Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Pondok Bustanul ‘Arifin, Selangor

Posted by epondok di Ogos 27, 2010


Mula diasaskan pada 2003 oleh ustaz Hj. Ahmad Ansory b. Morshid. Pondok Bustanul Arifin terletak di Kg. Labohan Dagang, Banting selangor. Selepas dua tahun usaha mengasaskan pondok Bustanul Arifin berjalan, Pondok Bustanul Arifin berjaya memulakan sesi pengajiannya secara rasmi pada tanggal 27/8/2004 dengan mendapat pelajar seramai 3 orang dengan tenaga pengajarnya seorang. Kemudian daripada itu bilangan pelajar semakin bertambah dan beberapa orang guru juga ditambah bagi memenuhi keperluan pengajian.

Dalam pada itu juga penambahan pondok kediaman pelajar juga dibuat. Selepas 5 tahun dari tarikh pondok beroperasi, Pondok Bustanul Arifin telah mencapai perubahan yang baik dari sudut penerimaan pelajar, penambahan guru dan juga penambahbaikan dari sudut fasiliti pondok.

Jumlah pelajar yang belajar di Pondok Bustanul Arifin selepas 5 tahun pengoperasian ialah seramai 145 orang dan juga bilangan guru dan kakitangannya seramai 12 orang. Dari segi kemudahan penempatan Pondok Bustanul Arifin mempunyai 2 buah asrama, 18 buah pondok, 7 buah rumah dan pondok kakitangan, 3 buah kelas, sebuah dewan dan sebuah surau yang boleh menempatkan 200 jemaah.

Pengoperasian Pondok Bustanul Arifin pada asasnya tidak mendapat mana-mana bantuan secara tetap. Walaupun ada yuran dikenakan sebanyak RM150 sebulan, tetapi hanya sekitar ..% sahaja yang membayarnya secara konsisten. Selebihnya, ditanggung dari derma orang ramai yang kadang-kadang tidak berapa cukup.

About these ads

27 Respons to “Pondok Bustanul ‘Arifin, Selangor”

  1. khai said

    salam, boleh ker bagi alamat atau emel/no telefon pondok nih? spt bminaat pula nk hntr anak..

  2. Bahrin Sitam said

    Tuan boleh pergi ke Labohan Dagang, Banting. Sampai disana tanya kat org kampong, sure dia orang bagitau punya.

  3. anie said

    sy harap ad org yg sudi bg alamat untok sekolah pondok utk mak sy area selangor dgn negeri sembilan.kalau boley secepatnye.sy amat mengharapkan bantuan.terima kasih

  4. riduan said

    selain pondok bustanol arifin..di manakah lagi pondok yang setaraf sistem pengajarannya yakni sistem tarbiyah

  5. salam ustaz rindu la gn ustaz.lame dh x dgar pgajian ustaz ansor.

  6. Norliana said

    Ada ambik student pompuan tak?

    • Abu Irsyad said

      Untuk student muslimah /perempuan , sila ke Pondok Bustanul Arifat beralamat di Jalan Rajawali, Bt. 9 Kebun Baharu Telok Panglima Garang, Selangor.

  7. fadzilah said

    assalamualaiksum wrt, ,
    saya berhajat hendak menghantar anak saudara lelaki berumur 15 tahun sepenuh masa di pondok ini. bagaimana
    hendak mendaftar dan bila tarikh kemasukan tahun 2012

  8. hamidah anuar said

    assalamualaikum . saya nk anta ank saya berumur 21thn. beliau akn abis diploma pada bln 4 2012. ade beberapa bln seblm sambung buat degree jadi saya nk manfaat masa itu utk beliau mndlmi ilmuagama. sekiranya sek pondok ini tidk dpt trima sila beri alamat sek pondok yg lain. tkasih

  9. Liyana Razlin said

    Assalammualaikum. kalau saya mahu tinggal di situ selama sebulan iaitu pada bulan 4, boleh ke? kerana saya sekarang pelajar di semester akhir, harap membalasnya. Terima kasih. Assalammualaikum.

  10. Faridah Abu Bakar said

    assalamualaikum,

    Saya ingin daftarkan anak lelaki saya berumur 16 tahun, tahun depan untuk mendalami ilmu keagamaan di pondok tuan.Bagaimana caranya?

    Wassalam..

  11. zul said

    assalamualaikum ustaz….saya pelajar IPTA…dalam cuti sem ini boleh sy belajar ke pondok ustaz….? kalau boleh sy no tel untuk berkenaan lanjut

  12. amir said

    assalamualaikum uztaz. saya berumur 22 tahun, berminat nak masuk semasa bulan ramadhan nanti.

    wassalam..

  13. afz ahmad farhan zaidi said

    pondok bustanul arifin,
    lapis 3, jln haji amin,
    kg labohan dagang,
    42700 banting selangor

    no contact: 0193388239( ust ansory)

  14. faseha said

    assalamualaikum ustaz.. saya berumur 21thun… sdg mnunggu graduate bln 10.. boleh ke saye masok skolah ni ntok mendalami ilmu alquran sekarang?

    • salmah said

      assalamualaikum…sy pon mahu mendalami ilmu d pondok bustanul arifat…mohon saudari faseha untuk hubungi sy 0166226563

  15. ain said

    salam..boleh bagi contact no untuk pengajian bg pelajar muslimat di telok panglima garang? trima kasih.

  16. assalamualaikum .Uztaz saya menghantar anak sulung lelaki yg berusia 15 tahun suka ponteng sekolah dan malas solat.Harap sangat bantuan dari pihak Uztaz.

  17. siti nabilah bt abduram said

    asslm,sy student terganu..bleh tak nk mntk buat lawatan dekat pondok ust…
    syukran kathir

  18. aniza zakaria said

    assalamualikum,harap dapat membantu berapa usia yg plg muda untuk pendaftaran ke pondok ust ini?..sy berminat nk hantar ank2..

  19. abdul qayyum said

    assalamualaikum ustaz….di sekolah pondok ini ada menerima pelajar berumur 23 tahun…sy mahu mendalami agama islam dgn lebih mendalam lagi….jauh sangat sy dari jalan allah…..boleh sy berdaftar di sekolah pondok ini?.

  20. syed khairul said

    assalamualaikum….sy sedang mencari tpt untuk belajar agama terutamanya mendalami ak quran. Boleh k dapatkan lokasi.

    Terima kasih

    Khairul

  21. lieya said

    assalamualaikun
    saya seorang muslimat..
    saya nak tanya, jika saya mahu ikuti belajar di pondok, tetapi bukan secara bukan sepenuh masa, kerana masih belajar
    tp saya berminat utk ikuti pengajian/pembelajaran agama di pondok apabila ada kelapangan/semasa cuti ptghan semester.. boleh ke?

  22. izat said

    salam saya berumur 48 tahun masih lg mencari dan menimba ilmu al quran.mohon pihak tuan membantu.

  23. ainaa said

    Saya tringin y tramat sgt blaja d’pondok. Ada syarat kelayakkan x?? Hmm,…. Bustanul arifat, mcm mana nk masuk pondok tuu??

  24. eryn elias said

    Assalamualaikum.saya nak blaja disini. Bole trangkan ke yuran, sistem pmbelajaran smuanya.. syukran

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 16,354 other followers

%d bloggers like this: