Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Arkib bagi Bulan September 2009

Pondok Mula sesi Pengajian Baru 4 Oktober ini

Posted by epondok di September 30, 2009

Kebanyakan pusat pengajian pondok terutama di Kelantan akan memulakan sesi pengajian baru 1430/1431H pada 15 Syawal bersamaan 4 Oktober ini. Pendaftaran terbuka sepanjang tahun kecuali waktu cuti seperti Aidil Adha, Maulidurrasul dan Ramadhan

Mana-mana yang berminat untuk memasuki pondok bolehlah menghubungi pihak pentadbiran pondok berdasarkan maklumat yang ada di laman blog ini. Cuma dimaklumkan bahawa banyak no telefon bagi pondok yang bukan ahli Pusat Pembangunan Pondok Berhad yang tidak dapat dikemaskini kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Dikirim dalam Pondok Malaysia | Leave a Comment »

Pondok Ahli PPPB

Posted by epondok di September 30, 2009

BIL

ALAMAT PONDOK

PENGETUA/MUDIR

TELEFON

 

1

Madrasah Diniah  Bakriah,

Pondok Pasir Tumboh,

16150 Kota Bharu

www.al-bakriah.com.my

Tuang Guru Hj Hashim Hj Abu Bakar

 

09-7657786 (P)

 012-9623806

Us Wan Qusyairi

2.

Madrasah Rahmaniah,

Pondok Lubuk Tapah,

17200 Lemal, Pasir Mas

Ustaz Hj Lukman b Hj Abdullah

 

09-7905672 (P)

3.

Madrasah Muhammadiah,

Pondok Sungai Durian,

18000 Kuala Krai

 

http://www.pondoksgdurian.com/

 

 

 

Dr Hj Abdul Basit Hj Abdul Rahman

09-9667071(P)

019-9569101

Ustaz Yahya

4.

Madrasah Yusufiah,

Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas

 

Tuan Guru Hj Awang Yusuf

09-7972433

014-8430506

Tuan Guru Hj Awang Yusuf

5.

Madrasah Ar-Rahmaniah,

Pondok Neting,

Kg Neting, Tumpat

 

 

Ustaz Muslim b Zakaria

 

019-9262256

Ustaz Muslim

 

6.

Madrasah Dakwah Islamiah,

Pondok Seri Permai Seligi,

Kg Permatang Sungkai,

16800 Pasir Puteh

 

Tuan Guru Abdul Hamid Daud

012-9528801

013-9583824

Ustaz Arfan

7.

Madrasah Fununiah Tunjuniah,

KM 7 Jln Kuala Krai, 16010 Mulong, Kota Bharu

 

Ustaz Hj Mohd Ghani Ismail

09-7126708 (P)

09-7124313

Ustaz Hj Abd Ghani

8.

Pondok Berangan,

Kampung Berangan, 16200 Tumpat

 

Tuan Guru Hj Muhammad Hj Ali

09-7256052

Tuan Guru Hj Muhamad

9.

Madrasah Muhammadiah,

Pondok Beta Hilir, Kg Beta Hilir, 15150 Kota Bharu

 

Ustaz Hj Mohd Jalaludin as-Sayuti Hj Muhammad

012-9845040

Ustaz sayuti

019-9060874

Ustaz Nazri

10.

Madrasah Darul Muttaqin,

Pondok Lepan Bola, Lawang, Batu Gajah, 17510 Tanah Merah

 

Ustaz Hj Tuan Mahmud Tuan Soh

09-9570923

013-9817321

Ustaz Nuh

11.

Madrasah Darul Ilmi,

Pondok Bukit Gading,

17500 Tanah Merah

 

Ustaz Hj  Muhammad  Awang

019-9272388

Ustaz Hj Alias

12.

Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh

 

Ustaz Wan Rosli b Ibrahim

019-9481330

Ustaz Rosli

13.

Madrasah An-Najmiah,

Pondok Geting, Kg Geting, 16200 Tumpat

 

Tuan Guru Hj Abdullah Sa’amah

019-9095839

Ustaz Rosli

14

Madrasah Diauddin

Pondok Gual Dalam,

D/A Petis Surat No 7 Banggol Kulim,   Lubok Setol, 17200 Rantau Panjang

Ustaz Hj Abdullah Zawawi

019-9537489

Ustaz Asyek

Dikirim dalam Pengenalan PPPB, Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia | Leave a Comment »

Pondok Kelantan Bukan Ahli PPPB

Posted by epondok di September 30, 2009

Bil

Nama Pondok

1

Pusat Pengajian Pondok,

Kg Telong ,Kandis, Bachok

( Bawah kelolaan YIK)

Tel. 09-7789161

Syeikh : Ustaz Mahsor

2

Pondok Banggol Stol,

Kg Banggol Stol, 17070 Pasir Mas, Kelantan

( Pelajar sekolah & orang tua )

Tel. 09-7911303

3

Madrasah Nasrullah,

Pohon Buloh, 17000 Pasir Mas (Pusat Tarbiah)

Tel. 09-7909001

4

Pondok Kuin Pasir,

Jelawat, Bachok

Tel. 09-7782440

Ustaz Zulkifli

5

Pondok Haji Yaakub Samba,

Lot 1383 Kg Cherang Tuli, Mukim Padang Pak Amat,

16800 Pasir Puteh, Kelantan

Ustaz Hj Abdul Rahman b Draman

019-9137072

(Pelajar bujang, Kelamin dan Orang tua)

www.pondokcherangtuli.blogspot.com

6

Madrasah Daril-Nnaim,

Kampong Kubang Bongor, 16400 Melor, Kota Bharu

( Kelamin dan Tahfiz)

Tel. 09-7912839

7

Madrasah Diniah Yusufiah, Pondok Jaba, Jeli

( Pelajar Sekolah dan orang tua)

Tel. 09-7941515

Ustaz Hj Muhammad

8

Pondok Mahiliah, Kg Tebing, Pengkalan Kubor,16200 Tumpat, Kelantan

( Pelajar Sekolah)

9

Pondok Mahligai, Melor

(Pelajar sekolah dan orang tua)

10

Pondok Panglima Bayu

Tanah Merah

11

Pondok Darul Hanan, Tumpat

(seliaan Dato’ Dasuki Ahmad)

(orang tua)

12

Pondok Kampung Jal

Tumpat

13

Pondok Lati, Pasir Mas

( orang tua)

14

Pondok RPT Mengkebang,

Kuala Krai ( Ustaz Ibrahim Mahmud)

(pemulihan dadah)

15

Pondok Hidayah, Machang

16

Madrasah Tarbiah Atfal,

Pondok Talak, Cabang Empat Talak, 16210 Tumpat

17

Pondok Hj Ali, Tok Uban

18

Pondok Panchor

Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

19

Pondok Sungai Keladi,

Pasir Mas

20

Pondok Tuan Guru Hj Ismail,

Kubang Gadong, Jenereh, Pasir Mas

21

Pondok Hj Hasan, Lemal ( dekat masjid Lemal)

22

Pondok Becah Salak, Kuala Krai ( Tahfiz )

23.

Pondok Padang Bongor, Tanah Merah (Tahfiz )

Ustaz Rusydi

24

Pondok Ihya’ al-Ulum

D/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Jalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan

Ustaz Subki : 019-9394185 / 09-7905477

Dikirim dalam Pondok Malaysia | 1 Komen »

Syarat Kemasukan Pondok Beta Hilir

Posted by epondok di September 24, 2009

*      PELAJAR

 

 

a.       Lelaki sahaja

b.      Berumur 12 tahun ke atas

c.       Bayaran pendaftaran sebanyak RM 30.00

d.      Yuran bulanan sebanyak RM 8.00

e.       Bayaran pendaftaran RM 100.00 termasuk dengan yuran bulanan dan makanan (Pelajar Tahfiz).

f.       Pelajar yang mendaftar hendaklah mengisi Borang Pengakuan/ Perjanjian Pelajar dan penjaga. (lihat Lampiran)

g.      Pandai menguruskan diri sendiri ( mencuci pakaian dan memasak)

h.      Sanggup mematuhi undang-undang yang ditetapkan

                                                           

 

*     

 

 

 

 

WARGA TUA

 

a.       Bayaran pendaftaran sebanyak RM 30.00

b.      Yuran bulanan sebanyak RM 10.00

c.       Pandai menguruskan diri sendiri ( mencuci pakaian dan memasak)

Sanggup mematuhi undang-undang yang ditetapkan

 

 

Dikirim dalam Pondok Beta Hilir | 4 Komen »

Syarat Kemasukan Pondok Lubuk Tapah

Posted by epondok di September 24, 2009

Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru

 

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3.    Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada pihak Mudir madrasah

4.    Terbuka kepada semua lapisan pelajar berumur 13 ke atas

5.    Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa

6.    Penerimaan pelajar adalah berdasarkan penilaian dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pondok

7.    Pendaftaran terbuka sepanjang tahun kecuali pada hari Jumaat dan cuti tahunan pondok (15 Sya’aban hingga 15 Syawal dan cuti hari raya sorban )

 

 

Yuran Pendaftaran

 

a.    Yuran kemasukan sebanyak RM 125 (termasuk kitab dan baju pondok)

b.    Yuran bulanan sebanyak RM 15

 

# Kadar yuran ini tertakluk kepada perubahan yang akan diberitahu dari masa ke semasa

 

 

Pejabat : 09-7905672

Dikirim dalam Pondok Lubuk Tapah | 11 Komen »

Syarat Kemasukan Pondok Sungai Durian

Posted by epondok di September 24, 2009

MURID-MURID DAN SYARAT KEMASUKAN

 

 

 

Bertolak dari situlah jumlah pelajar mula menurun dari 800 ke 400 lebih pada akhir tahun 1989. Pada awal 1990 jumlah pelajar hampir 300, angka ini dapat dipertahankan hingga awal tahun 2000,di mana pada ketika itu bilangan pelajar telah menurun ke angka 250 sehingga tahun 2002. Pada tahun 2002 hingga 2004, bilangan pelajar hanya 200 orang. Dari statistik terbaru, jumlah pelajarnya ialah 270 orang, terdiri dari pelajar lelaki 200 dan pelajar perempuan 70 orang. Selain itu, jumlah kelamin dan warga emas lebih kurang 300 orang

 

Pelajar-pelajar datang dari segenap pelosok negara seperti Terengganu, Kedah, Johor,Selangor, Perak, Kuala Lumpur,Melaka dan negara jiran seperti Thailand. Malah Pondok Sungai Durian juga telah menerima pelajar dari dari negara Singapura dan Kemboja. Kesemua pelajar diwajibkan tinggal di asrama yang telah disediakan oleh pihak pentadbir ataupun pondok-pondok yang  telah didirikan bagi memudahkan bagi mengikuti jadual yang telah disusun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  SYARAT KEMASUKAN

 

 

 

Walau bagaimanapun pihak pentadbir telah menetapkan bahawa setiap pelajar yang ingin memasuki Pondok Sungai Durian ini diuji terlebih dahulu sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Aspek yang ditekankan dalam ujian tersebut ialah kemampuan menguasai al-Quran dan tulisan jawi. Setelah berjaya dalam ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan di peringkat yang  sesuai dengan kemampuan yang ditunjukkan.

 

        Hasil penelitian yang dibuat, pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sini terbahagi kepada dua katagori utama. Katagori pertama terdiri daripada pelajar-pelajar yang dapat menguasai bahasa Arab dan pernah mendapat pendidikan sekolah agama. Manakala katagori kedua pula ialah pelajar-pelajar yang tidak boleh menguasai bahas Arab dan tidak mempunyai asas mengenainya. Pihak pentadbir telah mengambil inisiatif dengan menwujudkan kelas peralihan  (al-Intiqaliyyah) bagi pelajar yang baru. Setelah itu diadakan ujian pencapaian untuk menentukan tahap kebolehan pelajar berkenaan

 

 

 

 

Kini pihak Madrasah mengadakan syarat-syarat khusus bagi setiap pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian di Pondok Sungai Durian. Kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti pengajian di sini ialah sekurang-kuragnya tamat sekolah rendah ataupun sekadar boleh membaca dan menulis dan berumur tidak melebihi 18 tahun ke atas, sekiranya melebihi 18 tahun ke atas akan diterima dengan syarat yang khusus  dan pihak Madrasah akan memantau dalam tempoh dua minggu, sekiranya tidak meragukan pihak Madrasah akan menerimanya sebaagi pelajar rasmi.Apa yang pentingnya ialah kesungguhan pelajar untuk mendalami ilmu dan sanggup mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Pondok Sungai Durian.

 

Pondok Sunga Durian mempunyai pelajar yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Pada peringkat awal penubuhan hanya seramai 40 orang. Pada tahun 1988 jumlah pelajar menjangkau angka 800 orang, Setelah Tuan Guru meninggal dunia ianya diambil alih oleh adiknya Haji Ismail.Pada ketika itu Pondok Sungai Durian menghadapi beberapa masalah, yang paling ketara pelajar-pelajar mula berhijrah ke tempat lain, sebahagiannya ke Lubuk Tapah Pasir Mas dan sebahagian lagi ke Pondok Pasir Tumbuh  dengan alasan bahawa di sana masih ada Tuan Guru yang berwibawa.

Dikirim dalam Pondok Sungai Durian | 25 Komen »

Syarat Kemasukan Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di September 24, 2009

Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru

 

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3.    Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Tuan Guru Hj Hashim Mudir madrasah atau pun timbalannya

4.    Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan

5.    Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )

6.    Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok

7.    Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa

 

Ø    Kelengkapan Bagi Pendaftaran

 

1.     Telah mendapat keizinan daripada pihak penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas

2.     Telah mempunyai tempat duduk samada kekal atau sementara sebelum mendaftar diri (sila rujuk ajk kawasan atau pelajar )

3.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 , yuran kecemasan RM 10.00 serta yuran bulanan sekurang-kurangnya  untuk setengah tahun sebanyak RM 25.00 (keseluruhan RM45.00)

4.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa

5.     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

6.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)

7.     Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri

Dikirim dalam Pondok Pasir Tumboh | 34 Komen »

Hukuman sebat, apa agenda SIS? – Teras

Posted by epondok di September 20, 2009

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Tindakan Sisters in Islam (SIS) menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan untuk semakan dan menangguhkan pelaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi dianggap sebagai satu agenda untuk menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini.

Menurut Presiden Teras,Mohd Azmi Abdul Hamid tindakan SIS adalah bersifat anti hukum syariah dan wajar dibantah dengan keras.

“Teras membantah keras niat SIS untuk terus bersikap anti hukum syariah. Pelaksanaan hukuman jenayah syariah adalah sah dan jelas termaktub dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh kerana itu tidak ada hak untuk SIS cuba menyekat pelaksanaannya hanya kerana ia dikatakan sedang didebatkan di peringkat masyarakat terbuka dalam negara dan luar negara,”jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, Teras mempersoalkan atas hak apa SIS beria-ia mahu menyekat pelaksanaan hukuman syariah di negara ini.

Dakwa Azmi,pemikiran Barat yang berlandaskan faham liberal dan melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang menjadi latar belakang fikiran SIS.

“Oleh itu tindakan pihak SIS untuk mengheret perdebatan kes Kartika kepada Mahkamah Tinggi Syariah hanya bertujuan untuk mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah.

“Teras dengan ini mengesa supaya pihak kerajaan tindak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak. Undang-undang yang jelas diluluskan melalui perundangan negeri hendaklah dilaksanakan tanpa sebarang kekhuatiran.

“Walaupun enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang ada kini tidak seluruhnya menepati kehendak syariat Islam yang sebenar , namun bidangkuasa dan wibawa Jabatan Agama Islam dan mahkamah Syariah hendaklahlah dipertahankan,”tegasnya. – mks._

Dikirim dalam Fokus Isu | Leave a Comment »

Hiasi Aidilfitri Dengan Ibadat Hindari Maksiat

Posted by epondok di September 19, 2009

Oleh Idris Musa

1 Syawal bakal bertamu menggantikan Ramadan yang melabuhkan tirainya sehari dua lagi, sekali gus mengisytiharkan hari kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan berpantang daripada makan minum dan kehendak nafsu.

