Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Faktor bunuh diri

Posted by epondok di Januari 25, 2011


Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL

MENGAMBIL nyawa sendiri atau bunuh diri adalah tindakan yang salah dalam agama Islam dan juga agama-agama lain. Masalah remaja bunuh diri adalah gejala yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi sukar difahami mengapa. Angkanya meningkat tetapi tidak pula dikongsi.

Untuk mencegah gejala ini dalam kalangan remaja, kita perlu memahami pengaruhnya dalam tingkah laku remaja yang ingin bunuh diri yang mungkin terdiri daripada kehidupan keluarga dalam kepesatan budaya teknologikal, perasaan disisihkan daripada tanggungjawab dewasa, atau ketiadaan kemahiran mengurus hubungan interpersonal. Ini antara sebab yang menyumbang kepada gejala ini.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), gejala bunuh diri adalah punca kematian yang ketiga tertinggi dalam kalangan remaja. Ia dijangka meningkat jika tidak dibendung awal.

Negara seperti Jepun turut mengalami fenomena ini terutama kalangan remaja mereka. Malah, tidak mustahil akan berlaku di Malaysia dan sudah pun ada tetapi masih kecil bilangannya.

Adakah amalan agama yang cetek yang mendorong remaja Islam kita terjebak dalam gejala bunuh diri ini?

Faktor dan ciri-ciri

Kebanyakan remaja daripada budaya dan agama mana pun suka kepada kehidupan mereka, rasa gembira sepanjang masa dan gemar membina jaringan sosial. Mereka mempunyai fikiran positif mengenai perkembangan dan masa depan.

Dalam kepantasan perubahan ini sesetengahnya dapat menyesuaikan diri dan mengalami suasana yang menggembira dan menyeronokkan.

Namun, ada yang tidak berkongsi keseronokan proses keremajaan dan berhadapan dengan penuh ketegangan, kesunyian dan kesedihan.

Mereka datang daripada keluarga bermasalah, masalah kemiskinan, tempat tinggal yang kurang memuaskan dan juga kelemahan personaliti kendiri.

Interpersonal, Keluarga dan Ciri Psikososial

1. Kehilangan dan perpisahan Remaja yang terlibat dalam gejala ini lebih cenderung mengalami kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya akibat perpisahan, penceraian atau kematian.

Sesetengah mereka juga mengalami pengalaman dalam putus persahabatan atau percintaan. Dalam kesedihan ini, sangat perlukan kekuatan dan kemahiran menangani merupakan salah satu keperluan dalaman.

2. Keluarga Bermasalah dan Masalah Keluarga Kebanyakan remaja yang terjebak dalam gejala ini datang daripada keluarga bermasalah atau mempunyai masalah keluarga.

Sesetengah ibu bapa tidak mempunyai kemahiran keibubapaan, komunikasi, dan disiplin. Hubungan keluarga yang bercirikan kemarahan, tidak stabil emosi dan ketidakterimaan juga boleh menyebabkan tingkah laku merosakkan diri remaja itu sendiri.

3. Kurang Kemahiran Komunikasi Kanak-kanak yang membesar dalam keluarga yang bermasalah biasanya datang daripada sistem keluarga yang mempunyai kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi.

Kanak-kanak yang tidak diberi peluang dalam keluarga untuk berkomunikasi atau meluahkan perasaan biasanya akan menyimpan perasaan dan apabila tidak dapat dikawal atau dipikulnya akan membawa kepada ketegangan dan bebanan sehingga menjadikan tingkah laku yang kurang menyenangkan.

4. Pencapaian Akademik Kegagalan dalam mencapai keputusan akademik yang baik dan yang diharap boleh membawa kepada gejala bunuh diri.

Akibat ketakutan atau ketidakpuasan hati dan tekanan yang tinggi dengan keputusan telah banyak meragut nyawa kalangan remaja.

Sesetengah remaja yang sentiasa menjadi harapan keluarga atau sekolah tiba-tiba keputusan yang diperolehi tidak seperti yang diharapkan akan mengambil keputusan yang tidak matang dengan mengambil nyawa sendiri akibat gagal memenuhi harapan tinggi mereka.

5, Pandangan worldview Kesan daripada bunuh diri berkluster kadang-kadang membuatkan remaja meniru-meniru gejala ini seperti melihat di Internet atau filem yang merasionalkan tindakan dan keputusan ini.

Atau setengah kefahaman global seperti peperangan, keganasan, ancaman penyakit, jenayah dan kebuluran yang menimpa dunia boleh memberi kesan kepada pemikiran remaja dan dengan tidak dapat mengawal perasaan, kesedihan, kebencian maka kadang-kadang mereka mengambil keputusan sendiri dengan menamatkan riwayat mereka.

Ciri Psikologikal

1. Kemurungan Faktor kemurungan adalah penyumbang utama dalam gejala bunuh diri dan juga cubaan bunuh diri. Selain itu, remaja yang merasakan dirinya ‘tidak berguna’ juga merupakan penunjuk kepada gejala bunuh diri.

2. Impulsiviti dan suka kepada cabaran Impulsitiviti merupakan satu tindakan yang meluru dan mengikut gerak hati tanpa berfikir. Madang-kadang desakan dan cabaran dari rakan sebaya dan juga tertarik dengan cara gaya suka kepada cabaran telah menyumbang kepada bunuh diri.

3, Kesunyian Kesunyian dan kepinggiran juga antara yang boleh menyumbang kepada gejala bunuh diri kalangan remaja. Kebiasaan remaja ini tidak mempunyai ramai kawan dan suka menjauhkan diri dalam kontak sosial dan aktiviti.

Remaja ini mempunyai masalah bergaul sejak kecil lagi dan amat sensitif dan sekiranya mempunyai masalah dan tidak dapat mengawalnya maka ia boleh membawa kepada cetusan idea membunuh diri.

4.  Corak Pemikiran Berfikiran yang salah dan kepercayaan yang tidak rasional yang mempunyai kaitan dengan kemurungan dan penghargaan kendiri yang rendah boleh menyebabkan remaja bertindak mengambil nyawanya sendiri.

Sekiranya pemikiran yang salah ini dapat dibendung atau dibetulkan sejak awal lagi kemungkinan dapat membantu. Antara corak pemikiran yang biasa ada pada remaja yang ingin membunuh diri ádalah seperti:

Ketidakupayaan melihat pilihan dalam penyelesaian masalah, cara yang rigid dalam melihat dan bertindak menangani masalah, dan tidak berupaya melihat setiap masalah dan menganggap semua masalah sukar ditangani dan tiada jalan penyelesaian.

5. Salah Anggapan Terhadap Bunuh Dirii: Orang yang pernah mencuba bunuh diri akan sentiasa ingin membunuh diri

ii: Setelah krisis bunuh diri dapat diselesaikan remaja berkenaan sudah tidak dalam berisiko untuk membunuh diri

iii: Remaja yang bunuh diri akan meninggalkan nota

iv: Bunuh diri berlaku tanpa amaran

Remaja yang bercakap mengenai bunuh diri tidak akan melakukannya

v: Bunuh diri banyak berlaku di kalangan pendapatan rendah

vi: Remaja yang cuba membunuh diri adalah kurang siuman dan kemurungan

Tanda dan Amaran Bunuh DiriPerubahan Tingkah LakunMod yang tidak stabil

1. Perubahan dari gembira dan interaktif yang positif kepada menarik diri dan negatif

2, Kurang aktiviti atau mengabaikan hobi/kegemaran yang pada satu ketika dulu menjadi kesukaan

3, Perubahan pada corak tidur dan makan (kurang selera makan dan insomnia

4. Pengambilan dadah atau minuman keras

5. Mesej Lisan Hidup sudah tidak berguna lagi

a. Semua orang sudah tidak sayang pada dia

b. Saya sudah bosan dengan kehidupan ini

c. Saya berdoa cepat mati

d. Cuma satu cara sahaja untuk selesaikan masalah – Mati

e. Semua orang akan menyesal lepas aku dah tidak ada lagi

f. Saya dah tak lama lagi hidup

g. Bagaimana dengan kehidupan lepas mati?

KemurungannMengalami tekanan

Kesimpulan

Gejala bunuh diri yang banyak berlaku adalah akibat kesan persekitaran dan juga faktor psikologi remaja itu sendiri, bukannya daripada kaum dan agama lain. Ia berlaku pada remaja Islam kita sendiri.

Keluarga yang bermasalah banyak menyumbang kepada masalah ‘tidak menjadinya’ anak muda kita, selain kurang berkomunikasi dengan anak juga melebarkan lagi jurang kasih sayang dalam keluarga.

Didikan agama sentiasa diutamakan dalam membina akhlak dan sahsiah anak. Dengan itu ibu bapa perlu menunjukkan contoh akhlak yang baik kepada anak-anak

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,429 other followers

%d bloggers like this: