti pengajian secara sepenuh masa

·        Bersedia mematuhi peraturan dan undang yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran KPD

 

Setiap permohonan mestilah disertakan :

·        Pengesahan pertulis daripada daripada penguasa/tuan guru pondok terdahulu

·        Surat sokongan daripada mana-mana tokoh gerakan Islam

·        Sijil Husnu Siyar al Suluk

 

UJIAN KELAYAKAN

 

Ujian Kelayakan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak pada setiap kali pengambilan pelajar pada setiap sesi pengajian. Ujian ini dijalankan secara lisan dan bertulis.

Tajuk yang disoal melalui ujian ini meliputi :

            A ) Bertulis :

·                       Al Qawa’id    Bab al Kalam daripada Kitab Syuzuru al Zahab

·                       Feqah           – kitab muktabar mazhab Syafie

 

            B ) Lisan :

·        Al Quran    – Bacaan dan hafalan daripada juzu’ 30

·        Al Qawa’id Bab al Kalam daripada Kitab Syuzuru al Zahab

 

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Kemudahan infrastruktur yang telah disiapkan terdiri daripada :

·                   Pejabat Pentadbiran

·                   Bilik Kuliah

·                   Maktabah

·                   Asrama

·                   Dewan Makan

·                   Bilik Guru

Di antara kemudahan infrastruktur yang sedang berada di peringkat perancangan ialah :

·                   Masjid

·                   Dewan Kuliah ( 3 tingkat )

·                   Bilik Rawatan

 

YURAN PENGAJIAN

 

Yuran pengajian yang dikenakan ialah :

A ) Yuran Pendaftaran : RM 100.00

B ) Yuran Kursus : RM 200.00 / fasal

C ) Yuran Penginapan dan MakananRM50.00/ bulan

 

PAKAIAN RASMI

Pakaian rasmi bagi setiap pelajar KPD ketika mengikuti kuliah ialah jubah putih manakala pada waktu-waktu lain pelajar dibenarkan memakai pakaian yang sesuai

 

SESI  PENGAJIAN

Sesi pengajian dimulakan pada bulan Muharram setiap tahun hijrah.

Permohonan kemasukan dibuka pada setiap bulan Ramadhan

Posted in Kulliyah Pondok Darulnaim | Leave a Comment »

Aturcara Sambutan Jubli Emas Pondok Sungai Durian

Posted by epondok di Mei 27, 2008

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS PONDOK SG. DURIAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Madrasah Muhammadiah, Pondok Sg Durian, Kuala Krai, Kelantan akan mengadakan Sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan Madrasah ini.

Majlis tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh : 5 hingga 7 Jun 2008
Tempat : Pondok Sungai Durian

Sehubungan dengan itu pihak kami dengan segala hormatnya menjemput Muslimin dan Muslimat, khususnya lepasan Pondok Sungai Durian ke majlis yang akan diadakan pada masa dan tarikh 05-07Jun 2008 (Lihat Aturcara).

Sekian, terima kasih.

Akhukum,

Abdul Basit Bin Abdul Rahman
Musyrif
Pondok Sg Durian
* Segala pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi :-
– Ust Hj. Nazri – Bhg Perhubungan : 013-9207121
– Pejabat : 09-9664161

PAMERAN DAN BAZARIA JUBLI EMAS
Tarikh: 05 hingga 07 Jun 2008 Jam 10 Pagi – 10 Malam. 

Hari Jumaat – 06 Jun 2008 – (Majlis Perasmian dan Perjumpaan Ibubapa/Guru)

11.00 pagi : Pendaftaran Ibubapa/Penjaga
01.12 ptg : Solat Jumaat.
2.30 ptg : Majlis Perjumpaan Ibubapa/Penjaga.
4.38 ptg : Solat Asar.

7.25 mlm : Solat Maghrib Dan Kuliah Maghrib. Tajuk : Sumbangan Pendidikan Pondok Kepada Masyarakat
: Oleh : Ustaz Haji Abdul Hamid Mat Isa (Bekas Tenaga Pengajar, Pondok Sungai Durian, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
8.36 mlm : Solat Isya’.

9.00 mlm : Ucapan Perasmian Oleh : YB. Mohd. Ammar Nik Abdullah
  (Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah)

: Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang

: Forum (Tajuk : Institusi Pengajian Pondok, Cabaran dan Realiti)
  Ahli Panel :-
1 – Ustaz Abd Halim Bin Abd Ghani
      (Pengerusi Jemaah Tadbir, Pondok Pasir Tumboh)
2 – Dr. Luqman Bin Tuan Guru Haji Abdullah
      (Pengerusi Pondok Lubuk Tapah, Ahli Pemegang Amanah, Pusat Pembangunan Pondok)
3 – Dr. Abd. Basit Bin Hj. Abdul Rahman.
      (Pondok Sungai Durian)

Hari Sabtu  – 07 Jun 2008 (Seminar Dan Himpunan Lepasan Pondok Sungai Durian)

08.00 pagi : Pendaftaran Peserta.
09.00 pagi : Pembentangan Kertas Kerja. Tajuk : Tuan Guru Hj. Abdul Rahman :  Sejarah dan Pengorbanan
: Pembentang : Ustaz Zainuddin Che Seman
  (Tenaga pengajar Pondok Sungai Durian)
  : Pengulas : Ustaz Haji Yahya Bin Mohammad Razi
(Bekas Pelajar Pondok Sungai Durian, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Selangor)
11.30 pagi  : Ucapan Wakil Lepasan Pondok Sungai Durian Tahun 50an,
  60an, 70an, 80an, 90an.
01.12 ptg : Solat Zohor dan Makan Tengahari.

02.30 ptg : Pembentangan Kertas II. Tajuk : Al-Marhum Sheikh Muhammad Daud Bin Sulaiman Al-Kalantani Dalam Kenangan.
: Pembentang : Ustaz Bunyamin Hj. Abdul Rahman.
  (Tenaga pengajar Pondok Sungai Durian)
: Pengulas : Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Muhamad.
  (Dato’ Arif DiRaja, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan)
04.38 ptg : Solat Asar
07.25 mlm : Solat Maghrib
08.36 mlm : Solat Isya’

09.00 mlm : Ceramah Perdana, Tajuk : Masa Depan Pengajian SAR.
   oleh :- 1 – YB. Ustaz Haji Taib Azamuddin Bin Mohd Taib
        (Ahli Parlimen Baling)
  2 – YB. Ustaz Haji Mohamad Bin Mustafa
        (ADUN Demit)

Perasmian Penutup Majlis Sambutan Jubli Emas &
Pelancaran Kutipan Derma Pembinaan Asrama Pelajar

Oleh :
YAB. Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Pada  : 11 Jamadil Akhir 1429H / 16 Jun 2008M (Isnin)
Masa  : Bermula Solat Isya’

Posted in Pondok Sungai Durian, Program Terbaru | Leave a Comment »

Pengasas Pondok Tunjung

Posted by epondok di Mei 24, 2008

TUAN GURU HJ GHAZALI BIN ABDULLAH

 

Tarikh dan tempat lahir  : 10 Rabiul Awal 1349H bersamaan 1 Ogos 1930M, Kampung Kubang Kachang, Kota Bharu, Kelantan

 

Nama Ayahanda : Hj Abdullah b Ismail

 

Nama Bonda : Zainab binti Salleh

 

Perkahwinan : Beliau berkahwin dengan Hajjah Halimah binti Hj Yusoff pada 1958

 

Pendidikan dan Buka Pondok

 

a.     Belajar al-Quran dengan ayahandanya sendiri ketika umur 7 tahun dan berjaya khatam al-Quran ketika berusia 9 tahun iaitu tahun 1328H bersamaan 1939M

b.     Pada tahun yang sama mula memasuki sekolah rakyat yang dibuka oeh Hj Muhammad Hj Chik di Kampung Pauh Butut, Kubang Kachang

c.     Tahun yang sama juga mula belajar ilmu fardhu ‘ain dan Sifat 20 dengan datuk saudaranya Tuan Guru Hj Sulaiman bin Tok Kenik dan dengan bapa dua pupunya Tuan Guru Hj Ibrahim bin Awang Chik dan seterusnya mempelajari kitab jawi dan nahu bahasa arab

d.     1362H bersamaan 1943M mula mengaji di Pondok Tuan Guru Hj Yunus bin Wan Buang, Pasir Tumboh dan Tuan Guru Hj Yusuff Padang Kala serta membaca al-Quran dan memperbetulkan nahu bahasa arab dengan Tuan Guru Hj Ahmad

e.     1363H berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong. Di sana selain belajar dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sendiri, beliau juga sempat belajar dengan Tuan Guru Hj Salleh (Bilal Masjid Bunut Payung), Tuan Guru Hj Mustafa dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz Pasir Tumboh

f.        Guru-gurunya yang lain ialah Tuan Guru Hj Hassan Beris, Tuan Guru Hj Ahmad b Hj Ali, Tuan Guru Hj Hussein Helmi , Tuan Guru Hj Hassan Panglima Gantang, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pangsa Enam Pahang, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Perlis, Tuan Guru Hj Salleh al-Maradi Kedah, Tuan Guru Hj Abdul Shukur Bangkok Thailand, Tuan Guru Hj Bud Jawa Indonesia

g.     Pada 10 Januari 1955 berpindah ke Madrasah al-Islah, Kota Bharu

h.     Pada 4 Mac 1958 mengambil kursus Bidang Sosial & Politik hingga 1960 di Universiti Majapahit, Indonesia

i.         Pada 30 Disember 1961 berpindah belajar ke Pondok Pasir Tumboh bagi mengkhatamkan semua kitab yang belum khatam di Pondok Bunut Payung dulu dengan Tuan Guru Hj Mustafa dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz. Disamping itu beliau berlatih mengajar selama 4 tahun berakhir 1965

 

 

Membuka pondok

 

  • Akhir tahun 1965 berpindah ke Kampung Padang Enggang, Batu 4, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu dengan cita-cita mahu membangun dan membina madrasah bagi tempat pengajian agama namun tidak berjaya
  • Pada tahun 1974 dengan semangat yang membara maka beliau akhirnya berjaya membangunkan madrasah di Kampung Tunjung, Batu 5 (km 7 ) Jalan Kuala Krai iaitu suatu tempat yang bernama Dalam Nibung
  • Walau pun sudah membuka pondok tetapi beliau masih mengaji dengan Tuan Guru Hj Daud Omar, Bukit Abal, Pasir Puteh

   

Sakit dan Meninggal Dunia

 

  • Beliau menghembus nafas yang terakhir pada 14 Ogos 2002

Posted in Pondok Tunjung, Tokoh Ulama' | Leave a Comment »

Aktiviti

Posted by epondok di Mei 22, 2008

 

AKTIVITI-AKTIVITI PONDOK

 

1 Bidang pendidikan

 

-lembaga pendidikan mengkaji kembali jadual dan mata pelajaran yang    dipelajari sehingga dapat membentuk jadual baru dan menambahkan mata pelajaran yang lebih lengkap dan lebih berkesan.

-Memberi kuliah subuh setiap hari belajar oleh tuan guru sendiri untuk membentuk keperibadian yang matang dan mantap dalam ilmu pengetahuan dan pemikiran.

-menggalakkan pelajar mengikuti belajar tambahan di masjid-masjid dan temapat pengajian diluar dihujungminggu dan musim cuti

– menayangkan dokumentari untuk pelajar bila ada waktu kosong

-mengadakan diskusi tajuk-tajuk tertentu bila diperlukan

-memberi motivasi dan dorongan belajar dari demasa ke semasa

 

2.Bidang pembangunan

– kebanyakan pembangunan yang berlaku di pondok ini, dilakukan secara  gotong- royong di kalangan pelajar dan penghuni pondok

-Kerja pembangunan dilakukan secara berkumpulan bergilir mengikut jadual dan kumpulan yang di tetapkan

 

3 Bidang penerangan

 

-Informasi dan maklumat yang akan disampaikan kepda pelajr seperti pengumumam , berita-berita renungan, kempen kesihatan , kempen keselamatan,  motivasi belajar dan sebagainya dapat dilakukan secara:

-lisan    iaitu lepas solat asar setiap hari belajar

-Tampal di papan iklan masjid.

 

4 Bidang kesihatan

 

– sediakan ubat-ubatan yang diperlukan

-sedikan tong sampah untuk menhindar dari kuman-kuman dan nyamuk.

-kempen kesehantan dengan secara lisan dan tampalan di papan  iklan

-bawa ke klinik dan hospital jika ada yang sakit.

 

 5 Bidang Kebersihan dan keceriaan

 

-membahagi satu tugas rutin kepada setiap pelajar supaya sentiasa menjaga tugasnya setiap masa

-mengadakan gotong royong kebersihan jika diperlukan

-selalu memberi kempen kebersihan dari semasa ke semasa

-sediakan tong sampah dan penyapu di setiap kawasan pondok 

 

6 Bidang keselamatan

 

-selalu memberi nasihat kepada penghuni pondok tentang keselamatan

 Secara umum dan peribadi

-Selalu menampal risalah yang berkaitan dengan keselamatan

-Sediakan balang bomba di setiap kawasan pondok

-tutup\ kunci pintu pagar di waktu malam

– telah membentuk pasukan bomba sukarela.

-sentiasa berbincang dengan pegawai bomba Pasir puteh untuk memberi kursus dan latihan bagi warga pondok

 

 7 Bidang ibadat

 

– mewajibkab kepada setiap pelajar dan penghuni pondok solat berjemaah setiap waktu bila berada di pondok.

– mengekali solat hajat  setiap malam selepas maghrib

-menghayati baca yasin setiap malam jumat lepas maghrib

 

8 Bidang ekonomi

 

-menjual taqwim pondok kepada masyarakat umum untuk mendapatkan untung

-aktiviti ekonomi pondok

-yuran dari pelajar

-sumbangan daripada orang ramai

 

9 Kebajikan dan Dakwah untuk umum

 

– telah mengadakan gotong royng  dengan orang kampong untuk membersihkan jalan – jalan kampong

-mengadakan gotong- royong membina masjid kampung Permatang Sungkai

-mengadakan kelas kursus musim cuti sekolah untuk pelajar sekolah rendah selama 10 hari

– keluar mengajar di masjid-masjid ,surau-surau dari tuan guru, ustaz dan pelajar-pelajar pondok.

 

 

 

 

 

Posted in Pondok Seligi | 2 Comments »

Prasarana & Infrastruktur

Posted by epondok di Mei 21, 2008

1

. PRASARANA YANG SEDIA ADA

 

1.1 Pusat pengajian pondok ini merangkumi kawasan seluas 5 ekar yang terdiri dari pada :

 

a. Kediaman tuan guru dan tenaga pengajar serta keluarga .

b. Pondok pelajar leklaki

c. Pondok pelajar perampuan

d. Pondok orang-orang tua.

e. Pondok keluarga.

f.  Masjid dan ruang belajar

 

 

2. KEISTIMEWAAN PONDOK INI

 

   Sesuai dengan namanya Sripermai,pondok ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti ;

 

a. terletak di tempat yang sesuai dan damai di tepi bukit yang sesuai sebagai tempat belajar dan beribadat kepada Allah.

 

b. jauh dari kesibukan dan hiburan yang melalaikan .

 

c. kawasan yang selamat dan persekitaran yang menyamankan.

d. semangat kekeluagaan yang erat

 

 

Posted in Pondok Seligi | Leave a Comment »

Sistem Pengajian Pondok Seligi

Posted by epondok di Mei 20, 2008

1. SISTEM PENGAJIAN PONDOK

 

Sistem pengajian pindok ini terbahagi kepada tiga :

 

a.Sistem Nizami yang terdiri dari

-peringkat rendah

-peringkkat menengah

-peringkat atas

 

b.Sistem umumi yang meliputi seluruh peringkat pelajar

 

c.Sistem kumpulan pelajar iaitu system mutalaah secara berkumpulan yang dikendalikan oleh pelajar.

 

 

2.SUKATAN MATA PELAJARAN

 

2.1 Mata pelajaran yang dipelajari di pondok ini seperti berikut;

-Al-guran

-usuludin

-fekah

-Tasauf

-tasauf

-Usul tafsir.

-Hadis

-Mustalah hadis

-Kawaid fikah

-Nahu

-Saraf

-Balagh

-dll

 

 

 

 

 

3.JADUAL WAKTU BELAJAR

 

Jadual waktu belajar adalah dibagi kepada 2 bahagian

 

1. kelas umumi: 

    Semua penghunipondokdan pelajar diwajabkanmengikuti belajar yangdi kendalkanoleh tuan guru sendiri.waktunya selepas solat zohor danselepas solat maghrib

 

2. kelas nizami: 

di khusus kepada pelajar sahaja dan waktunya dari lepas solat subuh sehingga jam 12 tengahari.

 

 

 

4.KO-KURIKULUM

 

Diantara ko-kurikulum yang dapat dilakukan seperti berikut:

 

-majlis muhadarah untuk melatih pelajar membaca khutbah,syarahan, ceramah

-melateh kerja berkumpualn dalam bergotong royong di pondok dan di luar

-melatih kemahiran hidup dengan diajar asas pertanian

-adakan tayangan dokumentari untuk membuka minda pelajar

-dihantarkan pelajar untuk mengikuti kursus  dan seminar di luar

 

 

 

 

 

Posted in Pondok Seligi | 15 Comments »

Program terbaru

Posted by epondok di Mei 18, 2008

Sambutan Jubli Emas Pondok Sungai Durian 1958-2008

Ditulis oleh Abu Anas   
 
Aturcara Sambutan Jubli Emas Pondok Sungai Durian :- 

  1. Bermula dengan keberangkatan DYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman PSD pada 4hb April 2008 bersamaan 27 Rabiul Awal 1429H.
  2. Perjumpaan Lepasan Pondok Sungai Durian pada 6hb Jun 2008 bersamaan 2 Jamadil Thani 1429H.
  3. Seminar Mengenai Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Syeikh Muhd Daud Al-Kelantan pada 6hb Jun 2008 bersamaan 2 Jamadil Thani 1429H.

Kepada semua lepasan Pondok Sungai Durian diharap dapat menghubungi talian :-

09-9664161 (Pejabat PSD)
013-9207121 (Ust. M. Nazri)
Email : mmpsd@yahoo.com

Laman web rasmi : wwww.pondoksgdurian.com

 

 

 

Lawatan ke Pondok Kelantan Sempena TMK08

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2008 (TMK08) maka pihak pondok turut menerima kunjungan pelancong samada dari dalam negara atau luar negara yang ingin mendapat maklumat lebih jelas berkenaan sistem pengajian pondok tradisional yang membolehkan Kelantan digelar dengan jolokan Serambi Mekah dari dulu hingga kini. Kedatangan pelancong dijangka meningkat pada musim cuti sekolah penghujung Mei ini.

Antara pondok yang sentiasa menjadi tempat tumpuan para pelancong ialah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas dan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.

Rombongan yang berminat untuk melawat pondok tersebut bolehlah menghubungi pejabat pondok masing-masing bagi memudahkan urusan persiapan sambutan dan penerangan. Nombor telefon pejabat urusan ialah Pondok Pasir Tumboh di talian 09-7657786, Pondok Lubuk Tapah 09-7905672 dan Pondok Sungai Durian 09-9664161

 

Pengajian Sempena Cuti IPTA/IPTSdi pondok Kelantan

Pendaftaran masuk mahasiswa universiti tempatan ke beberapa buah pondok di Kelantan terutama Pondok Pasir Tumboh telah pun bermula minggu ini. Kebanyakan mereka mula mendaftar diri minggu ini bagi mengisi waktu cuti yang begitu panjang dengan pengajian ilmu agama secara talaqqi. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat Pondok Pasir Tumboh di talian 09-7657786

Posted in Program Terbaru | 1 Comment »

Aktiviti Umum

Posted by epondok di Mei 17, 2008

Program umum untuk masyarakat luar pondok

 

  1. Sentiasa memberi ruang kepada pelajar sekolah pada musim cuti sekolah untuk datang menginap dan belajar di pondok ini
  2. Membuat program umum seperti ceramah dan juga motivasi dengan kerjasama badan tertentu seperti Jabatan hal Ehwal Agama Islam Kelantan

Posted in Pondok Gelang Mas | Leave a Comment »

Kemudahan Asas

Posted by epondok di Mei 16, 2008

Kemudahan asas

 

  1. Masjid
  2. Madrasah atau surau untuk berjemaah dan pengajian
  3. Pondok penginapan pelajar, kelamin dan warga tua
  4. Asrama pelajar perempuan
  5. Rumah guru
  6. Bangunan pejabat

 

Tenaga Pengajar

 

Terdapat 8 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru

 

Penghuni dan Pelajar Pondok

 

Jumlah penghuni pondok kini seramai 150 orang muslimin dan muslimat yang bujang disamping kelamin dan warga tua

 

Posted in Pondok Gelang Mas | 1 Comment »

Kemudahan Asas Pondok Lepan Bola

Posted by epondok di Mei 14, 2008

Kemudahan asas

 

 

  1. Masjid untuk berjemaah dan pengajian
  2. Madrasah atau surau 
  3. Pondok penginapan pelajar, kelamin dan warga tua
  4. Asrama pelajar perempuan
  5. Rumah guru
  6. Bangunan pejabat

 

Tenaga Pengajar

 

Terdapat 4 orang tenaga pengajar yang mengendalikan kuliah di pondok ini disamping kepala mutala’ah atau pembantu guru

 

Penghuni dan Pelajar Pondok

 

 

Jumlah penghuni pondok kini seramai 80 orang muslimin dan muslimat yang bujang disamping kelamin dan warga tua

 

 

 

 

Posted in Pondok Lepan Bola | 3 Comments »