Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Cara Tunai nazar atau bayar kaffarah

Posted by epondok di Oktober 30, 2009


MEMBERI makan kepada 10 orang miskin adalah antara kaffarah bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa tentang nazar yang telah dibuat. – Gambar hiasan

Soalan

Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah ditebus nazar seperti mana menebus sumpah, sama ada memberi

makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.

saya ingin bertanyakan beberapa soalan secara lebih terperinci mengenai perkara ini.

Saya pernah bernazar untuk lulus peperiksaan. Namun sehingga kini saya lupa nazar saya. Maka berpandukan kenyataan agar disedekahkan makan/pakaian kepada 10 orang miskin. Bagaimana kalau saya bersedekah kepada 10 anak yatim dalam bentuk pakaian? Bagaimana syarat untuk bersedekah baju itu dan bagaimana pula syarat untuk bersedekah makanan?

Jawapan

Nazar maksudnya, anda mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib. (Mughni muhtaj, jld:4,hlm:354).

Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama setahun. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah menjadi wajib.

Nas al-Quran yang bermaksud: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.(al-Haj:29). Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib. Manakala dalam surah yang Allah swt berfirman yang bermaksud: Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.(al-Insan: 7)

Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.

Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firmanya yang bermaksud: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.(al-Maidah:89).

Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti berikut:

1- Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.

2- Memberi pakaian kepada 10 orang miskin

3- Memerdekakan seorang hamba

4- Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

Adapun makan kepada sepuluh orang daripada makanan yang biasa kita makan atau makanan ruji sesebuah keluarga. Kebiasaannya memberi orang makan mestilah hidangannya sempurna, misalnya di negara kita sesuatu hidangan mesti dilengkapi dengan nasi, lauk dan sayur. Maksudnya hidangan yang lengkap dan mengenyangkan. Adapun cadangan saudara untuk memberi pakaian kepada 10 orang anak yatim adalah tidak tepat dan tidak terlepas dari menebus nazar. Ini kerana tidak semua anak yatim tergolong dalam golongan fakir miskin.

Dalam masa yang sama menjaga anak yatim dan kebajikan mereka tidak semestinya dengan bantuan tebusan nazar. Sebetulnya ialah saudara mencari 10 orang fakir miskin dan memberi mereka pakaian yang lengkap. Pakaian lengkap maksudnya seluar panjang dan baju, atau baju melayu sepasang atau baju melayu dengan kain pelekat. Kalau penerimanya perempuan maka hendaklah pakaian yang diberi itu boleh menutup aurat. Menebus nazar adalah tuntutan yang wajib ditunaikan, ia dikira ibadat kepada Allah SWT.

Justeru, setiap ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT mestilah ikhlas dan jujur. Apa sahaja amalan yang dilakukan mestilah dibuat dengan sebaik mungkin dengan harapan ia diterima Allah SWT, jangan melakukan sesuatu ibadat seperti ” melepaskan batuk di tangga”, natijahnya Allah SWT tidak akan terima.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang bernazar hendaklah menunaikan nazar mereka dan bagi mereka yang terlepas pandang atau terlupa maka hendaklah ditebus nazar itu dengan melakukan salah satu dari kaffarah yang dinyatakan dalam surah al-Maidah.

About these ads

10 Respons to “Cara Tunai nazar atau bayar kaffarah”

  1. Rizal said

    Assalammualaikum ustaz.saya nak tanya,berpuasa selama 3 hari itu adakah wajib berturut-turut seperti kaffarah zihar atau puasa ataupun boleh dilakukan secara terpisah?Terima Kasih.

  2. rosidah md.isa said

    assalammualaikum ustaz.saya pernah memberitahu seseorg apabila saya mendapat duit hasil jualan rumah saya, saya akan menunaikan umrah tetapi saya tidak menunaikankan umrah.ini berlaku lagi apabila saya menjual sebuah lagi rumah saya.adakah ini dikira nazar dan apakah kafarrah yg perlu saya bayar.adakah kafarah saya menjadi berganda kerana ia berlaku 2 kali.sebelum ini saya tidak berbuat apa2 kerana menyangka jika tidak sebut nazar ia tidak dikira nazar tetapi apabila membaca ruangan ini saya merasakan apa yang saya lafazkan adalah nazar.saya harap ustaz dpt memberikan bantuan agar saya merasa lebih tenang dan hilang rasa bersalah.

  3. izwan said

    a,salam ustaz,,,,saye ade bernazar akn puasa lbh 1 bln berturut2….saye tahu mungkin sesetengah org rasa x masuk akal….boleh ke saye batalkan nazar saye????

  4. akum… bagaimana saya ingin membayar kaffarah di pusat zakat negeri kerana saya telah bersetubuh pada bulan ramadhan

    • ahmad said

      assalamualikum….hukum bg bersetubuh di siang hari pd bulan ramadhan ialah kena membayar khafarah…..
      01.membebaskan seorang hamba.
      02.berpuasa 2 bulan berturut-turut (60 hari) tanpa putus…jikalau putus kena bermula kembali dikira dari satu hari.
      03.memberi makan sehingga kenyang 60 orang fakir miskin.dengan usaha sendiri memberi makan kepada fakir miskin bukan dengan melepaskan tangungjawab dengan memberi duit kepada badan-badan tertentu…senarai fakkir miskin boleh diminta dari pusat zakat setiap negeri.

      keutaman membayar khafarah mestilah bermula dari keutamaan sehingga yang dibolehkan…oleh kerana pada zaman sekarang dah tiada hamba untuk dimerdekakan,kena lah pergi pada hukum kedua..berpuasa selama 60 hari berturut-turut tanpa putus harinya….klu tidak dapat berpuasa atas dasar kesihatan tp kena mendapat kepastian dari doktor terlebih dahulu atau terlalu tua sehingga tidak mampu berpuasa barulah kukum berpindah kepada memberi makan kepada 60 orang miskin..sekiranya tiada halangan untuk berpuasa dan ingin memberi makan kepada 60 orang miskin..maka hukum khafarah tadi belum terbayar dan memberi makan itu hanya dikira sebagai sedekah..jadi berhati-hati dalam melaksanakannya…

      allahualam..

  5. siti said

    mau tanya ustad….dulu saya pernah brkata seperti ini,’jika saya gagal menikah dengan si dia,q akan memberi uang 3 juta,entah itu pada siapa.gmna nih hukumnya nadzar aku,kalo harus dibayar apa bisa dicicil

  6. almira abdul aziz said

    assalammualaikum ustad.. sya nak tanya.. . sejak sya akhil baligh, sya x penah m’gantikan puasa yg tlh pecah ketika puasa ramadhan. .. skrg sya b’umur 20 thn dan mnyedari bhwa sya x pnh pun ganti kn puasa sya. . sya nak tahu cm na cara nya tuk sya tebus puasa sya ne . .

  7. Lili said

    Assalamualaikum ustaz. Nazar kn bermksd mewajibkan diri u melakukan suatu ibadat. Tp jika bernazar u tidak melakukan suatu perbuatan tu lg, adakah ini dikira sebagai nazar?

  8. Ahmad said

    Assalamualaikum ustaz…saya tidak brapa faham dgn 4 kafarah trsebut…ada kafarah tu adalah untuk membatalkan nazar ataupun dikenakan kafarah akibat tidak mampu melakukan nazar trsbut….sebagai contoh “sya tlah brnazar akan brpuasa 1 hari setiap kali sya mnghisap sebatang rokok” untuk kes ni…adakah kafarah tu untuk membatalkan nazar sya iaitu sya tidak lagi trikat dgn nazar tu….ataupn sya kna byar kafarah setiap kali sya tdak mampu melaksanakn nazar trsbut…mohon pencerahan ya…terima kasih :)

  9. amira said

    asslmkn..
    pa ustad saya mau tanya saya berbuat kesalahan dengan suami saya di bulan ramadhan selama kurang lbh tiga hari.. karena saat itu kami baru menikah jadi kami hilaf. dan saya ingin menebus nya dengan membayar kafarah itu.. kiranya berapa ya dan apakah saya harus mengatakan kpd lembaga yg akan saya sumbangkan bahwa saya ingin membayar kafarah atau hanya di ucapkan di dlm hati. tolong beri saya penjelasan ttg hal ini. terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 16,052 other followers

%d bloggers like this: