Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Syarat Kemasukan Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di September 24, 2009


Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru

 

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3.    Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Tuan Guru Hj Hashim Mudir madrasah atau pun timbalannya

4.    Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan

5.    Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )

6.    Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok

7.    Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa

 

Ø    Kelengkapan Bagi Pendaftaran

 

1.     Telah mendapat keizinan daripada pihak penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas

2.     Telah mempunyai tempat duduk samada kekal atau sementara sebelum mendaftar diri (sila rujuk ajk kawasan atau pelajar )

3.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 , yuran kecemasan RM 10.00 serta yuran bulanan sekurang-kurangnya  untuk setengah tahun sebanyak RM 25.00 (keseluruhan RM45.00)

4.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa

5.     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

6.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)

7.     Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri

About these ads

34 Respons to “Syarat Kemasukan Pondok Pasir Tumboh”

  1. Sulaiman Rahim said

    Salam,
    Saya ada anak yg sedang belajar di tahun 6 ( 2009 ). Saya ingin menghantar anak saya kesekolah pondok bila ia tamat tahun 6. Masalahnya anak saya tidak mahir al-quran, saya tinggal jauh ( negeri sembilan ). Adakah peluang anak saya belajar di sekolah ini tahun depan 2010 ketika umurnya menjangkau 13 tahun….Harap dapat jelaskan pertanyaan berserta nasihat yg sepatutnya. Saya tak mahu anak saya jadi seperti saya yg jahil quran dan ilmu islam….Terimakasih

  2. shaifull said

    Salam,

    Berapa umur yang paling minimum utk memasuki pondok? Bawah 12 tahun tak boleh masuk?
    Terima kasih.

  3. cubalah said

    encik boleh cuba pondok penang ala chalet yg baru dibuka .. ataupun boleh cuba pondok tampin , negeri sembilan

  4. hafizah said

    Assalamualaikum..

    ana seorang pelajar ipt..

    uhm..ana teringin untuk menghadiri pengajian sementara di pondok Pasir tumboh. tetapi, tak tahu sama ada dapat diterima masuk atau tidak? ada ke, pelajar muslimat di pondok pasir tumboh? nampak gambar muslimin sahaja.

    insya Allah ana tiada rekod jenayah atau ape2. niat utk belajar di pondok pasir tumboh hanya untuk mendalami ilmu agama dan xmahu ilmu agama ana setakat SPM sahaja.. lantaran ana adalah pelajar aliran sains,terasa ilmu agama kering dan kontang.

    harap dapat respons dari pihak pengurusan.

    syukran

  5. Aman Abdullah said

    Asalammualaikum…….

    Saya ingin bertanya kpd Ustz layak kah anak saya yang berumur 25 th untuk memasuki di pondok tuan.

    Terima kasih.

  6. z said

    ada tak kemasukan sekolah pondok pada bulan jun atau julai 09?

  7. hazlan said

    assalammualaikum,

    tumpang bertanya ustaz, berapa had umur maksimum utk mengikuti pengajian di pondok ini?
    saya berumur 25 thn dan bminat berlajar di sekolah pondok.

  8. musafir said

    salam..pondok pasir tumboh ni untuk lelaki saje ke?Pengambilan terbuka sepanjang tahun ke?an pelajar IPTA n berminat nak sertai sistem pendidikan pondok..moga dapat bantuan penerangan dr pihak pondk.trima kasih

  9. rokiah said

    salam.. saya pelajar ipt. Tapi saya amat berminat utk mendalami ilmu agama di sekolah pondok. Saya ada merancang, selepas tamat belajar, saya ingin mendalami ilmu agama di sekolah pondok pula. Saya benar-benar ingin mendalami ilmu agama. Tapi saya tidaklah pandai sgt ttg bab2 agama ini. Saya amat berharap agar ustaz dpt memberi komen.

  10. hafizin said

    mana nak daftar?boleh ke daftar ‘online’?ape lagi laman web tentang maklumat pondok pasir tumboh?wajib ade org yg mengawal muslimin 13-15 thn?daftar macam maner?

  11. hafizin said

    assalamualaikum,maaf tadi lupa nak bagi salam. blh tak kalau nk duk kat pondok pasir tumboh selama 1 minggu saje sebab nk kenal2 dulu,…..

  12. assalamalaikum ……

    saya sabahan..
    nk tnyer, sal kmasukan ke pondok ni..
    utk mslimat pn ade jg kan?
    sy ingt nk msuk mase sy cuti sem nnt.sbb dah lama nk timba ilmu2 agama y sy rasa kat pondok adalah tmpt y sesuai k tjuan in..
    tuk pngathuan phak tuan, sy plajar uia tp mnambil bdang bkn aliran agama.
    jika sy hndak masuk bulan december -february bole ke?

  13. nurul said

    Assalammualaikum??pondok pasir tumboh ok ka??ramai owg berminat..ble gtaw pa keistimewaan pondok nie..sya lepasan ipta..tp skang sya dpt tawaran dip syariat n undang2.Tp bkn dip y sya nak.sya nk belaja agama dunia akhirat n nak mendekatkan dri dgan tuhan.harap da owg y membantu.

  14. nurul said

    pening la..cmna nak call pondok nie??xda ka contact number ka pa..tolong la

  15. farhana94 said

    salam.. if takde spm,, leh masuk ke pondok nie..??? ana baru umo 16 taon..cam da tak berminat nk ambek spm.. ase nk mendalami ilmu agame.. baru2 nie amek tahfiz kt pondok annur,, kuantan.. tapi,, tak berminat ar kat situ.. sebab..takde pape laa.. pastu benti.. ingat nak smbg kt pasir tumboh laks.. arap2 ar ok kat pasir tumboh.. aminnn..

  16. ifazer said

    salam wbt

    ana nak bertanya,p0ndok ni ada utk muslimat ke?kalau yg berumur 20thn nak msuk b0leh ke?
    syarat msuk mst pandai baca Qur’an ke? ssb utk pengetahuan ustz ana ada s0rang shbt yg langsung tak tahu baca Qur’an tapi dia sangat berminat dlm agama dan ingin mendalami agama,shbt ana ni rajin menuntut ilmu agama tapi tak pandai baca Qur’an..b0lehkah msuk?

  17. nor said

    salam wbt

    ana ingi mencari madrasah tahfiz yang memakai purdah.
    selain itu ana sudah lepasan spm,boleh atau tidak jika ana masuk madrasah tahfiz tanpa keputusan spm…

  18. zaick said

    saya berumur 16 tahun ….saya ingin belajar di sekolah pondok..
    boleh kah saya masuk…saya tiada pengalaman…

  19. nurul faizatuljeny said

    salamualaikum..ana pelajar smka wataniah besut..nak bagi cadangan,mari kenalkan pasal pengajian pondok ini dekat sekolah ana..boleh ker hantar wakil pondok pelajar muslimah bagi memperkenalkan pondok ini..

  20. ehsan said

    sya ingin masuk sekolah pondok ttpi sya tingal di sabah cm mna sya maua berhubung di sana

  21. shabrun jamilah said

    assalamualaikum..saya nak bertanya madrasah ini boleh terima pelajar umur 16 tahun?saya harap tuan boleh membantu..terima kasih

  22. Prof.Qatune said

    assalamualaikum..minta sesiapa yang tahu tolong beritahu,sekolah pondok pasir tumbuh terima x muslimat/perempuan yang ingin menuntut di sana?
    bolehkah masuk ke sekolah pondok ini tanpa ada pengetahuan asas bahasa arab..terima kasih..

  23. saya said

    adakah pondok ini hanya untuk org2 muda belia? boleh ke warga emas yang memerlukan bimbingan masuk juga? cthnya warga emas yang tidak ada asas agama yang memerlukan bimbingan dari tok guru sebab anak2 dia telah cuba mengubah tetapi tidak berjaya. mungkin dengan bimbingan dari org luar, dia akan berasa segan dan mengikut cakap. harap tuan dapat beri jawapan kepada saya.
    sekian, terima kasih

  24. saiful said

    dimanakah sya blh mdptkan madrasah di sabah??sy bminat sgt nak belajar ilmu agama.

  25. Mr.cbe menolong.. said

    Salam..Ini link bgi sek pondok pasir tumbuh http://www.al-bakriah.com.my/
    Wallahu’alam

  26. Nurul Fareeza bt Md Nor said

    Bagaimana hendak mendapatkan kebenaran mudir?

  27. siti norshahira bt amat sahri said

    siti norshahira bt amat sahri..

    salam,sy nk msuk sekolah pondok pada thun dpan mcm mne yew cranye?

  28. suzana muhammad said

    Assalamualaikum.Saya 27thn,xpernah belajar di mana2 madrasah sebelum ni.Saya bru berhijrah.Dan ingin belajar di sekolah pondok.Adakah sy layak?

  29. anis ^_^ said

    assalamualaikum…
    bg muslimat…
    umur berapa paling minimum..???
    harap dpt beri jwapan scepat mngkin…
    syukran..

  30. atiqah sekeri said

    assalamualaikum perepmpuan di terima ke x…..?

  31. 0195636244

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,993 other followers

%d bloggers like this: