| 1 | Madrasah Diniah Bakriah,Pondok Pasir Tumboh,16150 Kota Bharu | Tuang Guru Hj Wan Muhamad b Wan Osman | 09-7657786 (P) 012-9623806Us Wan Qusyairi |
| 2. | Madrasah Rahmaniah,Pondok Lubuk Tapah,17200 Lemal, Pasir Mas | Ustaz Hj Lukman b Hj Abdullah | 09-7905672 (P) |
| 3. | Madrasah Muhammadiah,Pondok Sungai Durian,18000 Kuala Krai | Dr Hj Abdul Basit Hj Abdul Rahman | 09-9667071(P)019-9569101Ustaz Yahya |
| 4. | Madrasah Yusufiah,Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas | Tuan Guru Hj Awang Yusuf | 09-7972433014-8430506Tuan Guru Hj Awang Yusuf |
| 5. | Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Neting, Kg Neting, Tumpat | Ustaz Muslim b Zakaria | 019-9262256 |
| 6. | Madrasah Dakwah Islamiah,Pondok Seri Permai Seligi,Kg Permatang Sungkai,16800 Pasir Puteh | Tuan Guru Abdul Hamid Daud | 012-9528801013-9583824Ustaz Arfan |
| 7. | Madrasah Darul Muttaqin,Pondok Lepan Bola, Lawang, Batu Gajah, 17510 Tanah Merah | Ustaz Hj Tuan Mahmud Tuan Soh | 09-9570923013-9817321Ustaz Nuh |
| 8. | Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh | Ustaz Wan Rosli b Ibrahim | 019-9481330Ustaz Wan Rosli |
| 9 | Madrasah Diauddin
Pondok Gual Dalam, D/A Petis Surat No 7 Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang http://www.pondokluboksetol.webs.com/ |
Ustaz Hj Abdullah Zawawi | 019-9537489Ustaz Asyek |
Arkib bagi Kategori ‘Pondok Ahli PPPB’
Pondok Kelantan Yang Terima Pelajar Muslimat
Posted by epondok di April 7, 2012
Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | 17 Komen »
Telefon Perhubungan Pondok Ahli PPPB
Posted by epondok di November 9, 2009
Di sini merupakan senarai nombor telefon pusat pengajian pondok yang berada di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB)
Oleh itu sebarang pertanyaan tentang pondok berkenaan diminta supaya dapat menghubungi sendiri pondok terbabit untuk maklumat lanjut. Kami hanya dapat memaparkan sedikit sahaja maklumat dalam blog ini untuk maklumat umum
|
BIL |
ALAMAT PONDOK |
TELEFON
|
|
1 |
Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu |
09-7657786 (P) 012-9623806 Us Wan Qusyairi |
|
2. |
Madrasah Rahmaniah, Pondok Lubuk Tapah, 17200 Lemal, Pasir Mas |
09-7905672 (P) |
|
3. |
Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, 18000 Kuala Krai
|
09-9667071(P) 019-9569101 Ustaz Yahya |
|
4. |
Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas
|
09-7972433 014-8430506 Tuan Guru Hj Awang Yusuf |
|
5. |
Madrasah Ar-Rahmaniah, Pondok Neting, Kg Neting, Tumpat
|
019-9262256 Ustaz Muslim
|
|
6. |
Madrasah Dakwah Islamiah, Pondok Seri Permai Seligi, Kg Permatang Sungkai, 16800 Pasir Puteh
|
012-9528801
Ustaz Arfan |
|
7. |
Madrasah Fununiah Tunjuniah, KM 7 Jln Kuala Krai, 16010 Mulong, Kota Bharu
|
09-7126708 (P) 09-7124313 Ustaz Hj Abd Ghani |
|
8. |
Pondok Berangan, Kampung Berangan, 16200 Tumpat
|
09-7256052 Tuan Guru Hj Muhamad |
|
9. |
Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu
|
012-9845040 Ustaz sayuti 019-9060874 Ustaz Nazri |
|
10. |
Madrasah Darul Muttaqin, Pondok Lepan Bola, Lawang, Batu Gajah, 17510 Tanah Merah
|
09-9570923 013-9817321 Ustaz Nuh |
|
11. |
Madrasah Darul Ilmi, Pondok Bukit Gading, 17500 Tanah Merah
|
09-9662639 YB Ustaz Hj Muhamad |
|
12. |
Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh
|
019-9481330 Ustaz Rosli |
|
13. |
Madrasah An-Najmiah, Pondok Geting, Kg Geting, 16200 Tumpat
|
019-9095839 Ustaz Rosli |
|
14 |
Madrasah Diauddin Pondok Gual Dalam, D/A Petis Surat No 7 Banggol Kulim, Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang |
019-9537489 Ustaz Asyek |
Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | 2 Komen »
Pondok Ahli PPPB
Posted by epondok di September 30, 2009
|
BIL |
ALAMAT PONDOK |
PENGETUA/MUDIR |
TELEFON
|
|
1 |
Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh, 16150 Kota Bharu
|
Tuang Guru Hj Hashim Hj Abu Bakar
|
09-7657786 (P) 012-9623806 Us Wan Qusyairi |
|
2. |
Madrasah Rahmaniah, Pondok Lubuk Tapah, 17200 Lemal, Pasir Mas |
Ustaz Hj Lukman b Hj Abdullah
|
09-7905672 (P) |
|
3. |
Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian, 18000 Kuala Krai
http://www.pondoksgdurian.com/
|
Dr Hj Abdul Basit Hj Abdul Rahman |
09-9667071(P) 019-9569101 Ustaz Yahya |
|
4. |
Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas
|
Tuan Guru Hj Awang Yusuf |
09-7972433 014-8430506 Tuan Guru Hj Awang Yusuf |
|
5. |
Madrasah Ar-Rahmaniah,Pondok Neting,Kg Neting, Tumpat
|
Ustaz Muslim b Zakaria
|
019-9262256 Ustaz Muslim
|
|
6. |
Madrasah Dakwah Islamiah, Pondok Seri Permai Seligi, Kg Permatang Sungkai, 16800 Pasir Puteh
|
Tuan Guru Abdul Hamid Daud |
012-9528801 013-9583824 Ustaz Arfan |
|
7. |
Madrasah Fununiah Tunjuniah, KM 7 Jln Kuala Krai, 16010 Mulong, Kota Bharu
|
Ustaz Hj Mohd Ghani Ismail |
09-7126708 (P) 09-7124313 Ustaz Hj Abd Ghani |
|
8. |
Pondok Berangan, Kampung Berangan, 16200 Tumpat
|
Tuan Guru Hj Muhammad Hj Ali |
09-7256052 Tuan Guru Hj Muhamad |
|
9. |
Madrasah Muhammadiah, Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu
|
Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti Hj Muhammad |
012-9845040 Ustaz sayuti 019-9060874 Ustaz Nazri |
|
10. |
Madrasah Darul Muttaqin, Pondok Lepan Bola, Lawang, Batu Gajah, 17510 Tanah Merah
|
Ustaz Hj Tuan Mahmud Tuan Soh |
09-9570923 013-9817321 Ustaz Nuh |
|
11. |
Madrasah Darul Ilmi, Pondok Bukit Gading, 17500 Tanah Merah
|
Ustaz Hj Muhammad Awang |
019-9272388 Ustaz Hj Alias |
|
12. |
Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh
|
Ustaz Wan Rosli b Ibrahim |
019-9481330 Ustaz Rosli |
|
13. |
Madrasah An-Najmiah, Pondok Geting, Kg Geting, 16200 Tumpat
|
Tuan Guru Hj Abdullah Sa’amah |
019-9095839 Ustaz Rosli |
|
14 |
Madrasah Diauddin Pondok Gual Dalam, D/A Petis Surat No 7 Banggol Kulim, Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang
|
Ustaz Hj Abdullah Zawawi |
019-9537489 Ustaz Asyek |
Dikirim dalam Pengenalan PPPB, Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | Leave a Comment »
Pengenalan Pondok Lepan Bola
Posted by epondok di Jun 27, 2009
Madrasah Darul Muttaqin,
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Lepan Bola telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Ustaz Hj Tuan Mahmud bin Tuan Soh dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas
Dengan tertubuhnya Pondok Lepan Bola maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah dan menambahkan lagi kemeriahan pusat pengajian agama di daerah ini
Objektif Penubuhan
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
- Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
- Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
- Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
- Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
- Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
- Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
- Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Lepan Bola terletak di Kg Lawang, Tanah Merah, Kelantan kira-kira 15 km dari Pusat Bandar Tanah di atas tanah yang asalnya bekas rizab haiwan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan
Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Lepan Bola, Pondok Malaysia | 2 Komen »
Pengenalan Madrasah al-Diniah al-Falahiah
Posted by epondok di Jun 1, 2009
Pondok Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan
No Telefon : 019-9481330 (Ustaz Rosli b Wan Ibrahim)
Sejarah Penubuhan
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Dalam Huma, Bukit Awang telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Ustaz Rosli b Wan Ibrahim dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang kebanyakannya merupakan kawan-kawan yang sama menuntut di Pondok Pasir Tumboh sebelum ini bagi mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas. Usia yang muda tidak menjadi halangan kepada pengasas dan mudir pondok ini dalam memikul amanah yang diberikan oleh tuan tanah yang mewakafkan tanahnya bagi melihat tertubuhnya sebuah pusat pengajian agama bagi memberi peluang bukan sahaja masyarakat Pasir Puteh malah pelajar dari negeri jiran iaitu Terengganu disamping dari negeri yang lain untuk datang menuntut ilmu di sini. Pusat pengajian ini merupakan antara pondok baru yang cepat berkembang maju dari segi bilangan pelajar dan pembangunan hasil kerjasama semua pihak
Dengan tertubuhnya Pondok Dalam Huma maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah dan menambahkan lagi kemeriahan pusat pengajian agama di daerah ini
Objektif Penubuhan
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
- Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
- Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
- Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
- Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
- Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
- Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
- Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Dalam Huma, Bukit Awang terletak di Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh, Kelantan kira-kira 15 km dari Pusat Bandar Pasir Puteh di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah disamping tanah dibeli oleh pihak pentadbiran pondok hasil sumbangan pelbagai pihak yang cintakan ilmu Islam
Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Bukit Awang, Pondok Malaysia | Leave a Comment »
Maklumat Pondok Berangan
Posted by epondok di Oktober 3, 2008
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Hj Yaakob, Kampung Berangan telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Yaakob bin Ishak (Ayahanda YB Ustaz Hj Ahmad bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang) dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas
Dengan tertubuhnya Pondok Hj Yaakob, Kampung Berangan maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah setelah sekian lama daerah ini ketandusan pusat pengajian agama seumpama ini
Setelah al-Marhum Tuan Guru Hj Yaakob bin Ishak meninggal dunia maka pengajian pondok ini diteruskan oleh anak murid tuanya iaitu Tuan Guru Hj Muhammad bin Hj Ali sehingga kini
Objektif Penubuhan
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
- Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
- Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
- Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
- Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
- Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
- Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
- Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Hj Yaakob Berangan terletak di Kg Berangan, Tumpat, Kelantan kira-kira 7 km dari Pusat Bandar Tumpat di atas sebidang tanah seluas 1 ekar lebih
Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Berangan, Pondok Malaysia | Leave a Comment »
Maklumat Pondok Lubuk Tapah
Posted by epondok di Ogos 29, 2008
Pondok Lubuk Tapah atau nama rasminya Madrasah Al-Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah adalah sebuah institusi pengajian islam yang berkonsep tradisional dan merupakan antara pondok yang tertua di Kelantan.
Pondok Lubuk Tapah mula diasaskan oleh AllahyarhamTuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Che Wan pada tahun 1931 setelah kembalinya beliau daripada belajar di Mekah.Bertempat di Kampung Lubuk Tapah,Lemal Pasir Mas, dengan jarak kira-kira 4 km dari Bandar Pasir Mas dan 16 km dari Pusat Bandar Kota Bharu, keluasan kawasan Pondok Lubuk Tapah adalah kira-kira dalam lingkungan 6 ekar.
Pada peringkat awal penubuhannya,kegiatan pondok ini adalah agak terhad dengan bilangan pelajarnya yang tidak ramai manakala kemudahan-kemudahan asasnya pula tidak lengkap dan kurang memuaskan.Pada masa itu pondok-pondok pelajar terdiri daripada pondok sebuah-sebuah yang dibina sendiri oleh pelajar atau ibu bapa yang menghantar anak-anaknya memondok disini.Pondok-pondok dibina diatas tanah kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul Rahman.
Pelajar-pelajar yang datang menuntut di Pondok Lubuk Tapah datang dari seluruh negeri di Malaysia dan ada juga pelajar yang datang dari negara-negara jiran
seperti Thailand,Indonesia,Singapura dan kemboja.
Sehingga kini Pondok Lubuk Tapah telah melahirkan ribuan pelajar dimana ada dikalangan bekas-bekas pelajar pondok ini pulang menyebarkan ilmu dan memberi khidmat kepada masyarakat samada mengajar dengan membuka pondok atau sekolah agama,mengajar di masjid dan madrasah,menjadi imam masjid,bilal dan sebagainya. Bagi menambahkan lagi kefahaman dalam ilmu pengetahuan agama,terdapat juga bekas-bekas pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke negara-negara timur tengah seperti ke Mesir dan Syria.
Pondok Lubuk Tapah mengalami perkembangan dan kemajuan dari masa ke semasa dan perubahan itu semakin ketara apabila Tuan Guru Haji Abdullah pulang dari Mekah pada Disember 1966 setelah berkelana menuntut ilmu di sana selama 14 tahun semenjak tahun 1953.Beliau yang merupakan anak kedua kepada pasangan Tuan Guru Haji Abdul Rahman dan Hajah Nik Zainab binti Nik Mud membantu ayahnya mengajar dan mentadbir pondok hinggalah akhirnya beliau mengambil tempat ayahnya menjadi mudir pondok.Dibawah pentadbiran beliau Pondok Lubuk Tapah semakin berkembang pesat dan semakin dikenali bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh Malaysia.Bilangan pelajarnya semakin bertambah manakala infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asasnya juga semakin baik dan lengkap.Sehingga kini terdapat kira-kira 400 orang pelajar yang menghuni di Pondok Lubuk Tapah termasuk dari kalangan warga tua dan mereka yang sudah berkeluarga.
SISTEM PENGAJIAN
Sistem pengajian di Pondok Lubuk Tapah masih mengekalkan sistem pengajian pondok tradisional dalam bentuk yang asal berdasarkan metode halakah dan kuliah. Berdasarkan metode ini pelajar akan membuka kitab menghadap kepada guru yang membaca dan membuat huraian bagi setiap kandungan kitab tersebut didalam majlis kuliah yang diadakan.Pengajaran dan huraian secara teliti dan mendalam oleh guru bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas dan luas kepada pelajar.
Mata pelajaran yang dipelajari di sini pula meliputi hampir semua bidang asas pengajian islam seperti al-Quran, Tauhid, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawuf, Tafsir, Hadis, Mustalah Hadis, Sirah, Nahu, Saraf, Balaghah dan lain-lain lagi.
Kitab-kitab yang dipelajari di Pondok ini pula terdiri daripada kitab-kitab turath yang muktabar karangan ulama-ulama mujtahidin dan lain-lainnya dalam bahasa Arab dan Melayu bertulisan jawi.
Tenaga-tenaga pengajarnya pula selain daripada tuan guru sebagai guru utama beliau turut dibantu oleh tenaga-tenaga pengajar yang lain yang terdiri daripada pelajar-pelajar lama.
Secara umumnya sistem pengajian di Pondok Lubuk Tapah terbahagi kepada empat tahap mengikut kepada kemampuan pelajar iaitu kelas rendah bagi pelajar yang baru hendak belajar menulis dan membaca jawi.Tahap dua pula adalah kelas peralihan untuk pelajar yang baru pandai membaca dan menulis jawi dan mereka biasanya mempelajari kitab-kitab jawi yang rendah dan mudah difahami.Tahap tiga pula adalah kelas menengah yang menyediakan kelas-kelas untuk pelajar yang sudah pandai dan lancar membaca jawi. Mereka mengikuti kelas pengajian kitab-kitab jawi yang agak tinggi serta turut diajarkan ilmu nahu ( tatabahasa arab ) dan sorof.Tahap empat pula adalah untuk pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian kitab-kitab arab yang dipanggil kelas tinggi/arab. Kebanyakan kitab-kitab arab diajar oleh tuan guru sendiri.
Kelas-kelas pengajian diadakan hampir tiap-tiap hari dan dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi pagi,petang ( bermula selepas zohor hingga selepas asar ) dan malam. Walaupun hari jumaat dan sabtu diletakkan sebagai cuti mingguan pondok namun kelas tuan guru bagi sesi malam masih berjalan seperti biasa.Tuan guru juga mengajar di Madrasah Pondok Kubang Bemban ( Pondok ayah mertua beliau;Allahyarham Tuan Guru Haji Ghani ) pada tiap-tiap hari sabtu mulai sebelas pagi hingga zohor.
INFRASTRUKTUR
Infrastruktur di Pondok Lubuk Tapah terdiri daripada tiga bangunan utama dengan pecahan di lokasi-lokasi yang tertentu iaitu Masjid,Madrasah dan Asrama pelajar.
1. Masjid
Masjid Pondok Lubuk Tapah terletak bertentangan dengan rumah tuan guru dan merupakan pusat bagi aktiviti ilmu dan ibadat dimana sebahagian besar daripada kelas-kelas pengajian diadakan di Masjid ini.Kelas pengajian tuan guru sendiri semuanya diadakan di Masjid ini.
Disamping menjadi tempat perhimpunan pelajar-pelajar pondok dan penduduk mukim Lubuk Tapah mengerjakan solat berjemaah dan jumaat,pelbagai program sambutan hari-hari kebesaran islam seperti Maulidur Rasul dan Isra’ mikraj turut diadakan disini.
2. Madrasah
Terdapat tiga buah Madrasah yang dijadikan tempat kuliah-kuliah pengajian kitab oleh tenaga-tenaga pengajar.Madrasah Al-Rahmaniah yang merupakan madrasah utama terletak disebelah Masjid berhadapan dengan Rumah Tuan Guru.Tapak Madrasah ini adalah tempat asal mula-mula kegiatan pengajian kitab dan solat berjemaah dibuat sejak dari awal penubuhan Pondok Lubuk Tapah,sebelum Masjid Lubuk tapah dibina.
Sekarang ini Madrasah Al-Rahmaniah merupakan bangunan kuliah kedua terpenting selepas masjid dengan kebanyakan kelas-kelas pengajian tenaga pengajar pondok diadakan disini.Disamping itu ianya turut dijadikan tempat pelajar-pelajar pondok berkumpul untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman dan mengadakan majlis-majlis tertentu seperti majlis meraikan tetamu dari luar dan majlis usrah yang diadakan pada tiap-tiap hari rabu malam khamis.Di tingkat atas madrasah ini dijadikan pejabat untuk urusan pentadbiran pondok.
Madrasah dua dan tiga pula terletak didalam kawasan asrama pelajar lelaki dan turut dijadikan tempat untuk mengadakan kelas-kelas pengajian dan aktivi pondok.
3. Asrama Pelajar
Asrama pelajar atau lebih sinonim dengan panggilan pondok sahaja terbahagi kepada tiga iaitu asrama pelajar lelaki,asrama pelajar wanita serta warga emas dan asrama serta rumah-rumah bagi pelajar yang sudah berkeluarga (pondok kelamin).
Asrama pelajar lelaki terletak di kawasan hadapan pondok iaitu disebelah jalan masuk ke kawasan pondok.Terdapat 4 blok asrama pelajar lelaki iaitu blok A,B,C dan D.Hanya asrama Blok A sahaja yang dibina satu tingkat manakala blok asrama yang lainnya adalah bangunan 2 tingkat yang mana kesemuanya boleh menempatkan lebih daripada 200 orang pelajar dalam satu-satu masa.Sebuah blok asrama berkembar 3 tingkat masih didalam pembinaan dan sekiranya siap dijangka boleh dihuni lebih 100 orang pelajar.
Asrama pelajar wanita pula terletak bersebelahan dengan rumah tuan guru.Terdiri daripada satu blok asrama tiga tingkat dengan tingkat pertama dan kedua didiami oleh orang-orang tua wanita (warga emas).
Manakala asrama rumah kelamin juga terdiri daripada satu blok bangunan 3 tingkat dengan 12 belas buah rumah dihuni oleh tenaga-tenaga pengajar pondok yang sudah berkeluarga pada 2 tingkat yang diatas sementara tingkat bawah pula dihuni oleh warga emas wanita.Selain itu terdapat juga rumah-rumah kayu yang terletak berselerakan di sekitar rumah tuan guru yang didiami oleh pelajar yang sudah berkahwin dan juga warga emas lelaki dan wanita.
ORGANISASI
Bagi memastikan segala urusan yang berkaitan dengan pondok berjalan dengan lancar dan terurus maka satu organisasi telah dibentuk yang mana terdiri daripada jawatan kuasa pentadbir yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdullah dengan dibantu oleh dua orang anak lelakinya.Segala urusan yang berkaitan dengan sistem pentadbiran dan pengajian pondok adalah di bawah arahan atau persetujuan beliau.
Bagi melancarkan lagi urusan pentadbiran dan pengurusan pondok dan pelajar maka Majlis Hal Ehwal Pelajar Pondok Lubuk Tapah ( M.H.E.P.P ) telah ditubuhkan oleh pelajar-pelajar pondok.Ahli majlis ini dianggotai oleh pelajar-pelajar lama dan baru.Beberapa lajnah telah dibentuk di bawah M.H.E.P.P bagi melancarkan lagi perjalanan organisasi iaitu :
1. Lajnah Tarbiah dan Dakwah :
- Menjaga dan memantau displin dan tatatertib pelajar.
- Mentarbiyah atau melaksanakan tindakan displin keatas pelajar yang bermasalah.
2. Lajnah Pelajaran :
- Menyusun dan mengatur kelas serta sukatan pengajian terutama bagi kelas-kelas
rendah,peralihan dan menengah.
- Memantau dan menilai kemampuan dan peningkatan pelajaran dikalangan pelajar.
3. Lajnah Pendaftaran :
- Menguruskan urusan kemasukan dan pendaftaran pelajar baru.
- Mengurus dan mengatur penempatan pelajar.
4. Lajnah Perhubungan :
- Berperanan dalam urusan hubungan luar pondok seperti menguruskan kehadiran
pelawat dan tetamu yang datang membuat lawatan dan menziarahi pondok.
5. Lajnah Kebersihan :
- Menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan kebersihan kawasan pondok.
6. Lajnah Usrah :
- Menguruskan program usrah mingguan yang diadakan pada tiap-tiap hari rabu
malam khamis.
Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Malaysia | 2 Komen »
Pondok Lubok Setol
Posted by epondok di Ogos 28, 2008
Maklumat Pondok Gual Dalam Lubok Setol
Nama Rasmi
Madrasah Dhiauddin,
Pondok Gual Dalam Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang,, Kelantan
SEJARAH
Pondok Lubok Setol telah ditubuhkan sekitar tahun 2000 di Kampung Gual Dalam Lubok Setol, Jajahan Pasir Mas. Pengasas Pondok Lubok Setol ini ialah al-Fadhil Ustaz Hj Abdullah Zawawi bin Muhammad dibantu oleh rakan karibnya Ustaz Hj Asek bin Omar selepas lama relajar di Pondok Pasir Tumboh. Penubuhan pondok ini berjaya direalisasikan hasil daripada kerjasama dan bantuan daripada penduduk setempat. Dengan terdirinya pondok ini maka bertambahnya bilangan pondok bagi jajahan Pasir Mas untuk dijadikan pusat pengajian bagi umat Islam yang bukan sahaja sekitar jajahan ini malah seluruh negara termasuk dari Thailnd. Pondok ini adalah di antara pondok yang baru bernaung di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan
KEMUDAHAN ASAS
1. Sebuah masjid yang dapat menampung seramai 300 jemaah. Ia juga merupakan tempat pengajian di pondok ini
2. Sebuah asrama pelajar lelaki iaitu bangunan asrama batu dua tingkat yang dapat menampung 100 orang pelajar.
3. Beberapa buah pondok bagi pelajar dan warga emas
SUKATAN PENGAJIAN
Ilmu yang diajar adalah merangkumi semua ilmu agama termasuk ilmu Usuluddin, Feqah, Ilmu Alat, Al-Qur’an, Al-Hadis dan lain-lain.
Semua kitab adalah kitab pondok (tradisional) samada di dalam bahasa melayu jawi dan Arab
MATLAMAT
- Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal
- Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak
- Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
- Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan islam sebagai cara hidup
Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Lubok Setol, Pondok Malaysia | 1 Komen »
Pondok Kg Neting
Posted by epondok di Ogos 9, 2008
Maklumat Pondok Kg Neting
Nama Rasmi
Madrasah Ar-Rahmaniah
Pondok Kg Neting, Tumpat, Kelantan
SEJARAH
Pondok Neting telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Kampung Neting, Jajahan Tumpat. Mudir Pondok Kg Neting iaitu al-Fadhil Ustaz Muslim bin Zakaria atas permintaan dan cadangan daripada bapa mertuanya Ustaz Hj Abdul Rahman telah bertungkus lumus dengan beberapa orang tenaga penting yang lain dalam mengimarahkan pondok ini. Dengan terdirinya pondok ini maka bertambahnya bilangan pondok bagi jajahan Tumpat untuk dijadikan pusat pengajian bagi umat Islam yang bukan sahaja sekitar jajahan ini malah seluruh negara termasuk dari Thailand. Pondok ini adalah di antara pondok yang baru bernaung di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan
KEMUDAHAN ASAS
1. Sebuah masjid yang dapat menampung seramai 300 jemaah. Ia juga merupakan tempat pengajian di pondok ini
2. Sebuah asrama pelajar lelaki iaitu bangunan asrama batu dua tingkat yang dapat menampung 50 orang pelajar.
3. Sebuah asrama pelajar perempuan iaitu bangunan asrama batu dua tingkat
4. Beberapa buah pondok bagi pelajar dan warga emas
SUKATAN PENGAJIAN
Ilmu yang diajar adalah merangkumi semua ilmu agama termasuk ilmu Usuluddin, Feqah, Ilmu Alat, Al-Qur’an, Al-Hadis dan lain-lain.
Semua kitab adalah kitab pondok (tradisional) samada di dalam bahasa melayu jawi dan Arab
Pondok ini juga menyediakan pengajian tahfiz bagi pelajar yang berkelayakan
MATLAMAT
- Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal
- Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak
- Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
- Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan islam sebagai cara hidup
Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Kg Neting, Pondok Malaysia | Leave a Comment »
Pengenalan Kulliyah Pondok Darulnaim
Posted by epondok di Ogos 7, 2008
DEFINASI KULLIYAH
KULLIYAH PONDOK DARULNAIM adalah sebuah institusi pengajian swasta yang telah diasaskan oleh Pusat Pumbangunan Pondok Berhad ( PPPB ). PPPB ini adalah sebuah badan yang telah diluluskan oleh kerajaan yang mana ianya telah didaftarkan di bawah akta syarikat pada 22 April 1995.
Perkataan Pondok dalam bahasa melayu memberi pengertian “ Sistem pengajin khas yang berpegang kepada cara berhadapan dalam bulatan-bulatan yang tersusun “. Ia adalah satu sistem lama dalam pembelajaran ilmu dan pengajaran. Sistem ini mempunyai kesan yang ketara dalam mengeluarkan para alim ulama` dan mereka-mereka yang faham tentang ilmu Islam. Memandangkan kepada pentingnya sistem ini dan perlunya ia terus kekal, maka satu Ijtima` besar telah diadakan pada 1994 yang telah dihadiri oleh pelajar –pelajar Pondok seluruh Malaysia. Dalam Ijtima` tersebut, satu kata sepakat telah diperolehi dimana para perserta telah bersetuju untuk mewujudkan satu pusat pengajian bertaraf Kolej khusus untuk pelajar-pelajar Pondok bagi menjamin sistem ini terus kekal bersama peredaran masa agar ia dapat memberi hasilnya kepada umat ini secara berterusan. Maka dengan kurniaan Allah Subhanahuwata`ala, tertubuhlah Kulliyah Pondok Darulnaim.
Patut disebut disini bahawa Kulliyah bukan hanya berpegang kepada sistem pengajian pondok malah ia juga menggunakan sistem pengajian moden yang berbentuk syarahan dan perbincangan sebagaimana yang dilaksanakan di Kolej-kolej dan Universiti di seluruh dunia. Ini tidak syak lagi merupakan satu keistimewaan besar kepada Kulliyah kerana telah menggabungkan antara ca ra pengajian lama dan moden dalam pengajarannya.
OBJEKTIF
Kewujudan Kulliyah adalah untuk memenuhi beberapa objektif berikut :
1. Mewujudkan pusat pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar Pondok yang berteraskan sistem pembelajaran lama di Kelantan dan luar Kelantan.
2. Melahirkan pelajar-pelajar supaya mereka menjadi ulama` rabbani yang mampu menyebarkan agama ini dan mengajar orang lain.
3. Menjaga warisan Islam dan menyebarkannya kepada umat Islam.
4. Menjalin hubungan pelajaran dengan pusat-pusat pengajian lain di dalam dan luara Malaysia
Dikirim dalam Kulliyah Pondok Darulnaim, Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | 1 Komen »












