MUQADDIMAH
Pusat pembangunan pondok (PPPB) ialah satu Persatuan Kebajikan Pusat Pengajian Pondok yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat Malaysia.
PPPB didaftarkan pada 22 April 1995 dan nombor Pendaftaran ialah H-341450. Ia merupakan Syarikat yang tidak mempunyai saham (Limited by Guarantee)
Keahlian PPPB terdiri dari Tuan guru pondok, Pengajar pondok dan juga individu berminat untuk memajukan Institusi Pengajian Pondok.
Kerajaan Negeri Kelantan telah mengiktiraf PPPB sebagai mewakili kepada Pondok-pondok Kelantan.
Setakat ini beberapa buah pondok telah bernaung dibawah PPPB dan telah menikmati banyak faedah yang disalurkan oleh PPPB.
Adalah diharapkan PPPB akan dapat mencapai matlamatnya untuk menjaga dan memajukan Pusat Pengajian Pondok selari dengan perkembangan zaman.
PROFIL PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD ( PPPB )
Nama : Pusat Pembangunan Pondok berhad
No Roc : H-341450
Alamat : 929 Wisma Pondok Pasir Tumboh,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Telefon : 09-7659088 Fax : 09-7659099
E mail : pppb1995@yahoo.com
Pemegang Amanah
3 orang Ajk Wajib (Pengasas PPPB )
3 orang wakil Pondok ( giliran)
3 orang wakil Pentadbiran PPPB (dipilih)
3 orang wakil Profesional (dipilih)
Keahlian PPPB
1-Tuan Guru Pondok dan Pengajar
2-Individu Berminat untuk memajukan Pondok
Pondok yang bernaung
Sehingga tahun 2008 sebanyak 14 buah pondok telah bernaung dibawah PPPB.
Syarat pondok yang bernaung
1- Tuan guru mengajar sepenuh masa
2- Kurikulum menggunakan kitab pondok
3- Minima mempunyai Pelajar 20 orang
4- Persetujuan oleh Ajk Pemegang Amanah.
MISI
1- Menjaga warisan Institusi Pengajian Pondok agar dapat menjadi Pusat Pengajian Islam terulung yang diterima oleh masyarakat.
2- Menjaga kebajikan Penghuni-penghuni pondok yang terdiri dari Tuan guru, pengajar, pelajar dll.
3- Membaik pulih dan membangunkan prasarana Intitusi Pengajian pondok.
4- Menonjolkan Produk Pondok untuk dakwah kepada masyarakat
5- Menjadi Badan dakwah dll
VISI
1- Memberi bantuan kewangan kepada pondok- pondok yang bernaung dengan PPPB
2- Menubuhkan Kolej Tinggi Pondok
3- Menubuhkan Jabhah Pondok (Majlis Mesyuarat Pondok-pondok )
4- Menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela dll.
5- Mengadakan Program dakwah- seminar- penerbitan – forum- Pakej pengajian dll. 6- Lain-lain yang perlu mengikut keperluan
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD (PPPB)
2006/2008
Pengerusi
Tuan Guru Hj Hashim bin Hj Abu Bakar
(Mudir Pondok Pasir Tumboh)
Timbalan Pengerusi I
Tuan Guru Hj Abdullah bin Hj Abdul Rahman
( Belum diisi selepas kematian al-Marhum pada 19 Mac 2008)
Timbalan Pengerusi II
Ustaz Hj Ahmed Shukri bin Hj Abdul Rahman
( Pondok Sungai Durian)
Setiausaha
Ustaz Hj Adam bin Hj Abdullah
( Pondok Sungai Durian)
Bendahari
Ustaz Hj Abu Bakar bin Othman
( Pondok Pasir Tumboh )
Ahli jawatankuasa
YB Ustaz Hj Muhamad bin Awang (Pondok Bukit Gading)
Tuan Guru Abdullah bin Sa’amah (Pondok Geting)
Tuan Hj Zaidi bin Hassan
Dr Hj Lokman bin Hj Abdullah (Pondok Lubuk Tapah)
Ustaz Hj Tuan Mahmod bin Tuan Soh (Pondok Lepan Bola)
Hj Ahmad Shairazi bin Hj Atiqullah ( Pondok Pasir Tumboh )
mohd azrul berkata
Asalamualaikum w.h.t
Soalan saya..
Boleh kah senaraikan nombor-nombor telefon yang bernaung di bawah PPPB
supaya senang saudara2/saudari2 untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai institusi pondok.
mohd nasir mamat berkata
Assalamualaikum w.mt
minta izin ambil bahan dari laman web untuk rujukan imu dan bahan pengajaran..kalau diizinkanlah.
ada dak program pengajian pondok ketika cuti sekolah untuk tahun 2009 bagi orang dewasa.
mohd nasir mamat
guru dari sandakan