Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Doa ‘senjata ghaib’ mohon pertolongan

Posted by epondok di Januari 26, 2012


Oleh Hizbur Rahman

Permohonan pemerintah adil, orang puasa dan dizalimi diterima Allah

DOA ialah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.” (Surah al-A’raaf, ayat 55-56)
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik. – Surah al-A’raaf, ayat 55-56
Ketika menjelaskan perkara sama, Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, pengaruh doa itu amat hebat sehingga mampu mengubah takdir Allah dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang.

Pada saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan diperlukan, ketika itu manusia akan sedar sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.

Ada kala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi diyakini doa kita tidak dimakbul Allah SWT?. Seorang sahabat iaitu Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul.
Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Sa’ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah layak untuknya.” (Hadis riwayat Thabrani)

Besarnya peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah. Permohonan doa hendaklah mematuhi adab tertentu antaranya suci daripada hadas, menghadap kiblat dan dimulai dengan bacaan al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat

Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Ada tiga golongan yang doa mereka diterima Allah bersandarkan kepada hadis Qudsi disampaikan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang berpuasa; kedua, doa pemerintah adil; dan ketiga, doa orang dizalimi, di mana doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya adalah mustajab. Apalagi jika mereka itu orang yang lemah, tiada kuasa dan orang tua. Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah datang membantu.

Mereka yang melakukan kezaliman, fitnah dan penganiayaan kepada manusia tidak akan terlepas begitu saja.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya.” (Surah Fussilat, ayat 46)

About these ads

12 Respons to “Doa ‘senjata ghaib’ mohon pertolongan”

  1. Doreen Elbert said

    Selamat sejahtera, terlebih dahulu sy ingin memperkenalkan diri sy, nama sy Doreen Elbert dan sy seorang kristian katolik. Sebenarnya sy tertarik dgn agama islam dan sy bangga islam itu indah dan unik buat sy dan sy sebenarnya beridam ingin masuk islam sejak sy di alam persekolahan menengah akan tetapi sy sukar untuk jujur dgn ibubapa dan ahli keluarga tentang keinginan sy untuk masuk islam dan sy tulus ingin masuk islam, kalau boleh dalam masa terdekat/bulan depan. Sy berfikiran buntu kerana sy tdk dapat berbuat apa2 melainkan meminta rakan2 sy yg beragama islam untuk doakan sy kepada Allah agar diberikan hidayahnya. sy sangat bersyukur kerana sy telah dipilih oleh Allah dimana Allah membawa sy ke jalan yg benar disisi agama. oleh itu , persoalan sy disini adakah rintihan/luahan dari hati sy terhadap Allah akan didengari oleh Allah walaupun sy seorang kristian? Sememangnya sy percaya bhwa Allah akan memakbulkan doa seseorang jika kita yakin doa itu akan dikabulkan oleh-nya. Dimohon mendapat maklum balas melalui email sy. terima Kasih. Tulus dari Doreen.

    • mohd zaidi bin ibrahim said

      Ya, sudah semestinya allah mendengar doa saudari. Tak kira siapa ataupun apa agamanya pun, pasti allah mendengar. Kerana sifatnya allah itu mendengar, dan dia memberi nikmat kepada sesiapa sahaja, apapun agama kerana sifatnya allah maha penyanyang.

      Masalah saudari mudah sahaja. Saudari boleh sahaja masuk islam. Merahsiakan dahulu daripada keluarga sehingga waktu yang terbaik. Amalan agama islam tidak sukar. Solat dilakukan 5 kali sehari. Saudari boleh lakukan di dalam bilik. Alquran boleh dibaca sebelum tidur. Dan mohon kepada tuhan agar dpermudahkan.

      Dalam islam terdapat solat2 sunat yang ringkas boleh membantu saudari mencapai hajat, petunjuk serta bertaubat yang boleh dilakukan ditengah malam saat orang lain sedang tidur.

      • doreen said

        sy sbnrny pernah solat sendirian d bilik ttpi apabila d ketahui olh kluarga sy mereka sma skli larang sy dan sy tpksa bertahan…

      • mohd zaidi bin ibrahim said

        Sememangnya kalau diketahui saudari akan dilarang..saudari hendaklah melakukannya secara rahsia. Solat adalah 5 kali sehari. Subuh adalah sewaktu pagi, zohor tengahari, asar petang, marghrib saat jatuh matahari dan isyak waktu malam sehingga subuh.

        Jadi gunakan waktu tersebut jangan sampai terlepas dengan sebaik2nya. Dan berdoa agar dipermudahkan. Disamping itu, sayangilah ibu bapa saudari agar mereka memahami isi hati saudari.

  2. mohd said

    Tahniah kepada saudari Doreen….. semoga dipermudahkan

  3. doreen said

    salam dari doreen, sebenarnya keluarga sy nie sgt benci islam malah mereka pernah katakan kepda sy bhwa jika sy masuk islam dah, sy akn buka pintu neraka buat keluarga ku,bila sy dgr ayat mereka ini sy terus istifar Astagafirullalazim, Pada masa skrg, sy masih bljr di kolej dan sy dah crita kpd teman2 sy ttang mslh yg sy hdpi, dan sy telah mendpt nasihat dr teman sy iaitu, ‘doreen, awak sabar jak buat masa skrg, awak kumpul duit byk2 dri hasil titik peluh awak, bla dah dpt duit cukup2, awak bljr memandu, lepas tu klu dah duit lebih dr bank awak, awak sewa atau bli uma sendiri sebab masa itu awak dah umur 21, jadi awak dah bebas dri tanggungan ibu bapa…’ bila sy fikir blk betul ckp teman sy tu, bila sy dah umur 21, sy dah rancang sy akan trus masuk islam tnpa keluargaku ketahui…sy dah lama nak msuk islam tpi sy x cra mahupun sukar untuk sy rahsiakn semua ini dr keluargaku jika sy msuk islam pada masa skrg…mereka akan buat hal macam dlu…sehgga melibatkan polis disebabkan sy ingin msuk islam…,sy jujur, sy ada perasaan benci dgn keluargaku disebabkan mereka hina islam…sy sgt benci mereka tpi apa2 pun syurga dibawah tapak kaki ibu maka sy hrus bertahan sehgga umur sy capai 21..:( sy harap kalian dapat berjanji dgn sy agar setiap kali kalian solat, sy mohon doakan lah sy ‘doreen elbert’ kpd Allah SWT senantiasa.:) sesungguhnya hamba Allah ini sgt lemah ….terima kasih

    • mohd zaidi bin ibrahim said

      Salam,

      Doreen, jika kamu sudah mengakui allah itu tuhan kamu dan muhammad itu pesuruh allah ( nabi), sudah dikira kamu sudah beriman. Cuma secara rasminya kesaksian itu masih belum. Jika kamu mengucap 2 kalimah syahadah, kamu sudah dikira masuk islam di mana maksud 2 kalimah syahadah itu, aku naik saksi bahawa tiada tuhan layak disembah melainkan allah, dan nabi muhammad itu pesuruh allah.

      Cumanya kini kamu perlu mempelajari rukun islam dan rukun iman.

      Rukun islam ada 5 iaitu :

      1. Mengucap 2 kalimah syahadah
      2. Solat 5 waktu
      3. Berpuasa dibulan ramadan
      4. Menunaikan zakat
      5. Mengerjakan haji jika mampu.

      Jika kamu telah mengucap 2 kalimah syahadah, kamu perlu mempelajari cara bersolat serta rukun2nya.
      ?
      Oleh kerana, masa kematian masih tidak kamu ketahui, adakah doreen masih hidup semasa berumur 21, ataupun mati diusia muda. Dan adakah dore. en redha jika doreen mati sebelum masuk islam.

      Jadi doreen perlu bertindak segera. Pada hemat saya doreen sudah beriman. Cuma doreen masih jahil. Jahil itu maksudnya masih tidak tahu tentang islam. Oleh sebab jahil, doreen tidak berdosa jika ada terlepas melakukan perbuatan2 wajid dalam islam. Walaubagaimanapun. Jika jahil, doreen perlu belajar agar tahu..

      Jika sudah tahu, tetapi tidak melakukannya, ia dipanggil fasik dan orang2 fasiklah paling rugi di akhirat. Walaubagaimanapun, di atas sebab2 tertentu, kewajipan tersebut masih boleh diganti kemudian. Saya tidak menerangkan lebih detail tentang ini.

      Saya beranggapan, doreen lebih baik dari orang yang lahirnya sudah islam, tetapi tidak mengamalkan islam. Saya doakan niat doteen dipermudahkan tuhan.

      • doreen said

        Assalamualaikum, sy suka nasihat anda, dan boleh sya tahu lebih lanjut, bagaimana sy ingin mulakan dengan semua ini? apakah sya perlu buat dalam jangka masa sekarang?

      • MOHD ZAIDI BIN IBRAHIM said

        Sebagaimana yang telah saya katakan dahulu, Doreen perlu mempelajari tentang islam. Pelajari dahulu kesemua rukun islam yang saya telah saya terangkan dahulu agar Doreen tidak jahil lagi. Kesemua rukun islam itu amat mudah. Tetapi, seperti yang dinyatakan di dalam Al-quran atau biasa kalau doreen dengar di televisyen biasanya selepas azan, yang berbunyi, “sesungguhnya solat itu adalah amat berat, kecuali bagi orang-orang yang sabar. Ianya mudah, tetapi berat dilakukan jika tidak beriman dan sabar.

        Jika Doreen ingin tahu, semasa zaman Nabi Muhammad dulu, pada permulaannya agama islam ini disampaikan secara sembunyi-sembunyi dahulu. Ini adalah kerana tentangan dari orang arab Quraish ketika itu adalah amat dasyat sekali. Maka dalam sembunyi-sembunyi agama ini disebarkan. Oleh kerana telah berkembangnya Islam, barulah ianya dilakukan secara terang-terangan.

        Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya Doreen melakukan secara sembunyi-sembunyi dahulu. Doreen merasa susah untuk mengamalkan islam kerana mungkin Doreen tidak faham bagaimana hendak melakukannya. Tetapi jika sudah tahu, sudah tentu mudah Doreen untuk lakukan secara sembunyi-sembunyi.

        Sebagai contoh saya menunjukkan cara solat :

        Sebelum solat, Doreen perlu tahu bagaimana hendak mengambil air sembahyang (Wudhuk).
        – Ianya perlu dilakukan menggunakan air mengikut rukun-rukunnya. Rukun itu bermaksud ‘Step by step’ iaitu bermula dari :
        i. Niat wudhuk
        ii. membasuh seluruh muka, (3 kali)
        iii. Membasuh tangan dari tangan sehingga siku (3 kali)
        iv. Menyapu rambut dengan air (3 kali)
        v. Membasuh kaki dari jari sehingga buku lali. (3 kali)
        vi. Tertib
        Ianya boleh dilakukan ketika Doreen selesai mandi. Jika dillakukan di dalam bilik air, sudah tentu tiada siapa yang tahu.

        Doreen boleh bersolat dengan menggunakan wuduk tersebut selagi ianya tidak terbatal.
        Perkara yang membatalkan wudhuk pula adalah :

        1. tertidur / pengsan/ pitam
        2. Terkena najis pada anggota.
        3. Tersentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim (bermaksud bukan ahli keluarga sendiri, (ayah, ibu adik, abang adalah keluarga sendiri,) Sepupu sudah dari keluarga lain.
        4. Terkentut (Keluar angin dari dubur).

        Maka solatlah dorenn di dalam bilik. Pakaian solat bagi perempuan hendaklah menutup seluruh anggota badan dan hanya boleh menampakkan tapak tangan dan muka sahaja. (Tidak semestinya memakai telekung) asalkan kesemua anggota tertutup.

        Terdapat cara ringkas untuk bersolat iaitu hanya mengikut rukun solat. Walaubagaimanapun Doreen perlu upgred sehingga solat doreen itu betul2 sempurna. Jika doreen hanya bersolat mengikut rukun, solat doreen diterima, cuma ianya ibarat rumah yang besar, tetapi kosong. Jika Doren melakukan dengan menambah perkara-perkara sunat pula, solat doreen itu umpama rumah besar yang penuh dengan eksesori dan bercahaya terang benderang.

        Jika menggunakan cara ringkas, solat dapat dilakukan dalam tempoh 5 minit sahaja. Oleh yang demikian. Apa yang perlu doreen lakukan adalah belajar cara solat. Dapat belajar rukun pun sudah cukup baik. Kerana, di dalam islam, solat adalah perkara utama dan yang pertama dahulu dihisab ataupun ditanya oleh tuhan. Jika hanya dapat dilakukan dengan mudah. Adalah mustahil untuk family Doreen tau. Senang cerita, pandai2 doreen nak lakukan secara sembunyi. Sehingga suatu hari mereka menegur Doreen, Mengapakan muka kamu kelihatan sangat bersih dan sejuk.

  4. doreen said

    Terima kasih sekali lagi..:) maaf encik, sy akan mulakan rukun2 solat, sy janji encik..tapi boleh sy dapatkan cara2 solat dri laman web? mksud sy bgaimana sy bole dpt cara2 solat? terima kasih dan mohon doa kan sya kpd Allah senantiasa Amiin, Allahuakbar.

  5. zyzzye said

    sebenarnya sebaik sahaja akil baligh sdri Doreen layak mengamalkan Islam. untuk mendalami Islam sebenar sdri perlu belajar dengan Ustaz @ Ustazah bhg Dakwah PERKIM supaya tidak terpesong aqidah. tqvm

  6. MOHD ZAIDI BIN IBRAHIM said

    Iye, sekiranya saudari Doreen ingin belajar melalui laman web sahaja, itu cukup sekadar untuk tahu sahaja. Tetapi untuk belajar dengan betu, saudari Doreen perlu belajar dengan guru iaitu ustaz atau ustazah, agar apa yang doreen baca atau faham boleh diperbetulkan oleh ustaz atau ustazah.

    Mungkin, hasil bacaan kita itu kita faham, tetapi walaubagaimanapun mungkin juga yang kita faham itu salah sebenarnya. Itu perlukan penjelasan dari ustaz atau ustazah agar kita betul2 faham.

    Saudari doreen boleh membeli atau membaca dari laman web, walaubagaimanapun, saudari Doreen tidaklah hanya belajar dari membaca sahaja, perlukan juga dari ustazah atau teman2 Islam untuk bertanyakan sesuatu yang tidak difahami berkaitan solat.

    Rukun solat ini Doreen boleh search di internet. Cara perlaksanaannya pula Doreen boleh menonton melalui video. Tetapi itu cukup untuk sekadar Doreen tahu. Untuk melaksanakan dengan betul, Doreen perlu seorang guru untuk membantu doreen melakukan praktikalnya. Boleh tanya kepada teman2 Islam atau berjumpa dengan ustazah dan Doreen tanyalah apa yang tidak faham berkenaan solat.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 16,040 other followers

%d bloggers like this: