Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Arkib bagi Kategori ‘Kulliyah Pondok Darulnaim’

Kulliyah Pondok Darulnaim, Pasir Tumboh
Tel. 09-7641206

Kelas Tafaqquh Hujung Minggu

Posted by epondok di Jun 7, 2009

Muqaddimah.

 

Para Pendakwah dan tenaga pengajar agama amatlah perlu supaya memantapkan lagi ilmu-ilmu agama dari masa ke semasa. Memandangkan banyak permasalahan agama yang timbul pada masa kini ,maka satu usaha perlu dilakukan untuk memastikan mereka amat bersedia untuk menangani masalah-masalah tersebut.

 

Untuk mencapai tujuan tersebut maka Kulliyah Pondok Darulnaim (   Kolej pengajian kitab pondok dibawah seliaan Pusat Pembangunan pondok Berhad ) telah mengadakan satu Program Pengajian Kitab Pondok  di Kuliyah Pondok Darulnaim ,Pasir Tumboh , Kota Bharu.

 

Pihak Kuliyah Pondok Darulnaim ( KPD ) mengharapkan Program tersebut akan dilaksanakan di tempat-tempat lain dalam berbagai bentuk di mana KPD akan menyediakan modul pengajian dan juga tenaga pengajarnya.

 

Progarm ini diharapkan dapat melahirkan pengganti ulama’ yang semakin pupus.

 

 

  Matlamat Program

 

 

1  -  Menyediakan tempat pengajian kitab pondok kepada pendakwah, tenaga pengajar agama dll.

 

2  -  Memantapkan lagi ilmu agama kepada mereka tersebut.

 

3  -  Mencedok ilmu agama melalui sistem pondok daripada tuan-tuan guru yang masih ada.

 

4  -  Berbincang dan menyelesaikan masalah ummah yang timbul pada masa kini berpandukan kitab.

 

5  -  Menghidupkan kembali kegemilangan bentuk pengajian ulama’-ulama’ muktabar terdahulu.

 

6  -  Menghidupkan suasana ilmiah di seluruh Negeri Kelantan melalui program tersebut.

 

 

PROGRAM PENGAJIAN MINGGUAN

 

Bentuk Program pengajian / Sasaran

Nama Program :  Program Pengajian Tafaqquh.                                       

Hari / Masa pengajian   :        Setiap Hari Sabtu.

                                        Mulai Jam 8.30 pagi    hingga    1.00 tgh

 

 

Jumlah masa pengajian :        4 jam seminggu.

 

Tempat               : Kulliyah Pondok Darulnaim, Terusan Limbat,     

                            Pasir Tumboh, Kota Bharu

 No Telefon : 09-7641206 (Ustaz Zamri)

 

 

 

 

 

 

Sasaran Peserta

1 -   Ustaz Yayasan Islam Kelantan .

  2 -   Ustaz Kementerian Pelajaran Negeri Kelantan.

3 -   Pegawai Halaqat JAHEAIK

4 -   pendakwah bebas

5. Masyarakat umum dll.

 

 Kitab Pengajian

 

           :         1 -   Kitab tafsir Ibnu Kathir

  Kitab membicarakan tentang ilmu tafsir AlQur’an. Merupakan kitab tafsir yang muktabar          

 

                      2 -   Kitab Sabilal Muhtadin

Kitab jawi Membicarakan tentang ilmu feqah.

                                                    

                          3 -   Kitab Asbah wa Nazha’ir

     Kitab Arab membicarakan tentang Qa’edah ilmu Pekah

 

                     4 -   Kitab Syarah Hikam Ibnu Ata’illah

          Kitab Arab membicarakan tentang Ilmu Akhlak ( Tasawwuf )

 

Tenaga Pengajar 

 

       1 –    Ustaz Hj Wan Ismail Wan Ibrahim

        Mudir Kuliah Pondok Darulnaim.

        Bekas AJK Majlis Syura , Majlis Agama Islam Sabah

        Belajar di Pondok Bunut Payong selama   20 tahun.

         Belajar ilmu tasauf dengan Tuan Guru Hj Daud Bukit Abal

 

          2 -    Ustaz Hj Wazir   

   Bekas Mudir Pondok Moden Kandis , Bachok.

   Tenaga pengajar di Pondok Moden YIK, Kandis , Bachok.

   Belajar di Makkah Al-Mukarramah selama 30 tahun.

 

        3 -    Ustaz Hj Wan Mohammad b Wan Osman

          Timbalan Mudir Pondok Pasir tumboh.

         Belajar diPondok Tok Selehong selama 20 Tahun.

 

           4 -    Ustaz Hj Salleh b Ismail                             

    Tenaga Pengajar Pondok Pasir Tumbo

     Belajar Di Pondok Lubok Tapah ( Tuan Guru Hj Ab. Rahman )        Selama 20 tahun.

 

Program dimulakan pada 29 Julai 2006.

 

Penutup

 

 

Program Pengajian Kitab ini akan diharapkan akan menjadi pemangkin kepada melahirkan suasana pengajian ilmu dan penambahan ilmu dikalangan para pendakwah ,ustaz dan dll.

 

Program ini juga diharapkan dapat menfaatkan sebaik mungkin tuan guru pondok yang masih ada.

 

Dan program ini diharapkan akan menjadi satu aktiviti Pengajian Ilmu Negeri Kelantan.  

Dikirim dalam Kulliyah Pondok Darulnaim, Program Terbaru | 1 Komen »

Kulliyah Pondok Darulnaim Pengajian Lanjutan

Posted by epondok di Oktober 1, 2008

Keratan akhbar berkaitan pengajian di Kulliyah Pondok Darulnaim

Dikirim dalam Kulliyah Pondok Darulnaim | Leave a Comment »

Pengenalan Kulliyah Pondok Darulnaim

Posted by epondok di Ogos 7, 2008

DEFINASI KULLIYAH

 

KULLIYAH PONDOK DARULNAIM adalah sebuah institusi pengajian  swasta yang telah diasaskan oleh Pusat Pumbangunan Pondok Berhad ( PPPB ). PPPB ini adalah sebuah badan yang telah diluluskan oleh kerajaan yang mana ianya telah didaftarkan di bawah akta syarikat pada 22 April 1995.

Perkataan Pondok  dalam bahasa melayu memberi pengertian “ Sistem pengajin khas yang berpegang kepada cara berhadapan dalam bulatan-bulatan yang tersusun “. Ia adalah satu sistem lama dalam pembelajaran ilmu dan pengajaran. Sistem ini mempunyai kesan yang ketara dalam mengeluarkan para alim ulama` dan mereka-mereka yang faham tentang ilmu Islam. Memandangkan kepada pentingnya sistem ini dan perlunya ia terus kekal, maka satu Ijtima` besar telah diadakan pada 1994 yang telah dihadiri oleh pelajar –pelajar Pondok seluruh Malaysia. Dalam Ijtima` tersebut, satu kata sepakat telah diperolehi dimana para perserta telah bersetuju untuk mewujudkan satu pusat pengajian bertaraf Kolej khusus untuk pelajar-pelajar Pondok bagi menjamin sistem ini terus kekal bersama peredaran masa agar ia dapat memberi hasilnya kepada umat ini secara berterusan. Maka dengan kurniaan Allah Subhanahuwata`ala, tertubuhlah Kulliyah Pondok Darulnaim.

Patut disebut disini bahawa Kulliyah bukan hanya berpegang kepada sistem pengajian pondok malah ia juga menggunakan sistem pengajian moden yang berbentuk syarahan dan perbincangan sebagaimana yang dilaksanakan di Kolej-kolej dan Universiti di seluruh dunia. Ini tidak syak lagi merupakan satu keistimewaan besar kepada Kulliyah kerana telah menggabungkan antara ca ra pengajian lama dan moden dalam pengajarannya.

 

 

 

OBJEKTIF

 

Kewujudan Kulliyah adalah untuk memenuhi beberapa objektif berikut :

 

1.                       Mewujudkan pusat pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar Pondok yang berteraskan sistem pembelajaran lama di Kelantan dan luar Kelantan.

 

2.                       Melahirkan pelajar-pelajar supaya mereka menjadi ulama` rabbani yang mampu menyebarkan agama ini dan mengajar orang lain.

 

3.                       Menjaga warisan Islam dan menyebarkannya kepada umat Islam.

 

4.                       Menjalin hubungan pelajaran dengan pusat-pusat pengajian lain di dalam dan luara Malaysia

Dikirim dalam Kulliyah Pondok Darulnaim, Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | 1 Komen »

Peranan Kulliyah Pondok Darulnaim

Posted by epondok di Ogos 6, 2008

Keratan akhbar berkaitan peranan yang dimainkan oleh Kulliyah Pondok Darulnaim

Dikirim dalam Kulliyah Pondok Darulnaim | Leave a Comment »

MB Kelantan Rasmi Kulliyah Pondok Darulnaim

Posted by epondok di Ogos 2, 2008

Keratan akhbar berkaitan perasmian Kulliyah Pondok Darulnaim sebagai pusat pengajian lanjutan bagi pengajian pondok di bawah seliaan Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Dikirim dalam Kulliyah Pondok Darulnaim | Leave a Comment »

Maklumat Kulliyah Pondok

Posted by epondok di Mei 28, 2008

Di bawah Kelolaan :

PUSAT PEMBANGUNAN PONDOK BERHAD

 

 Alamat :

Kulliyah Pondok Darulnaim, Terusan Limbat,

16150 Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.

Tel : 09 – 7641206 Faks : 09 – 77659099

 

 MUQADDIMAH

Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan telah banyak menaburkan bakti di dalam era kebangkitan Islam serta pembangunan Ummah. Kejayaan ini merupakan satu realiti yang telah terpahat di dalam sejarah umat Islam di rantau ini.

Arus pemodenan sedikit sebanyak telah meminggirkan Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan yang ulung serta memiliki keistimewaan yang tersendiri. Fenomena ini telah membawa kepada kemalapan serta penutupan sebahagian besar daripada Pondok-pondok yang telah diasaskan akibat daripada sambutan masyarakat yang dingin terhadap institusi tersebut.

Keadaan ini menyebabkan para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di beberapa buah Pondok yang masih bertahan ketandusan pusat lanjutan

Di atas kesedaran inilah, Kuliah Pondok Darulnaim ( KPD ) ditubuhkan sebagai usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan semasa. Kursus-kursus yang ditawarkan di kuliah ini merupakan satu pendekatan bersepadu yang berorientasikan sistem pengajian pondok dan sistem pengajian semasa yang lain.

 

TUJUAN

 

Kuliah Pondok Darulnaim ditubuhkan bagi memenuhi beberapa tujuan dan matlamat yang menjadi hasrat umat Islam :

·     Memelihara syi’ar dan kedaulatan Islam, kemurnian ‘Aqidah, akhlak dan peradaban daripada kesan arus permodenan

·     Menyedarkan umat Islam daripada kelalaian menunaikan kewajipan mereka yang telah diperjuangkan oleh para ulama Pondok silam

·     Memelihara serta mengembangkan sistem pendidikan dan pengajian pondok bagi menghadapi cabaran semasa

·     Membuktikan keunggulan Pondok sebagai sebuah institusi pendidikan alternatif kepada masyarakat yang sedang dilanda krisis keruntuhan moral

OBJEKTIF

 

·     Melahirkan generasi ulama yang ikhlas, zahid, wara’’, beramal serta berkemampuan menyelesaikan permasalahan semasa dengan uslub Syar’iyyah

·     Membentuk kader-kader untuk mempertahankan Islam tanpa sebarang kepentingan melainkan keredaan Allah SWT

·     Menanamkan pelajar-pelajar pondok dengan ciri-ciri kepimpinan Islam serta semangat juang agar dapat memainkan peranan yang lebih berkesan di dalam menyebarkan risalah Islamiah serta mengembalikan zaman keemasan Islam

 

MISI

 Melahirkan para ulama yang berwibawa, berketrampilan serta mampu menongkah arus perubahan zaman yang serba canggih

 

VISI

 

Melatih para pelajar pondok agar mahir dalam pelbagai bidang sesuai dengan tuntutan serta perkembangan semasa

 

BIDANG KURSUS YANG DITAWARKAN

 

Kursus yang sedang ditawarkan adalah kursus Syariah Islamiyyah. Kursus Usuluddin dicadangkan pada tahun-tahun berikut.

 

TEMPOH PENGAJIAN

 

Tempoh pengajian bagi setiap kursus ialah 5 tahun, iaitu ;

·                       Pengajian Peringkat Taujihi (setahun)

·                       Pengajian Peringkat ‘Ali (4 tahun )

 

NIZHAM ( SISTEM ) PEMBELAJARAN

 

Pembelajaran dijalankan secara kombinasi di antara Nizham Talaqqi yang diamalkan di pondok dan Nizham Jami’i  yang diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi moden.

 

KURIKULUM

 

Maddah-maddah yang diajar bagi setiap kursus merangkumi :

·            Al ‘Ulum al Diniyyah

·            Al ‘Ulum al Lughawiyyah ( Arab, Inggeris & Melayu )

·            Al ‘Ulum al Hadithah ( Akademik )

 

TEKS KAJIAN

 

Teks kajian bagi setiap maddah terdiri daripada kitab-kitab mu’tabar dan kitab-kitab lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kurikulum KPD.

Para pelajar hendaklah memiliki teks-teks yang telah ditetapkan sepanjang mengikuti pengajian.

 

KO-KURIKULUM

 

Kegiatan ko-kurikulum yang dirancang untuk pelajar-pelajar KPD meliputi kegiatan-kegiatan ruhaniah, jismaniah dan ‘aqliayyah :

·                   Latihan khitabah

·                   Kursus kepimpinan

 

TENAGA PENGAJAR

 

Tenaga pengajar yang menjalankan tugas di Kuliah ini terdiri daripada guru-guru yang telah berpengalaman mengikuti dua bentuk pendidikan iaitu Nizham Talaqqi dan Nizham Jami’i.

Sebahagian daripada tenaga pengajar menjalankan tugas secara sepenuh masa manakala sebahagian yang lain adalah secara sambilan.

 

KAKITANGAN PENTADBIRAN

Pentadbiran KPD diketuaI oleh seorang ‘Ameed serta disokong oleh beberapa orang kakitangan yang terdiri daripada :

·                   Pendaftar

·                   Pembantu Tadbir

·                   Pembantu A

·                   Jaga

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

 

Pelajar-pelajar yang memohon mengikuti kursus di Kuliah ini mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :

·        Lelaki yang tidak melebihi 30 tahun

·        Telah mengikuti pengajian di mana-mana pondok yang diiktiraf tidak kurang daripada 7 tahun atau lulusan STA dan STU dari sekolah menengah agama

·        Lulus ujian kemasukan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran KPD

·        Bersedia mengikuti pengajian secara sepenuh masa

·        Bersedia mematuhi peraturan dan undang yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran KPD

 

Setiap permohonan mestilah disertakan :

·        Pengesahan pertulis daripada daripada penguasa/tuan guru pondok terdahulu

·        Surat sokongan daripada mana-mana tokoh gerakan Islam

·        Sijil Husnu Siyar al Suluk

 

UJIAN KELAYAKAN

 

Ujian Kelayakan dijalankan untuk memilih calon-calon yang layak pada setiap kali pengambilan pelajar pada setiap sesi pengajian. Ujian ini dijalankan secara lisan dan bertulis.

Tajuk yang disoal melalui ujian ini meliputi :

            A ) Bertulis :

·                       Al Qawa’id    - Bab al Kalam daripada Kitab Syuzuru al Zahab

·                       Feqah           - kitab muktabar mazhab Syafie

 

            B ) Lisan :

·        Al Quran    - Bacaan dan hafalan daripada juzu’ 30

·        Al Qawa’id - Bab al Kalam daripada Kitab Syuzuru al Zahab

 

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Kemudahan infrastruktur yang telah disiapkan terdiri daripada :

·                   Pejabat Pentadbiran

·                   Bilik Kuliah

·                   Maktabah

·                   Asrama

·                   Dewan Makan

·                   Bilik Guru

Di antara kemudahan infrastruktur yang sedang berada di peringkat perancangan ialah :

·                   Masjid

·                   Dewan Kuliah ( 3 tingkat )

·                   Bilik Rawatan

 

YURAN PENGAJIAN

 

Yuran pengajian yang dikenakan ialah :

A ) Yuran Pendaftaran : RM 100.00

B ) Yuran Kursus : RM 200.00 / fasal

C ) Yuran Penginapan dan MakananRM50.00/ bulan

 

PAKAIAN RASMI

Pakaian rasmi bagi setiap pelajar KPD ketika mengikuti kuliah ialah jubah putih manakala pada waktu-waktu lain pelajar dibenarkan memakai pakaian yang sesuai

 

SESI  PENGAJIAN

Sesi pengajian dimulakan pada bulan Muharram setiap tahun hijrah.

Permohonan kemasukan dibuka pada setiap bulan Ramadhan

Dikirim dalam Kulliyah Pondok Darulnaim | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 11,271 other followers