Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Arkib bagi Kategori ‘Pondok Pasir Tumboh’

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh
Tel. 09-7657786

Mudir Pondok Pasir Tumboh hingga 30 Ogos 2011

Posted by epondok di Ogos 31, 2011

BERKENALAN DENGAN PENGUASA 1 / MUDIR

 

Biodata :

Nama      : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar

Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Tahun lahir    : 1923M

Pendidikan :

  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953

-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

Perkhidmatan :

1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir  setelah kematian keduanya sehingga sekarang.

2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995

3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan

4. Mendapat anugerah Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan tahun 2010

Meninggal dunia

Beliau kembali ke rahmatullah setelah hampir 2 tahun sakit pada Selasa 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M…al-Fatihah

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh, Tokoh Ulama' | Leave a Comment »

Tok Guru Hj Hashim Pasir Tumboh dalam kenangan

Posted by epondok di Ogos 31, 2011

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh, Tokoh Ulama' | Leave a Comment »

Isteri Tuan Guru Hj Hashim Pasir Tumboh meninggal dunia pagi tadi

Posted by epondok di Januari 9, 2011

Hajah Radhiah iaitu isteri Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh telah meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi kerana uzur. Al-marhumah yang lebih dikenali dengan panggilan Maksu Haji telah lama uzur tetapi yang amat ketara dalam masa 4 hari terakhir ini

Jenazah al-Marhumah akan disembahyangkan pada jam 11.00 pagi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ruh al-Marhumah yang telah begitu banyak berbakti dalam mendidik anak bangsa sepanjang hidup beliau….Al-Fatihah

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh | Leave a Comment »

Akademi Pondok Sempena Ramadhan 1431H

Posted by epondok di Ogos 11, 2010

Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1431H maka pihak Pondok Pasir Tumboh akan mengadakan suatu program ilmu tahunan bagi menghayati bulan yang penuh keberkatan itu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada seluruh umat Islam samada dalam negeri atau luar Kelantan untuk mendalami ilmu agama sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan program untuk tahun ketiga setelah program yang sama pada tahun-tahun sebelum ini  berjaya diadakan dengan sambutan menggalakkan daripada peserta dalam dan luar Kelantan. Sebarang maklumat lanjut berkenaan program ini bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad Shairazi di talian 09-7657786 / 019-9388902

Pendaftaran dibuka sepanjang masa

Pengajian secara berulang alik

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Terbuka kepada seluruh muslimin dan muslimat tanpa had umur
  • Pendaftaran RM 5 sahaja (tanpa kitab)
  • Harga Kitab

Ø Edisi jawi RM 6.00 ( 2 buah )

Ø Edisi rumi RM 10.00 ( 2 buah )

Tarikh & Masa Daftar Diri

Mulai 2 Ramadhan 1431H bersamaan 12 Ogos 2010 (Khamis) jam 8.00 pagi

JADUAL AKADEMI PONDOK 1431H

TARIKH

MASA

PENGISIAN

Mulai

9.00– 10.00 am

Kitab Tauhid  : Minhaj as-Salam

12 Ogos 2010M

10.15– 11.15 am

Kitab Feqah : Minhaj as-Salam

2 Ramadhan 1431H

11.20 am – 2.45 pm

Khidmat diri & Solat Zohor

Hingga

4 September 2010M

25 Ramadhan 1431H

3.00 – 4.00 pm

Kitab Tasawwuf :

Setiap Jumaat cuti bagi memberi peluang untuk pengajian di Medan Ilmu

# Kitab Minhaj as-Salam meliputi Rukun Iman dan bab Feqah ( kitab ada edisi jawi dan rumi )

# Kitab Tasawwuf Pilihan pula menyentuh berkenaan sifat terpuji dan sifat tercela serta proses dalam memperbaiki keperibadian mukmin

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Hubungi :

Tel :09-7657786  H/P : 019-9388902

(Ust. Ahmad Shairazi )

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh, Program Terbaru | 3 Komen »

Ceramah Maulidurrasul 1431H di Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di Februari 26, 2010

Tarik : 13 Rabiul Awwal 1431H bersamaan 27 Februari 2010 (Sabtu)

Tempat : Masjid Mukim Terusan Limbat, Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu

9.00 malam        – Ceramah umum oleh :

                              – Ustaz Hj Ahmaed Khairi b Muhammad

                                 (Guru Pondok Pasir Tumboh)

                           – YB Ustaz Hj Ahmad Baihaki b Hj Atiqullah

                             (ADUN Pasir Tumboh)

                        – Ustaz Azhar b Abdullah

                         (Pensyarah KIAS)

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh, Program Terbaru | Leave a Comment »

Pondok Pasir Tumboh Pondok Madani, Pondok Lubok Stol Pondok Terbaik 1431H

Posted by epondok di Disember 25, 2009

Sempena Sambutan Hijraturrasul 1431H Peringkat Negeri Kelantan yang telah dilangsungkan  pada Khamis 17 Disember 2009 bersamaan 30 Zulhijjah 1430H di dalam Majlis Sambutan Hijraturrasul 1431H Peringkat Negeri Kelantan yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Pemangku Raja Kelantan bertempat di Dewan Utama, Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu maka pertandingan bagi beberapa kategori telah diadakan termasuk Pondok Terbaik. Panel hakim bagi kategori ini dianggotai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selaku pengerusi panel pemilih disamping Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Majlis Agama Islam Kelantan, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pertandingan yang diperkenalkan hampir 10 tahun ini, sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kepada pondok terlibat untuk memajukan pondok masing-masing. 14 buah pondok ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pondok besar dan yang pernah menjadi Johan pada tahun-tahun sebelum ini diletakkan dalam kategori Pondok Madani manakala yang lain bagi kategori Pondok Terbaik.

Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu merangkul gelaran sebagai Pond0k Madani manakala Pondok Terbaik disandang oleh Pondok Lubok Stol, Rantau Panjang. Masing-masing mendapat hadiah wang tunai bersama sijil pertandingan

Keputusan pertandingan Pondok Terbaik bagi tahun 1431H adalah sebagaimana berikut :

Pondok Madani

Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu

Pondok Terbaik

Johan : Pondok  Lubok Stol, Rantau Panjang

Naib Johan : Pondok Bukit Gading, Tanah Merah

Tempat Ke-3 :P ondok Kg Neting, Tumpat

Pondok Harapan : Pondok Lepan Bola, Tanah Merah

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh, Program Terbaru | Leave a Comment »

Ramai ziarah Tuan Guru Hj Hashim dalam keuzuran

Posted by epondok di Disember 11, 2009

Tuan Guru Hj Hashim sedang uzur di mana bermula 2 minggu sebelum Aidil Adha sehingga sekarang beliau agak kepenatan. Jika keuzuran beliau sebelum ini masih mengizinkan untuk menerima dan melayan tetamu namun kali ini beliau lebih banyak rehat
Kedatangan para tetamu yang bertali arus bagi mendapat khidmat dan nasihat kebanyakan disambut oleh ahli keluarga
Beliau yang merupakan Mudir Pondok Pasir Tumboh merangkap Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad yang kini berumur 88 tahun sebelum ini dikunjungi oleh beberapa tokoh ulama’ besar antaranya Sayyid Ahmad Alawi dan Maulana Ubaidillah
Semenjak tersebarnya berita keuzuran beliau, semakin ramai ahli keluarga dan anak murid beliau dari seluruh negara datang menziarahi beliau. Doakan semoga beliau terus dapat mencurahkan bakti hingga akhir hayat

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh | 4 Komen »

Syarat Kemasukan Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di September 24, 2009

Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru

 

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3.    Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Tuan Guru Hj Hashim Mudir madrasah atau pun timbalannya

4.    Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan

5.    Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )

6.    Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok

7.    Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa

 

Ø    Kelengkapan Bagi Pendaftaran

 

1.     Telah mendapat keizinan daripada pihak penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas

2.     Telah mempunyai tempat duduk samada kekal atau sementara sebelum mendaftar diri (sila rujuk ajk kawasan atau pelajar )

3.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 , yuran kecemasan RM 10.00 serta yuran bulanan sekurang-kurangnya  untuk setengah tahun sebanyak RM 25.00 (keseluruhan RM45.00)

4.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa

5.     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

6.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)

7.     Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh | 29 Komen »

Jelajah Mahabbah Ke Pahang dan Terengganu

Posted by epondok di Ogos 8, 2009

 
1.0            Muqaddimah           Dunia akhir zaman penuh dengan pelbagai fitnah yang menggugat aqidah dan akhlak umat Islam . Tanpa perhatian dan tumpuan yang sewajarnya dalam menangani masalah ini akan menimbulkan pelbagai lagi penyakit dan masalah kepada masyarakat. Tugas dalam menyebar luaskan ilmu Islam serta kerja amar makruf dan nahi munkar ini mesti  diperkasakan dalam menangani masalah masyarakat yang semakin runcing 

Atas kesedaran inilah maka suatu program khusus dijalankan bagi merapatkan lagi saf-saf golongan yang terlibat secara langsung dengan pusat tarbiah dan pengajian Islam supaya kesatuan fikrah dan gerak kerja dapat digembelingkan secara lebih berkesan lagi dalam mengubati penyakit masyarakat. Apabila kerja berat dipikul bersama secara organisasi teratur insya Allah akan membuahkan hasil yang subur ke arah melahirkan umat bertaqwa dalam setiap aspek kehidupan           Program ini turut mendedahkan para peserta kepada lapangan dakwah umum dalam mengiklankan tentang produk yang dilahirkan oleh pusat pengajian Islam dari sudut ilmu dan akhlak kepada masyarakat umum. Semoga program ini dapat berjalan dengan baik dan diberkati Allah 

2.0 Objektif         

2.1 Menjalinkan hubungan silaturrahim antara keluarga pondok  dengan masyarakat luar. 

2.2 Memberi maklumat dan kesedaran tentang peluang dan kepentingan pusat pengajian pondok dewasa ini kepada masyarakat umum. 

2.3 Mengeratkan lagi hubungan dua hala antara pusat pengajian Islam yang ada dalam membangunkan umat. 

2.4 Meluaskan pengalaman yang sedia ada serta membuka minda. 

2.5 Melihat sendiri dengan lebih dekat kehidupan masyarakat yang amat dahagakan kepada bimbingan agama.  

3.0 Lokasi Lawatan 

3.1  Madrasah An-Nur, Kuantan, Pahang,

3.2  Madrasah Darus Salam, Kuantan, Pahang,

3.3  Madrasah Siratul Mustaqim, Kemaman, Terenganu.

3.4 Madrasah Ibtidaiyyah, Kuala Berang

3.5 Madrasah Darul Ikhwan, Wakaf Tapai, Marang,Terengganu

3.6  Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman,Terengganu.

3.7  Madrasah Al-Hidayah.

3.8 Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong

3.9  Maqam Tok Pulau Manis, Pengarang Hikam Jawi.

3.10  Pondok Bukit Awang, Pasir Putih. 

4.0 Anjuran Bersama 

4.1 Pondok Pasir  Tumbuh

4.2 Pusat Kefahaman Islam 

5.0 Nama program 

Jelajah Mahabbah dan Dakwah Ke Pusat Pengajian Islam Pahang, Terengganu  

6.0 Tarikh          

17 – 19 Sya’ban 1430 Bersamaan 8 – 10hb Ogos 2009 ( Sabtu – Isnin ) 

7.0 Peserta dan kenderaan          

7.1 Pelajar                         22 orang                   

7.2 Tenaga Pengajar      9 orang          

Jumlah Peserta   :             31 orang          

7.3 Kenderaan          :       9 buah kereta  

8.0 Ahli Jawatankuasa penggerak 

Penaung                 : Tuan Guru Hj Hashim B. Abu Bakar

Penasihat                :Ustaz Hj Abdul Halim B. Abdul Ghani                              

                                    : Ustaz Nurussobah B. Hj. Mustafa

Pengarah                : Ustaz Muhammad Puad B. Abdul Wahab

Timbalan Pengarah : Ustaz Zaini B. Hj Mustafa

Setiausaha              : Ustaz Ahmad Shairazi B, Hj Atiqullah 

Bendahari                : Hifayatullah   

a. Unit Keselamatan

Ahmad Abdillah B. Yusoh

Muhammad Baihaqi B. Hamzah 

b. Unit Pengangkutan Dan Perhubungan

Mohd Zakwan B. Yusuf                    

c. Unit Penginapan Dan Makanan

Muhamad Mustafa B. Mohd Noor

Mohd Amir Qusyairi B. Mohd Noor 

d. Unit Protokol Dan Urusetia

Mohd Hazrel Asrar B. Mohd Radzi

Muhammad Aliff B. Che Abu Bakar 

e. Unit Kebersihan Dan Keceriaan

Muhd Hafiz B. Rahim

Muhd Amin B Sulaiman  

9.0 Tentatif Program 

Sabtu (8/8/2009) 

Masa Program
8.00 pagi -Taklimat Pengarah Program-Tazkirah Oleh YB Ustaz Ahmad Baihaqi.
8.30 pagi -Solat Hajat-Perlepasan Oleh YB Ustaz Ahmad Baihaqi
12.00 tgh -Tiba di Kampung Tajin, Kuala Berang- Majlis bersama masyarakat
2.00 ptg -Bertolak ke Madrasah An-Nur,Kuantan..
6.00 ptg -Tiba Di Madrasah An-Nur
7.30 mlm -Solat Maghrib -Kuliah 1-Bacaan Qasidah dan Selawat-Solat Isyak

-Kuliah 2

-Majlis Zikir Pimpinan Ustaz Mokhtar Senik

10.00 mlm -Makan Malam-Rehat

  

Ahad (9/8/2009) 

4.45 pagi -Qiamullail
5.50 pagi -Solat Subuh-Kuliah 3
7.30 pagi -Sarapan pagi-Khidmat diri
8.30 pagi -Bertolak ke Madrasah Darul Salam, Kuantan
9.30 pagi -Tiba di Madrasah Darul Salam- Kuliah 4
11.30 pagi -Majlis Silaturrahim bersama Syed Ibrahim, Kuantan- Kuliah 5
2.00 ptg -Bertolak ke Madrasah Siratul Mustaqim, Kemaman
3.00 ptg -Madrasah Siratul Mustaqim- Kuliah 6
5.00 ptg -Pusat Pengajian Taman Islam,Kemaman- Kuliah 7
6.00 ptg -Chalet  Dungun- Majlis bersama masyarakat
7.30 mlm -Solat Maghrib-Kuliah 8-Solat Isyak
9.00 mlm -Makan Malam- Kuliah 9

  

Isnin (10/8/2009) 

4.45 pagi -Qiamullail
5.50 pagi -Solat Subuh-Kuliah 10
7.30 pagi -Sarapan Pagi-Khidmat Diri
8.00 pagi -Bertolak Ke Madrasah Ibtidaiyyah, Kuala Berang
9.15 pagi -Tiba Di Madrasah Ibtidaiyyah- Kuliah 11
10.15 pagi -Bertolak Ke Madrasah Darul Ikhwan, Wakaf  Tapai, Marang.
10.30 pagi -Tiba Di Madrasah Darul Ikhwan- Kuliah 12
11.30 pagi -Ke Makam Tuk Pulau Manis -Ribat Tuk Pulau Manis
12.45 tgh -Ke Madrasah Al-Hidayah- Kuliah 13
2.15 ptg -Ke Madrasah Darul Muhajirin, Bukit Jong.- Kuliah 14
3.00 ptg -Bertolak ke Pondok Bukit Awang
6.00 ptg -Tiba Di Pondok Bukit Awang
7.30 mlm -Solat Maghrib-Kuliah 15-Solat Isyak
9.00 mlm -Makan Malam-Majlis Khatam Jelajah Mahabbah ’09.-Bertolak Kembali Ke Pondok Pasir Tumbuh

    

 

10.0 Alamat Perhubungan 

Lajnah Perhubungan & PeneranganPondok Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu, Kelantan 

No. Telefon : 09-7657786

Pengarah    : 019-9409870

Setiausaha    : 019-9388902 

Tabung Kebajikan Guru & Pelajar Pondok Pasir Tumboh

No. akaun BIMB 3018010063003 

Laman web : www.al-bakriah.com.my     

11.0 Penutup            

 Adalah diharapkan program ini dapat berjalan lancar dengan sokongan dan bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak. Semoga ia dapat dijadikan pemangkin dalam mengembangkan dakwah Islam dan memperkasakan pusat pengajian Islam. Bersama-samalah kita mendokong   cita-cita murni dalam mempertahankan agama Islam yang suci ini dan memelihara warisan ulama’ silam

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh, Tokoh Ulama' | 1 Komen »

Penerimaan Pelawat ke Pondok Pasir Tumboh di Bekukan Sementara

Posted by epondok di Ogos 7, 2009

Sempena dengan program lawatan ke Pusat Pengajian Islam sekitar Terengganu dan Pahang pada 8-11 Ogos 2009 (Sabtu – Isnin) maka pihak jawatankuasa sambutan pelawat Pondok Pasir Tumboh memaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu maka kami memohon maaf kerana tidak dapat menyambut sebarang rombongan pelawat.

Sebarang lawatan hanya dapat diterima sebelum dan selepas daripada tarikh tersebut sahaja. Sebarang kesulitan amatlah dikesali dan kami pohon ribuan maaf

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh, Program Terbaru | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 146 other followers