Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Panduan jadi imam solat

Posted by epondok di Disember 17, 2011


RASULULLAH SAW sebagai pimpinan tertinggi memberitahu umatnya turutan mereka yang layak diangkat sebagai imam.

Daripada Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin Umar berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Yang menjadi imam bagi sesuatu kaum itu didahulukan mereka yang banyak mengingati al-Quran dan paling baik bacaannya. maka jika di kalangan mereka itu (imam) bersamaan pada mengingati al-Quran, dipilih siapakah yang terlebih dulu hijrah (syarat ini cuma ada pada zaman Rasulullah dan sahabat). Maka jika bersamaan juga, dahulukan mereka yang lebih tua atau dewasa dan janganlah seseorang menjadi imam tanpa kebenaran imam yang berkuasa di tempatnya dan jangan seseorang itu duduk di satu tempat duduk kecuali yang dikhaskan bagi dirinya saja (melainkan dengan izin). (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim).

Imam sebenarnya perlu mempunyai ciri-ciri berikut antaranya berilmu, memiliki bacaan yang baik selain prihatin terhadap keadaan makmum di belakangnya.

Dalam menentukan baik bacaan seorang imam, surah al-Fatihah sendiri sangat penting dan perlu dipandang serius seorang yang dipertanggungjawabkan memimpin solat.

 

Jika meninggalkan atau tersilap melakukan salah satu daripadanya, maka terbatal solat. Sebab itu, salah satu rukun solat yang perlu diberi perhatian adalah bacaan al-Fatihah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: dari Ubadah bin as-Somit menyatakan hadis ini marfu’ kepada Rasulullah SAW: Tidak ada solat bagi mereka yang tidak membaca surah al-Fatihah. (Hadis sahih Muslim, bab solat, 595).

 

Justeru imam yang salah bacaan Fatihah, bukan saja solatnya batal, tetapi makmum di belakangnya pun turut terbatal. Antara kesalahan dalam bacaan Al-Fatihah terbahagi kepada dua bahagian.

Pertama, kesalahan besar yang membatalkan solat si pembaca dan yang kedua, kesalahan kecil yang tidak membatalkan solat si pembaca. Bagi mengenal pasti dan mengetahui ia kesalahan besar atau kecil dua unsur ilmu diperlukan iaitu ilmu tajwid dan tatabahasa Arab.

Bagi kesalahan bacaan Al-Fatihah yang membatalkan solat adalah menukar makhraj huruf asal kepada huruf lain, berubah baris yang mengubah sama sekali maknanya dan meninggalkan tasydid (tanda sabdu).

Penting sekali buat imam memelihara bacaan Al-Fatihah supaya tidak berlaku kesalahan yang menyebabkan batalnya solat dan iman seseorang

About these ads

Satu Respons to “Panduan jadi imam solat”

  1. السلام عليكم أستاذ
    Ana mohon pandangan berkenaan imam kampung (seorang yang agak berumur), bacaan Fatihahnya selalu salah pada
    إياك نعبد وإياك نستعين dibaca dengan عياك نعبد وعياك نستعين (jika dilihat di sini huruf alif dibacanya dengan ‘ain) termasuk pada ayat2 lain seumpamanya bahkan dlm doa2 pun begitu. Untuk mkluman ramai yg seyogianya menegur dah pun melakukannya ttpi hasilnya tiada perubahan. Mohon cadangan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,725 other followers

%d bloggers like this: