Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Khasiat daun misai kucing

Posted by epondok di April 11, 2010


Oleh Ummu Waheedah

Nama pokok ini ialah Pokok misai kucing. Macam mana boleh diberikan nama tu mungkin dari bunganya yang banyak sesungut macam misai kucing. Nama saintifiknya ORthosiphon stamineus.Hidup subur di rumah saya ttp bila dialihkan dia mati.. jadi biarlah dia di situ. Selama hari ni saya buang shj daunnya bila merimbun, lepas ni bolehlah dikeringkan ttp rasanya saya tak boleh minum teh daun misai kucing sebab saya kurang gula dalam badan dan tekanan darah saya rendah.

Dikatakan pokok ini mempunyai ciri2 anti alahan, mengurangan tekanan darah, antiperadangan dan melawaskan air kencing.Ia juga boleh mengubati sakit buah pinggang yg belum sampai peringkat serius.Jika digunakan sebagai ubat batu karang resipinya adalah segenggam daun misai kucing,7 pokok dukung anak,10 helai daun ngokilo,10 hirisan temulawak dan 4 butir jagung muda. Rebus dgn 4 gelas air hingga mendidih. Minum air rebusan itu untuk satu hari.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

untuk mengurangkan penyakit kencing manis,jemur segenggam dun misai kucing. Bila kering rebus dengan 3 gelas air sehingga jadi segelas. Minum beberapa kali sehingga habis. Boleh juga kisar akar dan batang pokok misai kucing dengan sedikit air. Tapis dan campur dengan air suam dan minum perlahan2.

Bagi merawat darah tinggi pula ambil 2-3 helai daum misai kucing dan rendam dalam segelas air panas. Biarkan suam dan minum . Amalkan.

sumber:Majalah agromedia bil15.
dipetik dari blog saya http://bertanamlah.blogspot.com

About these ads

5 Respons to “Khasiat daun misai kucing”

  1. azlimee berkata

    mane boleh beli misai kucing ni

  2. ash berkata

    mak mertua saya ade penyakit kencing manis..saya nak tanya, air daun misai kucing ni boleh minum hari-hari tak.? coz ade kawan-kawan mak saya cakap tak bleh minum hari2, kena minum seminggu dua kali sahaja..sebabnya pokok misai kucing ni t’lampau hebat khasiatnya hingga kalo di ambil berlebihan akan memudaratkan…betul ke.?

  3. Nurul azira berkata

    salam nak tanya kalau dokter cakap ada masalah buah pinggang,boleh x kalau nk minum air teh misai kucing nie…dokter ada cakap jugak yang pesakit tak boleh minum air banyak..boleh bantu saya x?

  4. bali tour berkata

    Terima kasih atas informasinya
    artikel yang sangat bagus :)

    bagi kalian yang ingin berlibur ke Bali. Silahkan kunjungi situs kami di febri’s bali tour

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 11,271 other followers

%d bloggers like this: