Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Membentuk remaja untuk negara berjaya

Posted by epondok di Mac 16, 2011


“Remaja tunggak negara”, “Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok” dan “Pemuda harapan bangsa” adalah sebahagian ungkapan yang sering kita dengar tentang remaja.

Ia merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh golongan remaja, baik lelaki mahupun perempuan.

Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan negara, negeri, daerah, kampung, kawasan, tempat kerja atau pun setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan kamu. (riwayat Bukhari)

Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab termasuklah para remaja. Secara umum, remaja biasanya dianggap sebagai kelompok usia peralihan antara anak-anak dan dewasa, iaitu antara usia 12 hingga 20 tahun atau mungkin lebih.

Sebagaimana yang kita ketahui, remaja sekarang banyak yang terpengaruh dengan rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling yang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap diri mereka terutamanya sikap.

Perubahan yang positif amat disyukuri tetapi bagi yang tidak mencukupi didikan agama, mereka mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling juga akan turut sama musnah sedikit demi sedikit.

Nasihat demi nasihat diberikan. Fakta demi fakta dibuktikan. Semuanya untuk merubah golongan yang bergelar remaja supaya bersiap sedia dengan apa sahaja keadaan dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Apakah generasi kita benar-benar faham akan tanggungjawab mereka untuk mendambakan masa depan dengan desakan perubahan yang mungkin akan lebih drastik dan hebat?

Bersediakah mereka dengan apa jua keadaan yang akan berlaku?

Turut terkeliru

Budaya Barat yang bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah yang menjadikan remaja sebagai sasarannya.

Apakah remaja hari ini menyedari bahawa mereka sedang melalui satu jalur perubahan yang semakin menjadikan mereka lupa kepada siapa mereka menyandarkan kerisauan dan keresahan mereka?

Sedarkah kita bahawa generasi muda yang kita anggap sebagai penyambung warisan kita turut terkeliru dalam pengertian sebenar kehidupannya?

Remaja amat memerlukan bimbingan dan panduan yang betul untuk menjadi individu cemerlang dan bukan sahaja berguna kepada diri sendiri, malah juga kepada agama, bangsa dan juga negara.

Oleh hal yang demikian, remaja seharusnya bersedia menyertai apa-apa program yang berbentuk kepemimpinan sama ada di peringkat sekolah ataupun oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Seperti yang kita sedia maklum, remaja sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam bermacam-macam situasi. Remaja harus membuktikan bahawa mereka mampu mengiringi arus globalisasi yang kian rancak mendominasikan nilai kemanusiaan.

Kita tidak mahu adanya keciciran di kalangan remaja yang boleh merencatkan pembangunan bangsa. Dengan itu, didikan perlu diberi sebelum mereka mencapai tahap umur yang dipanggil remaja.

Tidak ada sesiapa pun didalam dunia ini yang boleh lari daripada tanggungjawab masing-masing walau dalam apa jua keadaan. Sebagai pelajar, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar.

Sebagai anak, mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Sebagai abang, kakak, adik, kawan, jiran dan berbagai-bagai lagi tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang remaja.

Oleh itu, sedarilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza-beza yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.

Remaja memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa.

Malah remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.

Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan landskap negara masa depan. Jikalau rosak akhlak remaja hari ini, bermakna pemimpin negara yang akan datang juga terdiri dari mereka yang tidak berkualiti dan tidak bermoral.

Disebabkan inilah remaja hari ini mesti diberi bimbingan dan didikan serta pengetahuan yang cukup sebagai persediaan membina barisan pelapis pemimpin negara yang berwibawa.

Persediaan awal ke atas remaja mestilah memfokuskan kepada tiga peranan yang utama iaitu remaja sebagai individu, remaja sebagai anak dan remaja sebagai ahli masyarakat.

About these ads

Satu Respons to “Membentuk remaja untuk negara berjaya”

  1. Emiey Meily berkata

    salam,,, saya nur rohimi ..tinggal di perak,umur 23 tahun… blh ke saya hadiri kelas pondok tersebut

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,323 other followers

%d bloggers like this: