Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

DIkirim oleh epondok di Oktober 22, 2009

 

GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.

 


 

ALI

 

MOSCOW – Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: “Allah ialah Pencipta segala yang ada.”.

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. – Agensi

5 Respons kepada “Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi”

  1. sesamaislam berkata

    assalamualaikum…

    Peringgatan demi peringgatan telah turun kebumi namun manusia tetap juga tidak mengendahkannya. Tunggulah masa dan ketikanya dikala itu untunglah kepada mereka-mereka yang mentaati perintahNya.

  2. Budak_Perak berkata

    Ingatlah, janji Allah itu benar..

    http://anaksiputeh.blogspot.com/
    http://mbrm.blogspot.com/

  3. Admin berkata

    sila masuk tgk info terbaru..

    http://ntvirus.wordpress.com/2009/10/25/kestabilan-politik-perak-perlu-dikembalikan/

  4. shafifah berkata

    [img]http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/10/ratib.jpg[/img] Rujuk

  5. nuriman berkata

    Subhanallah…….

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>