Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Berita Terkini

Peluang mahasiswa IPT belajar pondok cuti semester

Sebagaimana lazim setiap kali musim cuti semester ramai mahasiswa yang mengambil peluang untuk berdaftar sebagai pelajar sementara termasuk di Pondok Pasir Tumboh, Lubuk Tapah, Seligi, Gelang Mas, Tunjung dan beberapa pondok pilihan yang lain. Tidak ketinggalan bagi yang bekerja sambilan pada waktu siang maka mereka datang menyewa berdekatan madrasah bagi memudahkan untuk belajar pada waktu malam. Ada juga yang tinggal berdekatan dengan madrasah ini datang belajar secara berulang pada waktu tertentu.

Maklumat lanjut boleh hubungi melalui telefon yang tertera dalam blog ini

————————————————-

Rayuan Derma pembinaan bangunan baru

Pihak  pentadbiran pondok begitu mengalu-alukan sumbangan derma daripada tuan/puan para dermawan sekalian bagi menyiapkan bangunan di pondok-pondok seperti berikut :

  1. Bangunan Asrama Lelaki Pondok Sungai Durian, Kuala Krai
  2. Masjid Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh
  3. Bangunan serbaguna 3 tingkat Pondok Seligi, Pasir Puteh
  4. Masjid Pondok Beta Hilir, Kota Bharu
  5. Asrama bahagian tahfiz Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas
  6. Kedai Pondok Gelang Mas, Pasir Mas
  7. Dewan serbaguna Pondok Tunjung, Kota Bharu
  8. Penyelanggaraan Asrama lelaki Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu

———————————————————

Lawatan ke Pondok Kelantan

Pihak pondok terus menerima kunjungan pelancong samada dari dalam negara atau luar negara yang ingin mendapat maklumat lebih jelas berkenaan sistem pengajian pondok tradisional yang membolehkan Kelantan digelar dengan jolokan Serambi Mekah dari dulu hingga kini. Kedatangan pelancong dijangka meningkat pada musim cuti sekolah

Antara pondok yang sentiasa menjadi tempat tumpuan para pelancong ialah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas dan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.

Rombongan yang berminat untuk melawat pondok tersebut bolehlah menghubungi pejabat pondok masing-masing bagi memudahkan urusan persiapan sambutan dan penerangan. Nombor telefon pejabat urusan ialah Pondok Pasir Tumboh di talian 09-7657786, Pondok Lubuk Tapah 09-7905672 dan Pondok Sungai Durian 09-9664161

69 Respons to “Berita Terkini”

  1. ahmad othman said

    assalamualaikum.saya pelajar azhar.saya rasa bertuah kerana dapat melayari web pondok berhad.kalau saya nak daftar pondok datuk saya macam mana.pondok tu masih ada penghuni, hanya orang tua sahaja.pondok tok guru hj ghazali, pulai chondong.saya cucunya.tlg bg tau.saya masih belajar lg kat mesir.

  2. thanaif said

    Bagaimanakah jika diluaskan konsep pengajian pondok ke negeri-negeri PR dalam usaha memberikan ruang cahaya untuk insan bertaqwa yang memodulkan intelek rohani sebagai antara tuntutan keprofesionalan warga?
    Menerusinya akan hadir pembaharuan masyarakat bandar yang lebih berintegriti amanah jujur dalam memajukan peradaban.

    • Latifah Bt. Sapiee said

      kalaulah ada sekolah pondok di sarawak, alangkah bagusnya. saya orang sarawak, teringin sangat nak belajar di sekolah pondok. kalaulah ada tokoh ulama dari sarawak yang mahu mendirikan sekolah pondok di sarawak, sayalah orang pertama yang menyertainya.

  3. asrul hajul baiti said

    assalamualaikum.. saya budak sabah dan ingin belajar di pondok genting..disini saya ingin bertanya apakah syarat kemasukan ke pondok genting ?

  4. ABU RAZLAN said

    ASSALAMUALAIKUM…SEKADAR INGIN BERTANYA,MASIH ADAKAH AGAMA ISLAM YANG MUDAH LAGI DIPERMUDAHKAN,MENGIKUT AHLUSUNNAH WAL JAMAAH DAN MEMEGANG SEBENAR-BENARNYA AGAMA ISLAM?SAYA DAPATI SEKARANG INI TERLALU BANYAK WANG RINGGIT DITABUR UNTUK AGAMA.SUDAH HABISKAH PARA ULAMA DAN PARA IMAM,SEHINGGA WANG RINGGIT DIPERLUKAN?BAGAIMANA PULA INSAN YANG SUSAH MISKIN DAN INGIN PULANG KE JALAN LURUS?MAAF KIRANYA SOALAN INI MENYINGGUNG PERASAAN TETAPI SEJAK BILAKAH ILMU AQIDAH,ILMU FEQAH,ILMU ALAM BARZAKH,ILMU AKHIRAT,ALLAH PERINTAHKAN MENGAMBIL WANG RINGGIT?BAGAIMANA DENGAN MANUSIA YANG TIDAK MAMPU DAN SELALU MERINDUI KEMATIAN UNTUK BERJUMPA DENGAN PENCIPTANYA YANG ESA,LANTAS CUBA MENCARI JALAN TETAPI TERSANGKUT DISEBABKAN TIADA WANG RINGGIT UNTUK DIRINYA MELAINKAN HAK ANAK-ANAKNYA DAN HAK ISTERINYA?TOLONG BERI PETUNJUK JALAN PADA SAYA YANG SEDANG MEMBUANG DUNIA,MENUJU AKHIRAT…

    • kamarozaman daud said

      Waalaikummussalam en.Razlan..
      Maaf saya cuba mencelah dan sekadar berkongsi idea tentang persoalan saudara.Saya pun berfikiran macam saudara jugak dulu.kalau kita tengok balik sekarang ni terlalu banyak pusat2 pengajian agama tumbuh macam cendawan dan sesetengahnya yuran pun boleh tahan jugak dan dikomercialkan pulak.niat tu macam dah lain pulak.jadi masaalahnya kesianlah kpd yang tidak mampu sedangkan mereka2 ini ada potensi sebagai pendakwah islam bila mereka habis pengajian kelak.hukum syarak sebenarnya tidak menjadi masaalah tentang yuran yg kenakan keatas pelajar2 tersebut kerana untuk membiayai kos pengurusan madrasah,makan minum,gaji tenaga pengajar dan lain2.disinilah sebenarnya peranan badan2 koperat, usahawan2 yang kaya raya serta orang perorangan yg berharta menyalurkan wang dan harta mereka kepusat2 pengajian ini.Satu soalan ringkas saya nak bertanya kpd saudara.adakah saudara berani menubuhkan satu pusat pengajian islam tanpa mengenakan sebarang bayaran untuk pelajar2nya.sekarang jawapannya ada dalam kepala saudara.jadi disini,kita yang sedar bahawa betapa pentingnya sistem ini diteruskan hendaklah memainkan peranan menyedarkan golongan yang berharta ini supaya menyalurkan sebahagian dari wang ringgit mereka.wassalam.

  5. fah said

    Selepas Baba Sin surat Meninggal dunia…tadi ada seorang lagi ulama’ di Mekah meninggal dunia…Bab Mat sedawa…(nama sebenar tak tahu) siapa yang ada khabar terkini sila lah khabarkan..

  6. RARME said

    Assalamualaikum.Sistem pengajian pondok perlu diperluaskan dan Diperbanyakkan.Saya mencadangkan agar pemimpin2 jemaah Islam diperingkat kawasan bagi negeri-negeri yg amat kurang sekolah2 pondok berusaha mewujudkan sekolah2 pondok dikawasan masing2 agar masyarakat setempat dapat menguasai ilmu Islam dengan baik.Seterusnya Islam dapat dimartabatkan… Ilmu adalah asas utama dalam nak menegakkan Islam…Apabila masyarakat memahami Islam InsyaAllah mereka bukan sahaja akan menyokong perjuangan Islam malah mereka akan memperjuangkan Islam.justeru itu melalui sekolah pondok, dapat melahirkan ulamak – ulamak yang benar2 mendalam dan pakar dalam ilmu-ilmu Islam seterusnya bukan sekadar mampu mengajar masyarakat ilmu- ilmu Islam dan berceramah bahkan menjadi ulama atau guru yang mursyid yg dpt memimpin dan membimbing manusia menuju dan mecapai keredhaan Allah. Kita bimbang masyarakat kita sekarang ini hanya pandai bercakap mengenai politik negara dan antarabangsa tetapi tidak memahami Aqidah Islam dan ilmu- ilmu fardhu ain yang lain apatah lagi ilmu2 fardhu kifayah dalam agama. Masyarakat kita bijak bercakap mengenai ekonomi,Astronomi,aero angkasa, sains dan matematik tapi hati tidak mengenal Allah Ta’ala dan tidak merasa kehambaan diri terhadap Allah Ta’ala. Masyarakat kita hebat berbahasa Inggeris tapi buta Bahasa Arab dan ilmu2 alat dalam bahasa arab yang menjadi kunci bagi memahami Islam dengan sempurna.Mudah-mudahan kita mandapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat

    • kamarozaman daud said

      Waalaikummussalam saudara RARME.Saya sangat setuju dgn pandangan anda.saya berharap sangat orang2 yg tahu islam dan berketerampilan islam dapat menjadi contoh yg baik kpd masyarakat umum agar tidak menjadi bahan cacian dan umpatan terutamanya cara mengajar,menegur ,bercakap,pilih bulu dan sebagainya.kalau orang2 islam yg tahu akan tuntutan syarak,ia akan menjadi contoh yg baik kepada masyarakat dan inilah titik bermulanya masyarakat kembali berminat untuk belajar dan mendekati islam seperti nabi Muhammad menyebarkan dakwahnya.bagi pendapat saya,berlakunya masyarakat semakin jauh dengan agama adalah sebab orang2 yg tahu dan berketerampilan agama gagal menunjukan contoh yg baik kpd masyarakat dan kurang memainkan peranan mereka.wassalam.

  7. thinkbig said

    kenapa tidak ada jawapan bagi semua persoalan di sini?

  8. Hj A.Razad b. Mohamad said

    Saya mengharap dapat kiranya yang mengendali blog ini menunjukkan arah/peta kepondok Pasir Tumbuh saya dari Kuala Terengganu sungguh2 berhajat untuk datang mengaji dipondok jalan/arah yang patut saya lalui untuk sampai kesini, maklumlah belum pernah sampai lagi.

    • hamdan bin ariffin said

      Salam, saudara boleh check kat google earth atau wikimapia.org insyaallah taip sahaja pondok pasir tumboh atau pun MRSM pasir tumboh sebab berdekatan dengan pondok nie.

      sekian . tk

      saya bukan admin blog nie. tapi tinggal dekat pondok pasir tumboh.

  9. Hj A.Razad b. Mohamad said

    Saya berhasrat membawa anak saya belajar di sekitar pondok pasir tumbuh, yang baru tamat UPSR/UPSRI dalam bidang Tahfiz + Akademik boleh beri info madarasah yang boleh menjadi pilih saya,Anak saya belajar dari 1-6 di Sek.Ren.Arab Bersepadu, K.TRG Mendapat UPSR 1A1B3C /UPSRI- Jayyid (yang dapat membolehkan saya mengawasi dari dekat )

    • hamdan bin ariffin said

      salam,

      saudara Hj A. razad Mohammad ; Tuan boleh cuba di Pondok Repek Pasir Mas Us. Subki, anak saya juga hantar ke situ kelas 1, tahfiz fardu ain (baru 10 bulan), Di Pondok ini ada 3 aliran iaitu tahfiz pondok moden, tahfiz fardu ain dan tahfiz akedamik. tapi bagi tahfiz pondok moden kena duduki temuduga terlebih dahulu, yang lain boleh masuk g tu saja insyaallah janji akhlak baik dan nak belajar. Pondok ini juga ada pengajian tafakuhfiddin oleh Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al Makki. Lokasinya adalah Kg Repek 10 km dari bulatan pasir mas menuju jalan ke Rantau panjang.

      sekian, terima kasih. wassalam

      hamdan.

  10. zapri b. mat zain said

    Assalamualaikum ana merupakan bekas seorang pelajar dan permastautin di pondok Mahligai Melor yang diasaskan oleh Tuanguru Hj Daud B. Salleh Abbas. terasa sunyi dan terimbau semasa waktu menghadapi kuliah bersama Almarhum Tn. Guru.Dengan adanya PPB ini ana rasa imbauan pengajian pondok dapat diteruskan. Sekrg ana menjadi seorang guru biasa di SMK Meranti walaupun tak dapat menjadi seorang guru agama ana berbangga kerana dua tempat yg ana pernah belajar iailah di Pondok Sg Durian dan Pondok Pasir Tumbuh. Alhamdulillah kerana negeri ana masih ditadbir oleh seorang Tuan Guru kerana inilah berkat negeri ini masih aman dan agak kurang belakunya kerosakan akhlak dan kejahilan masyarakatnya semoga Tuan Guru Nik Aziz meneruskan kerja-kerja Rasulullah mentadbir sebuah negeri Islam dgn penuh amanah dan stiqomah. Amin Semoga TGNA dilanjutkan usia dan ditambah kudrat untuk melaksanakan perintahMu YaAllah.

  11. Abdul Rahim said

    Assalamualaikum,

    Nobody cares to answer any of your posting in here. Maybe semua ustaz2 dan pengendali blog sebok dengan urusan dunia mereka atau mereka jawap pada email si penghantar secara tak lansung tidak mahu berkongsi maklumat dengan orang lain.

    Pengalaman saya dipondok dulu. Who cares.

    • Fikri said

      MAASYAA ALLAH.think ur own.jgn cepat membuat kesimpulan wahai sohabat ana FILLAH.bersangka baiklah..mayB,they have many or so many jobs to do.mereka bukan sahaja perlu melayan fiil kita sorang2 tapi,they have some hidden agenda yg kita tak tahu.ana juga pernah belajar pondok.also mayB,they have some invitd from the others people.like,solat hajat or any.NOT,ONLY US.mereka pun macam kita jugak.need some rest.
      asiffni,KALAu enta terasa hati.dan,maafkan juga sekiranya kata2 ana ini membuatkan enta rasa ana ni bersangka buruk pada enta.Wassalam.

  12. greenman said

    Salamualaikum….tahniah kpd pihak yang menyediakan laman web dan ruangan ini,saya merupakan pelajar IPTA dan merupakan bekas pelajar pondok di kelantan .Institusi Pondok merupakan sebuah medan penyebaran ilmu yang dapat melahirkan seseorang untuk mempelajari,menerokai serta menghayati Ilmu Islam(al-Quran dan as-Sunnah)dengan lebih mendalam selain dapat membentuk disiplin yang mantap.Diharapkan pandangan negatif terhadap sistem pondok dapat dihakis terutama kepada mereka yang ingin menolak sistem ini,menolak institusi pondok umpama meruntuhkan agama ALLAH…semoga institusi ini dapat dikekalkan sehingga ke generasi akan datang…

  13. tahniah diatas sumbangan yang di curahkan oleh persatuan pondok.saya juga dari pengajian pondok. isu semasa (today)bagaimanakah perjuangan kita sekarang?kalau ada peluang teringin juga memberi khidmat online.

  14. umi said

    adakah pondok tempat untuk belajar al quran selain belajar agama??sy teringin sgt untuk belajar al quran.sy sudah blajar dr kecil dr arwah abah,oleh kerana waktu itu ksihatan sy tidak beberapa baik,sesi persekolahan pn tidak dpt hadir shinggakan 3 atau 4 bulan krn tpaksa tggal d wad.dan sekarang sy teringin sy nk blaja.sy sdh 2 thn bkhwin.anak sy meninggal slepas 2hari d lahirkan.skrg dh 7bln blalu..khidupan pnuh cabaran….

  15. muhammad said

    blaja pondok,memang molek ,saya bekas plajar pondk pasir tumbuh ,,,,,memang comel ahhh ,tp klu kita doh tau pondok bagusss ,mariah kita antar anak pondk tekkk

  16. muhammad said

    saya bekas plaja pondkkkk,,,pondk memang molekkk ,,,apa kate terus kan pengajian ni dengannn,,anak kita plak
    ni baru nampak kita ni,memang sokong sistem ni

  17. ALJABAWI said

    Mengikut pengelaman saya sebagai bekas pelajar Pondok Sg.Durian sya merasakan sistem pengajian Pondok adalah pusat penjanaan ilmu Islam secara menyeluruh.
    Seandainya Pondok boleh mencetuskan satu edia baru yang boleh menarik minat masyarakat masa kini
    masa kini orang nak lihat sistematik yang sepadu

  18. Zulkifli bin Mustaffa said

    Sy berminat dgn program pondok dlm cuti sekolah ni,tapi sy berminat yang masa 1 bulan,sy nak tanya Istitut Baghummubi di rencenok Psr Mas, adakah dia sama dengan pengajian sistem yang ada skrag atau sebalinya.

  19. SAARI BIN DAUD said

    Walaupun saya dah kerja kerajaan dan sudah 22 tahun tinggalkan Pondok ( Pondok Lubuk Tapah ).Malam saya mengajar Matan Al-Jurumiah secara percuma kepada sahabat2 yang meminta,Allah tunjukan kepada saya macam baru semalam saya belajar dan memudahkan saya menerangkan kepada sahabat2 sedangkan dah 22 tahun tak buka kitab matan al-jurumiah…Berkat tuan guru ..

  20. cahaya said

    assalamu’alaikum..minta juga mengambil berat terhadap kehidupan masyarakat di SABAH..kasihani kami yg ketandusan ilmu agama..malah di himpit dgn desakan kristian.. Islam banyak yg hanya tinggal nama di sana..banyak hukum Allah di langgar..
    wallahu’alam..

  21. bapamuslimat said

    assamualaikum…ada tak pondok diselangor atau yang berdekatan yang menerima pelajar muslimat berumur 14 tahun

  22. huda said

    assalammualaikum
    pondok perempuan kt p.putih,bachok ade tk..sy nk blajar sambilan sbb sy stdy lg dkt kelantan jg….mta pndangan pondok mna sesuai…

  23. ZOLKIFLI AHMAD B. IPAT said

    asssalamualiakum,Saya tinggal diIpoh,Perak.Berusia lewat 40 an.Dekat mana pondok pengajian untuk orang dewasa yang ada di Negeri perak?

    • yan said

      Ya…saya juga sedang mncari po dok sekitar perak…khasnya yg ada mnawarkn pengajian utk wktu cuti skolah..saya seorg guru…i gin habiskn cuti skolah dgn blajar di pondok.trima kasih

  24. puteri ibnu rashid said

    Assalamualaikum warahmatullah. Ana ingin bertanya. Kemana hala tuju selepas masuk sekolah pondok? Ana berusia 23 tahun dan ingin belajar sepenuh masa dalam sekolah pondok. Setelah tamat pengajian sekolah pondok, apakah boleh ana menyambung d mana2 institusi dalam mahupun luar negara yg berkaitan dengan pengajian ana d sekolah pondok? Syukran.

  25. nur said

    Assalamualaikum,
    sy seorg pelajar dr jb berusia 21taon, sy berminat n t’gerak aty utk msk ke sklh pondok..
    minta jasa baik sesiapa yg tahu, bagaimana caranya sy boleh mendpt maklumat tentang sklh2 yg ada di kelantan.
    da da cuba col bnyk kalui utk b’tnykn sblm sy pg ke kelantan utk msk ke sklh pondok tp xde jawapan….

    1. adakan semua sklh pondok menerima pelajar wanita?
    2. adakah masa2 tertentu utk kita belajar di pondok?
    3. sy ingin mempelajari ilmu agama dan terutamanya Al-quran, pondok mana yg sesuai utk sy?

    • hamdan bin ariffin said

      Salam,

      Boleh bertanya pada utz subki di :

      Pondok Ihya’ al-Ulum
      D/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat
      Jalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan
      Ustaz Subki : 019-9394185 / 09-7905477

      Insyaallah di sini ada pengajian utk pelajar wanita.

      Atau pun boleh tanya di

      Madrasah Diniah  Bakriah
      Pondok Pasir Tumboh,
      16150 Kota Bharu
      http://www.al-bakriah.com.my,

      Di sini pun ada menerima palajar wanita.

      wasalam.

      hamdan.

  26. jahil agama said

    assalamualaikum…

    sy ingin belajar tajwid dn agama..saya berusia dalam 20an…sekarang tengah cuti sem…di mana pondok yg sesuai untuk muslimat yer..saya dari seremban ingin mencari pondok yang sesuai di utara… ada cadangan terbaik dari sesiapa?

    terima kasih…

  27. azuriyati said

    Assalamualaikum…
    Bagi mereka yang ingin kan jawapan bagi setiap kemusykilan boleh la rujuk di
    Almalakawi’s Blog = http://almalakawi.wordpress.com/soal-jawab-agama/
    atau e-mailnye = al_malakawi@yahoo.com

    sekian,

  28. Assalamualaikum,..ana pelajar IPT dan ingin mendalami ilmu agama Islam. ana seorang yg Jahil. jadi ana minta cadangan daripada yang alim utk saya belajar di pondok.

  29. nadatul said

    asalamulaikum..
    saya nak berhubung dgn pondok mana jika saya berminat untuk mempelajari ilmu agama y dah lama sya tingalkan..
    sya berumur 22 tahun..sya dalam lama cari pondok y leh ajar saya tentang ilmu agama dgn lebih mendalam dan pondok yang ada menyediakan tempat tinggal..harap tuan/puan boleh bantu saya..

    nadatul

  30. ASKUM.. ADA JAWATAN KOSONG TAK? PENCUCI KE ATAU TUKANG KEBUN ATAU PENGAWAL KESELAMATAN? ANA MAHU SGT BERKERJA DI MANA2 PONDOK INI SB SENANG BELAJAR AGAMA. TLG ANA.. KAT LUAR BANYAK GANGGU SYAITHON..

  31. surirumah sepanjang hayat said

    anak saya tingkatan 4, 2012 ,boleh ke kalau nak dimasukkan ke sekolah pondok ni?

  32. cpzul said

    Salam!! jemputan utk menghadiri Majlis MauliduRasul di Pondok Sri Damai pada 18 Feb 2012. sila lawati alamat ini. wassalam http://pondoksridamai.blogspot.com/

  33. zarina said

    Tiada admin ke yang menguruskan web ni? Soalan2 orang ramai nampak tak berjawab…

  34. IBU PRIHATIN said

    Dimana boleh saya tempatkan anak lelaki saya umur 13 thn.Dia lemah dlm pelajaran dan agama juga agak degil.Saya tawar hati nak hantar skh biasa.Sekarang dia belajar di sebuah skh pondok di utara tapi ada sedikit masalah.Klu boleh sekitar KL.

  35. nabilah said

    salam, saya pelajar ipta dari kelantan. skrg ni sy tengah cuti sem & sedang mencari pondok yang sesuai untuk saya timba ilmu agama sepanjang bulan ramadan ni..minta pandangan pondok mana yang sesuai & terima pelajar yang nak blajar selama sebulan lebih jer sepanjang cuti sem..tq

  36. Hanafiah said

    Assalamualaikum wt. wbth,

    Alhamdullillah, anak baru khatam 30 juz di satu madrasah. skrg dlm rangka dapatkan syahadah.
    Bagi ibubapa/penjaga yg telah berpengalaman, kemana anak saya baik utk melanjutkan pengajian alim nya?
    dalam negara, indonesia, Yaman dll ?. Mohon nasihat..Jazakallah…

  37. miss iman said

    saya ingin mengikuti pengajian pondok, bagaimana untuk mendaftar dan bila dibuka untuk pendaftaran? saya memang jahil dan mencari, adakah kelas beginners for old lady like me, saya berumur 30 tahun.. please hubungi saya, sms atau email, 012 3145647, emy.zmy@gmail.com, saya memang ingin mengikuti kelas tentang islam.

  38. MOHAMAD NAZRI DAUD said

    Assalamualaikum wbt…sy ada soalan…sy ada 2 org adik yg berusia 12tahun, cadangan saya adalah hendak menghantar mrk ke pondok utk mdedahkn mrk kpd Ilmu Agama Secara Asas dan Lanjutan dgn lebih baik dan sempurna terutama Ilmu Solat & Ilmu Agama lain2nya. Jika ada kelas pengajian pondok selama cuti mrk 2bulan ini, sy bcadang hendak menghantar mrk kesana. Sila hubungi sy 012 5659 227 Nazs, utk sy segera menghantar mrk. Terima Kasih

  39. rozila said

    Assalamualaikum wbt… Saya berasal dari Selangor dan bercadang utk menghantar anak lelaki saya umur 12 & 18thn ke sekolah pondok dalam musim cuti sekolah utk mempelajari agama islam (asas fardhu ain) seperti solat dsbnya (Bukan spt Kem Motivasi). Boleh beritahu saya sekolah pondok berhampiran yang ada menganjurkan program2 spt itu. Terima kasih.

  40. norsam said

    As Salam,
    Segala Puji bagi Allah dan Selawat serta Salam Kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan juga Kepada Keluarga Baginda , Kepada Khulafak Ar Rasyidin dan Para Sahabat – Sahabat Baginda.

    Hampir 14 tahun modul pengajian pondok telah kami terap dan dengan inzin Allah SWT semenjak 4 tahun baru – baru kem ini dibuka kepada bukan kalangan ikhwan/akhwat. Kem Bina Insan Cemerlang (Sesi ke 4 – Tahun 2012) ini memfokuskan kearah “Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia” dan bermatlamatkan kearah pembangunan Rohani, Jasmani, Intelektual, Emosional dan Sosial golongan remaja.

    Modul program pondok/kitab-kitab turath diperkasakan dengan Modul Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian, penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan. Slot solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu’, tertib solat, bacaan dalam solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA(Kusyuk) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti kecergasan serta kepimpinan.Para peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti “Kembara Rohani” bagi mencari rantaian KENAPA DAN MENGAPA MEREKA DI BUMI INI ”

    Program Kem Bina Insan Cemerlang” Sesi Ke 4

    • Remaja muslim & muslimat diantara berumur dari 8 tahun hingga 21 tahun
    • Tempat di Pondok Padang Temu beralamat di Madrasah AI-Hasanah, Kampung Padang Temu,Melaka
    • Tarikh mula kursus pada 17/11/2012 (Sabtu) hingga 9/12/2011(Ahad) sekitar 4 minggu
    • Pendaftaraan semua peserta jam 10.00 pagi pada 17/11/2012 di Pondok Pdg Temu
    • Yuran seorang peserta adalah RM 500 termasuk tenaga pengajar, kitab,makanan dan tempat tinggal.
    • Hubungi Ustaz Mohd Adlee Majid Tel: 012-2934146,Ustaz Khairul Azman Tel: 017-7010501,Ustaz Zaharuddin Tel: 014-7191674,Ustaz Nezam Ismail Tel: 012-3419683 dan norsam wahab 012-6298546

  41. Rozaidi Bin Abdul Rahman said

    Assalamualaikum.

    Saya adalah seorang guru agama yang sedang berkhidmat di seremban. dan saya amat berminat untuk tinggal dan berkhidmat dengan mana-mana pondok yang ada kekosongan untuk jawatan guru.

    Sejarah pengajian :

    1) Pondok Pengkalan Sanga (Tasek Gelugor, Pulau Pinang) : Tuan Guru Hj, Abdul Wahab bin Husin
    2) Pondok Padang Pusu (Pattani Thailand) : Baba Abdul Rhman bin Abdul Aziz (Anak murid Baba Sin Dala)

    Pengalaman Mengajar Kitab :

    1) Muniyatul musolli
    2) Wishahul Afrah
    3) Hidayatussobiyan
    4) Faridatul Faraid
    5) Taqribul ikhwan
    6) Kifayatul Muhtadi syarah sulam mubtadi
    7) Aqidatunnajin
    8) Minhajul Abidin
    9) Matan Al-jurumiyah
    10) Matan bina
    11) Penawar bagi hati
    12) Tashwiqul khalan (Syarah Mukhtasar jidan)
    13) Riyadhil badiah

    Sila hubungi saya di nombor : 013 516 5115

  42. ahmad bin hamid said

    Assalamualaikum wbt…sy ada soalan…sy ada 2 org anak yg berusia 10tahun(lelaki) dan 8thn (perempuan), cadangan saya adalah hendak menghantar mrk ke pondok utk mdedahkn mrk kpd Ilmu Agama Secara Asas dan Lanjutan dgn lebih baik dan sempurna terutama Ilmu Solat & Ilmu Agama lain2nya. Jika ada kelas pengajian pondok selama cuti mrk 2bulan ini, sy bcadang hendak menghantar mrk kesana,kalau boleh sekitar kedah dan pulau pinang. Sila hubungi sy 012 4826083 Ahmad, utk sy segera menghantar mrk. Terima Kasih.

  43. Puan mawar said

    Assalammualaikum,

    Saya ada anak kecil berumur 3 thn tahun ini 2013. Saya teringin nak masukkan anak sy ke skolah pondok. Ada x skolah pondok yg terima budak umur 7 thn di Melaka/Seremban/Selangor? apabila dewasa kelak sy nak masukkan anak sy ke pondok yg jauh sedikit sebagai contoh pondok2 di Kelantan / presentren di Indonesia. Boleh beritahu di mana saya bole masukkan anak sy ke skolah pondok yg terbaik utk didikan agama dan disiplin serta berdikari? terima kasih.

  44. cikgu yan said

    assalamualaikum wbt…..saya ingin bertanya…ada tak mana2 pondok yg membolehkan golongan yg bekerja(guru) utk belajar dan menginap di pondok spnjg waktu cuti sekolah?…saya sangat2 berminat.

  45. syarifahraudah@yahoo.com said

    salam…mcm mne nk cari karangan kpd perdna menteri malaysia untuk hasrat pembagunan sekolah pondok

  46. hafizah ameliana bt abdul rahman said

    assalam. saya nk cari tempat pengajian islam bagi perempuan sahaja, lebih baik lagi kalau di sarawak. nk mempelajari l;ebih dalam tentang islam. terima kasih.,harap mendapat jawaban secepatnya.

  47. abdul halim said

    sebuah pertubuhan di Batu Pahat memerlukan guru pondok yang boleh mengajar kitab,hubungi A.HALIM ;0197073579.

  48. mohammad asyraf said

    assalamualaikum..saya lepasan stpm.dan bulan 9 ni dah nak masuk ipt.cuma nak tahu takde ke daurah selama beberapa hari atau minggu anjuran pondok untuk orang luar?

  49. siti nur ain said

    Assalamualaikum..saya mempunyai seorang adik lelaki berumur 13 tahun..dia adalah adik lelaki tunggal dalam keluarga saya..disebabkan pengaruh rakan,dia sering ponteng sekolah dan mengabaikan segala tanggungjawab..ibu dan ayah sudah puas menasihati tetapi masih tiada perubahan..oleh hal yang demikian,saya berharap adik saya akan diberi peluang untuk belajar di sekolah pondok ini..adik saya amat lemah dalam hal-hal agama dan tidak pandai mengaji..saya harap adik saya akam dapat diterima masuk ke dalam sekolah pondok ini supaya adik saya dapat berubah sedikit demi sedikit..in shaa Allah..harap pihak tuan dapat mempertimbangkannya..assalamualaikum

  50. Akmal Shukri said

    Saya pelajar universiti .. saya umur 20lebih .. teringin utk belajar AlQuran dan agama semasa cuti sem nanti .. tetapi saya tidak tahu pondok / madrasah mana yg boleh terima pelajar yg berumur 20lebih dan utk pengajian sementara .. sesiapa yg tahu ? dab boleh beri alamat / maklumat ttg pondok / madrasah tersebut..

  51. LILY DALILA said

    Assalamualaikum. Mohon bantuan dari sesiapa yang ada maklumat tentang pondok-pondok di Indonesia yang menerima lelaki berumur 28 tahun tidak bekerja. Saya mahu menghantar adik saya kesana kerana mahu memperbetulkan akhlak dan sikapnya dan menguatkan rohani dan keislamannya. Nasihat ibubapa langsung tidak mahu didengar kerana pengaruh rakan sebaya. Hal-hal agama memang lemah dan bukannya saya tidak mahu menghantar di sekolah pondok yang ada di Malaysia tetapi saya tidak mahu dia lari kerana dekat dengan rumah. Saya mahu dia hidup berdikari dan sedar atas kesilapannya selama ini. Kalau ada makluamt pondok-pondok di Jakarta, Medan, Bandung atau Acheh atau mana-mana tempat yang bersesuaian di Indonesia. Terima Kasih atas bantuan.

  52. Norzabrina Abdul Rashid said

    Assalam. Bagaimana untuk belajar di sini. Anak 13 tahun. Lelaki. Sekarang 20 juzk. Belajar di perak.

Tinggalkan Jawapan kepada salmiah Batal balasan