Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Punca keganasan remaja

Posted by epondok di Februari 10, 2011


Masalah juvenil

 

Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL

Sebagai satu masyarakat, tidak dapat lari daripada masalah juvenil atau delinkuensi dan tingkah laku langsang (keganasan) di kalangan remaja. Masalah-masalah sosial ini banyak dikaitkan dengan tingkah laku antisosial dalam perspektif psikologi.

Semua pihak termasuk ibu bapa, guru, kaunselor dan individu lain yang berhadapan dengan masalah gejala ini. Delikuensi dan kelangsangan remaja banyak tercetus hasil daripada ekspresi luaran dari tidak dapat menyesuaikan diri, tidak diterima dalam sosial dan norma-norma keluarga, serta tindakbalas tekanan dalaman.

Ramai remaja mempelajari tingkah laku seumpama ini secara psikologikalnya daripada ibu bapa yang mengamalkan penderaan fizikal.

Delinkuensi secara tipikalnya merujuk kepada mana-mana aktiviti yang salah atau konflik dengan norma sosial, tetapi ia tidak selalunya ada kait dengan kelansangan.

Kelangsangan pula boleh difahami dalam pelbagai bentuk seperti kumpulan/ geng kelangsangan, merosakkan harta melalui vandalisme dan kelangsangan dalam mencederakan diri.

Masalah delinkuensi dan kelangsangan sama juga dengan masalah antisosial. Antara tingkah laku yang kerap melibatkan remaja kita apabila bermasalah dengan delinkuensi mungkin boleh melibatkan tingkah laku anti sosial adalah seperti:

nkelangsangan dalam keluarga.

nkelangsangan di sekolah seperti bergaduh, bertumbuk, melawan guru, ponteng dan merosakkan harta sekolah.

nmelanggar peraturan seperti vandalisme, mencuri, penyalahgunaan bahan seperti merokok dan lari dari rumah.

nterjebak dalam jenayah seperti merompak, ragut, rogol, dadah.

nmencederakan diri seperti bunuh diri.

nkeahlian dalam kumpulan haram dan samseng.

Kelangsangan keluarga

Menurut kajian dan statistik, ramai remaja yang terjebak dalam tingkah laku antisosial ini ada kaitan dengan latarbelakang keganasan dalam keluarga itu sendiri.

Contohnya, ibu bapa yang bergaduh, kegunaan hukuman fizikal yang melampau dalam mendidik anak dan ada juga berlaku penderaan seksual dalam keluarga.

Masalah sekolah

Remaja yang bermasalah di sekolah kebanyakannya akan mendorong kepada tingkah laku antisosial ini. Harta-harta awam di sekolah dirosakkan oleh perbuatan vandalisme pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab.

Penggunaan senjata juga melibatkan remaja yang bermasalah ini dan ini juga memberikan satu cabaran besar kepada keselamatan guru disiplin, kaunselor dan guru di sekolah.

Jenayah juvenil

Di akhir-akhir ini mengikut statistik polis mendapati keterlibatan kalangan remaja dan kanak-kanak dalam jenayah seperti mencuri motor, pecah rumah, dadah, ragut, buli, rogol dan samseng jalanan merunsingkan masyarakat dan kerajaan yang mengharapkan generasi muda akan menjadi pewaris.

Kebanyakan remaja yang terlibat dalam jenayah adalah berpunca dari penyalahgunaan bahan seperti dadah dan alkohol yang kemudiannya mendorong mereka kepada salah laku jenayah.

Mencederakan diri

Gejala bunuh diri di kalangan remaja walaupun tidak menunjukkan angka yang besar dan belum menjadi satu budaya masyarakat kita tetapi perlu berwaspada dan diambil kira.

Walaupun begitu, mencederakan diri dalam pergaduhan antara geng dan kemalangan jalan raya seperti samseng jalanan atau mat rempit telah mengakibatkan kerugian modal insan. Rmaja kita yang cacat fizikalnya dan mental ini yang bakal menjadi pewaris negara. Kerajaan pula telah banyak menghabiskan duit dalam membanteras gejala ini.

Gangster, keganasan dan kumpulan minor

Peringkat remaja merupakan tahap yang inginkan perhatian dan mudah terikut-ikut dan remaja yang diterima oleh mana-mana kumpulan akan merasa megah, berkuasa dan dihargai.

Dengan menjadi ahli dalam kumpulan yang tidak sihat akan mengheret mereka dalam melakukan aktiviti jenayah dan tumpuan dalam akademik tidak lagi menjadi keutamaan mereka.

Selain itu, kumpulan minor juga sudah banyak terdapat yang merupakan satu pertumbuhan yang tidak sihat seperti lelaki lembut dan juga pengkid. Walaupun kumpulan minor ini tidak menunjukkan keganasan tetapi boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah.

Punca awal permasalahan

Mengikut teori ekologikal berpendapat, bahawa keadaan sosial komuniti dalam konteks sosial merupakan asas yang kukuh dalam meramalkan masalah gejala kelangsangan dan delikuensi kalangan remaja.

Mengikut setengah kajian mendapati remaja yang menghadapi masalah delinkuensi mengalami empat pengalaman sosial yang menyumbang kepada antisosial:

npenglibatan awal dengan gejala merokok, penyalahgunaan dadah dan alkohol

nmempunyai hubungan dan jaringan dengan kumpulan remaja yang terlibat dalam salah laku antisosial

nmudah memperolehi senjata bahaya seperti pisau, pistol, parang dan juga mudah akses kepada tempat-tempat sosial seperti kelab hiburan, judi dan pelacuran

npendedahan dari media cetak dan elektronik mengenai keganasan.

Selain daripada teori ekologi juga mendapati ada setengah golongan remaja yang lahir daripada etnik minoriti yang secara budayanya telah lahir dalam komuniti mereka seperti berpuak-puak, gangsterisme, kongsi gelap dan kelompok pejuang agama dan etnik yang memperjuangkan hak yang mereka merasakan mereka ditindas.

Tidak kurang juga perspektif perkembangan melihat tingkah laku anti sosial ini terjadi adalah berpunca dari pengaruh sosial seperti:

nPengaruh keluarga dan persekitaran di rumah

nTersisih daripada ruang sosial dan kegagalan sekolah atau akademik

nMenjadi ahli kumpulan rakan yang devian

nFaktor umur keterlibatan dalam tingkah laku delikuen sekiranya sejak awal umur maka kemungkinan mudah terjebak dalam tingkah laku jenayah Indikator tingkah laku anti sosial Berdasarkan kepada kajian dan teoritikal:

Persekitaran keluarga

Ibu bapa menunjukkan tingkah laku agresif, tidak konsisten dalam disiplin dan cara gaya keibubapaan yang lemah.

Salah seorang dari ibu bapa yang mempunyai personaliti devian atau mempunyai latar sejarah keterlibatan dalam kelangsangan dan delinkuen.

Ibu bapa yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah, tinggal di tempat berisiko, kemiskinan dan mempunyai pekerjaan yang tidak ada kemahiran.

Tekanan dalam keluarga dan anak-anak terdedah kepada keganasan, dadah, masalah perkahwinan dan penceraian.

Persekitaran sosial

*Kejiranan yang tidak sihat

*Kemiskinan

*Aktiviti samseng

*Pengangguran

*Pendapatan ekonomi keluarga yang rendah

*Tahap pendidikan yang rendah

Penglibatan gang

*Mempunyai remaja atau anak yang jarang balik ke rumah

*terdapat bukti penyalahgunaan dadah

*Perubahan mendadak dalam tingkah laku dan personaliti

*Mendapat kemewahan, dan pendapatan tinggi/kewangan secara tiba-tiba

*Melepak dengan rakan-rakan yang di kenali membawa masalah kepada pihak polis atau pemerintah

*Bukti yang menunjukkan ada penderaan fizikal dan mental

*Berpakaian atau mempunyai lambang atau tatu mirip kumpulan tertentu

Pendekatan dan intervensi

Pencegahan dan Intervensi Keluarga

Memberikan pendedahan latihan kemahiran keibubapaan dalam pengurusan keluarga dan juga cara yang terbaik mengendalikan anak-anak.

Mendapatkan khidmat nasihat sekiranya perlu dari pakar apabila mendapati ada masalah dalam keluarga atau tingkah laku anak yang mencurigakan.

Sentiasa membina hubungan baik dengan sekolah dan kenalilah sekolah, guru dan rakan anak.

Bina keluarga yang berasaskan agama dan ibu bapa mesti menunjukkan contoh yang terbaik dalam mentarbiah ahli keluarga.

Ibu bapa mesti selalu doakan kesejahteraan dan perlindungan daripada Allah SWt.

Pencegahan sekolah

Mengenalpasti masalah dengan cepat dengan bertindak dengan professional dan cepat, dapatkan bantuan polis sekiranya perlu.

Memberikan kemahiran kepada personel sekolah dan guru tentang gejala samseng dengan menjemput pakar dari luar.

Berkerjasama dan membina smart partnership dengan pihak polis, komuniti, pemimpin komuniti (wakil rakyat) dan keluarga pelajar sendiri.

Membina jaringan dan komunikasi berkesan dengan pelajar. Membina pasukan yang kuat dan harmoni antara pentadbir sekolah dengan guru.

Dalam kes disiplin pelajar remaja yang dalam persekitaran yang sungguh mencabar ini perlu banyak diberikan perhatian dan bimbingan.

Orang dewasa mesti prihatin membantu tetapi pertamanya setiap dewasa mesti mempunyai akhlak yang baik.

Dengan akhlak yang baik ini maka remaja akan senang menjadikan kita contoh yang baik dalam menjadi mereka pewaris kepada generasi kita yang berpegang teguh pada ajaran Islam yang semakin mencabar dalam mengamalkannya.

About these ads

Satu Respons to “Punca keganasan remaja”

  1. Habib Ahmad said

    MAULIDUR RASUL SAW 1431: DI MASJID AL-FALAH USJ 9
    pada :
    1)
    ISNIN , 14 FEB 2011
    (11 RABIUL AWAL 1432)
    BERMULA JAM 6.00 PETANG

    BERSAMA
    – HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR AL-HAMID
    – HABIB ALI ZAINAL ABIDIN AL-HAMID ,

    2)
    SELASA , 15 FEB 2011
    (12 RABIUL AWAL 1432)
    BERMULA JAM 3.30 PAGI
    QIYAMULLAIL
    &
    BACAAN BURDAH (oleh Kumpulan Nasyed Ahbab Mustofa)

    KAMI BERBESAR HATI MENJEMPUT ANDA SEKELUARGA KE MAJLIS INI …

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 16,375 other followers

%d bloggers like this: