Berita Terkini
P0ndok Intensif ‘09
Tarikh : 5 – 19 Disember 2009
Tarikh Tutup Daftar :
Bila Cukup Bilangan Yang diTetapkan
(Tempah dan Sahkan pendaftaran melalui telefon / e-mail)
Syarat & Yuran Penyertaan
- Pelajar lelaki dan perempuan berumur 11 – 24 tahun (terhad 120 orang sahaja)
- RM 205 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)
Tarikh & Masa Lapor Diri (setelah sah daftar melalui email atau sms)
5 Disember 2009 (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 ptg
Tempat Program
Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung,
KM7, Jln Kuala Krai,
16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan
—————————————————————————
Halaqah Ilmu ‘09
Tarikh : 12 – 26 Disember 2009
Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 80 orang.
Tempah dan sahkan pendaftaran melalui e-mail / sms
Syarat & Yuran Penyertaan
- Pelajar lelaki berumur 11 – 24 tahun (terhad 80 orang sahaja)
- RM 205 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)
Tarikh & Masa Daftar Diri
12 Disember 2009 (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 petang
Tempat Program
Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh,
16150, Kota Bharu, Kelantan
Pengisian
- Pengajian kitab Bidayah Mubtadi
- Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
- Kitab Pelita Penuntut
- Tazkirah dan ceramah motivasi
- Kursus jenazah lengkap
- Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
- Hafalan surah-surah pilihan
- Tadarrus al-Quran
- Latihan amali fardhu ‘Ain
- Latihan khutbah dan azan
- Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban
Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran
- Diletakkan dalam kelas khusus
- Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
- Tekan pembelajaran Iqra’
Keperluan Yang perlu dibawa
Pakaian harian & pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis
Sila hubungi :
Tel :09-7657786 (P) Fax:09-7659099
019- 9388902(Ust. Shairazi ) / 012-9456251 (Ust. Zamri)
e-mail : pppb1995@yahoo.com
—————————————–
Majlis Perasmian Perletakan Batu Asas Asrama Pondok Sungai Durian
| Insya’Allah, Akan disempurkan Oleh:
YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada: Hari Khamis. 23 Rejab 1430H Bersamaan 16 Julai 2009. 2- Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru PSD Pada: Hari Khamis. 23 Rejab 1430H. Jam: 2.30 Ptg. Tempat: Dewan Sekolah PSD |
- Segala pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi :-
- Ust Yahya Yaakob –09-9664161
————————————-
Akademi Pondok Sempena Ramadhan 1430H
Pondok Pasir Tumboh bercadang untuk meneruskan Akademi Pondok bagi tahun ke-2 iaitu kelas pengajian yang akan menggunakan 2 kitab pilihan di mana kelas bermula jam 9 hingga 11 pagi dan 3 hingga 4 petang bakal diadakan sempena Ramadhan nanti. Buat masa sekarang ia masih dalam proses perbincangan di peringkat Lajnah Pendidikan sebelum diiklankan secara rasmi nanti. Penyertaan bukan sahaja daripada masyarakat sekitar Pondok Pasir Tumboh tetapi turut disertai oleh masyarakat luar yang cintakan ilmu disamping pelajar sekolah pada sesi petang. Diharapkan agar dengan berjalannya program ini dapat memberi peluang terutama kepada pelancong luar untuk merasai cara pengajian tradisional semasa melawat Kelantan. Pendaftaran akan dibuka selepas segala perkara yang berkaitan terutama berkaitan kitab dan guru yang bertugas diselesaikan dalam masa terdekat
———————————–
Pendaftaran Pondok-pondok Kelantan Dibuka Semula Syawal Nanti
Pondok-pondok Kelantan kebanyakannya akan mula bercuti pada 15 Sya’aban sehinggalah 15 Syawal bagi memberi persiapan untuk menyambut Ramadhan dan Syawal.
Memandangkan tarikh cuti begitu hampir maka kebanyakan pondok Kelantan terutama Pondok Pasir Tumboh telah menutup proses pendaftaran pelajar baru sehinggalah dibuka pada sesi baru nanti iaitu selepas 15 Syawal nanti
—————————————————–
Peperiksaan Akhir Tahun Pondok-pondok Kelantan
Pondok-pondok di Kelantan terutama Pondok Pasir Tumboh dan Pondok Sungai Durian akan memulakan peperiksaan akhir tahun bermula awal minggu depan. Pelajar Pondok Pasir Tumboh akan menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi peringkat Nizomi bermula 18 hingga 24 Julai ini
Selepas tarikh tersebut, kelas-kelas umumi dan nizomi tetap berjalan sebagaimana biasa sehinggalah 14 Sya’aban 1430H bersamaan 5 Ogos 2009M. Pondok-pondok Kelantan kebanyakannya akan mula bercuti pada 15 Sya’aban sehinggalah 15 Syawal bagi memberi persiapan untuk menyambut Ramadhan dan Syawal.
———————————————————
Lawatan ke Pondok Kelantan
Pihak pondok terus menerima kunjungan pelancong samada dari dalam negara atau luar negara yang ingin mendapat maklumat lebih jelas berkenaan sistem pengajian pondok tradisional yang membolehkan Kelantan digelar dengan jolokan Serambi Mekah dari dulu hingga kini. Kedatangan pelancong dijangka meningkat pada musim cuti sekolah
Antara pondok yang sentiasa menjadi tempat tumpuan para pelancong ialah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas dan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.
Rombongan yang berminat untuk melawat pondok tersebut bolehlah menghubungi pejabat pondok masing-masing bagi memudahkan urusan persiapan sambutan dan penerangan. Nombor telefon pejabat urusan ialah Pondok Pasir Tumboh di talian 09-7657786, Pondok Lubuk Tapah 09-7905672 dan Pondok Sungai Durian 09-9664161
ahmad othman berkata
assalamualaikum.saya pelajar azhar.saya rasa bertuah kerana dapat melayari web pondok berhad.kalau saya nak daftar pondok datuk saya macam mana.pondok tu masih ada penghuni, hanya orang tua sahaja.pondok tok guru hj ghazali, pulai chondong.saya cucunya.tlg bg tau.saya masih belajar lg kat mesir.
thanaif berkata
Bagaimanakah jika diluaskan konsep pengajian pondok ke negeri-negeri PR dalam usaha memberikan ruang cahaya untuk insan bertaqwa yang memodulkan intelek rohani sebagai antara tuntutan keprofesionalan warga?
Menerusinya akan hadir pembaharuan masyarakat bandar yang lebih berintegriti amanah jujur dalam memajukan peradaban.
ABU RAZLAN berkata
ASSALAMUALAIKUM…SEKADAR INGIN BERTANYA,MASIH ADAKAH AGAMA ISLAM YANG MUDAH LAGI DIPERMUDAHKAN,MENGIKUT AHLUSUNNAH WAL JAMAAH DAN MEMEGANG SEBENAR-BENARNYA AGAMA ISLAM?SAYA DAPATI SEKARANG INI TERLALU BANYAK WANG RINGGIT DITABUR UNTUK AGAMA.SUDAH HABISKAH PARA ULAMA DAN PARA IMAM,SEHINGGA WANG RINGGIT DIPERLUKAN?BAGAIMANA PULA INSAN YANG SUSAH MISKIN DAN INGIN PULANG KE JALAN LURUS?MAAF KIRANYA SOALAN INI MENYINGGUNG PERASAAN TETAPI SEJAK BILAKAH ILMU AQIDAH,ILMU FEQAH,ILMU ALAM BARZAKH,ILMU AKHIRAT,ALLAH PERINTAHKAN MENGAMBIL WANG RINGGIT?BAGAIMANA DENGAN MANUSIA YANG TIDAK MAMPU DAN SELALU MERINDUI KEMATIAN UNTUK BERJUMPA DENGAN PENCIPTANYA YANG ESA,LANTAS CUBA MENCARI JALAN TETAPI TERSANGKUT DISEBABKAN TIADA WANG RINGGIT UNTUK DIRINYA MELAINKAN HAK ANAK-ANAKNYA DAN HAK ISTERINYA?TOLONG BERI PETUNJUK JALAN PADA SAYA YANG SEDANG MEMBUANG DUNIA,MENUJU AKHIRAT…
fah berkata
Selepas Baba Sin surat Meninggal dunia…tadi ada seorang lagi ulama’ di Mekah meninggal dunia…Bab Mat sedawa…(nama sebenar tak tahu) siapa yang ada khabar terkini sila lah khabarkan..
RARME berkata
Assalamualaikum.Sistem pengajian pondok perlu diperluaskan dan Diperbanyakkan.Saya mencadangkan agar pemimpin2 jemaah Islam diperingkat kawasan bagi negeri-negeri yg amat kurang sekolah2 pondok berusaha mewujudkan sekolah2 pondok dikawasan masing2 agar masyarakat setempat dapat menguasai ilmu Islam dengan baik.Seterusnya Islam dapat dimartabatkan… Ilmu adalah asas utama dalam nak menegakkan Islam…Apabila masyarakat memahami Islam InsyaAllah mereka bukan sahaja akan menyokong perjuangan Islam malah mereka akan memperjuangkan Islam.justeru itu melalui sekolah pondok, dapat melahirkan ulamak – ulamak yang benar2 mendalam dan pakar dalam ilmu-ilmu Islam seterusnya bukan sekadar mampu mengajar masyarakat ilmu- ilmu Islam dan berceramah bahkan menjadi ulama atau guru yang mursyid yg dpt memimpin dan membimbing manusia menuju dan mecapai keredhaan Allah. Kita bimbang masyarakat kita sekarang ini hanya pandai bercakap mengenai politik negara dan antarabangsa tetapi tidak memahami Aqidah Islam dan ilmu- ilmu fardhu ain yang lain apatah lagi ilmu2 fardhu kifayah dalam agama. Masyarakat kita bijak bercakap mengenai ekonomi,Astronomi,aero angkasa, sains dan matematik tapi hati tidak mengenal Allah Ta’ala dan tidak merasa kehambaan diri terhadap Allah Ta’ala. Masyarakat kita hebat berbahasa Inggeris tapi buta Bahasa Arab dan ilmu2 alat dalam bahasa arab yang menjadi kunci bagi memahami Islam dengan sempurna.Mudah-mudahan kita mandapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat
thinkbig berkata
kenapa tidak ada jawapan bagi semua persoalan di sini?