 

1 Syawal bakal bertamu menggantikan Ramadan yang melabuhkan tirainya sehari dua lagi, sekali gus mengisytiharkan hari kemenangan bagi umat Islam selepas sebulan berpantang daripada makan minum dan kehendak nafsu.

Hari kebesaran itu disyariatkan Allah kepada umat Islam untuk merayakannya dengan penuh kesyukuran.
Bagi masyarakat kita, hari raya itu digelar Aidilfitri atau Hari Raya Puasa. Dalam istilah Arab ‘Idulfitri’ iaitu rangkai kata ‘id dan al-fitr. Kata ‘id’ (hari raya) berasal daripada perkataan ‘aud’ ertinya yang berulang-ulang, iaitu peristiwa berulang pada setiap tahun membawa rahmat dan menggembirakan umat Islam, manakala ‘fitr’ bermakna fitrah atau semula jadi.

Semuanya termasuk bukan Islam bergembira kerana dapat menyambut hari raya, malah sebelum ketibaannya sudah ada yang bersiap sedia dalam segala aspek, tidak sabar menanti fajar heningnya menyinsing.

Dalam Islam cara untuk menyambut 1 Syawal juga diterangkan dengan menyeluruh sebagai panduan kepada umatnya, seperti menghiasinya dengan takbir (ucapan membesarkan Allah) dan tahmid (memuji Allah) sebagai menandakan kesyukuran.

Satu hadis, daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w, bersabda, maksudnya: “Hiasilah hariraya kamu dengan takbir.” (Riwayat Tabrani)

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumiddin, berkata takbir itu dimulai pada malam hari raya puasa sampai waktu mengerjakan solat.

Malam raya adalah antara malam yang diberkati. Daripada Abu Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: “Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (Riwayat Ibn Majah)

Doa pada malam raya diperkenankan, sebagaimana jelas Imam Syafie dalam kitab Al-Umm: “Dinyatakan kepada kami, doa sangat mustajab pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaban.”

Pada hari yang mulia itu Nabi s.a.w dan sahabat bertakbir, malah bersolat hari raya secara berjemaah.

Menurut sebuah hadis (riwayat Nafi’ dari Abdullah), Rasulullah s.a.w biasanya keluar pada pagi kedua-dua hari raya bersama-sama sahabat baginda sambil bertakbir beramai-ramai sepanjang perjalanan sehingga sampai ke tempat solat.

Di antara sahabat baginda yang turut serta ialah Saidina Ali, Abdullah bin Abbas, Zaid bin Harithah dan kedua-dua cucu baginda, Saidina Hasan dan Hussain r.a.

Begitulah caranya yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang menyambut hari raya sebagai ibadat. Tetapi yang mengikut adat, warna sambutannya sungguh berlainan sekali kerana yag penting ialah asalkan ‘beraya sakan’.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin, berkata beliau mengakui trend beraya sekarang ini lebih mirip kepada trend jahiliyah tanpa panduan ilmu.

Menurutnya, apabila ramai orang jahil, mereka memperlakukan sesuatu itu mengikut selera bahkan tiba saja Syawal diri merasakan sudah bebas daripada disiplin sebulan Ramadan.

“Bagi orang seperti ini dia berasakan puasa adalah sebulan, jadi raya juga sebulan dan kerana itu mereka beraya sakan,” katanya.

Jika mengikut ibadat, pada hari raya, umat Islam dianjurkan saling mengucapkan selamat dan tahniah kerana dapat menyempurnakan ibadat puasa pada Ramadan, berbaik sangka dan tidak keberatan memaafkan segala salah dan silap.

Seorang tabi’in, Jubair bin Nufair berkata: “Apabila sahabat Rasulullah bertemu pada hari raya, mereka mengucapkan tahniah di antara satu sama lain. Ucapan mereka bermaksud, mudah-mudahan Allah menerima daripada kami dan menerimanya daripada anda.”

Umat Islam digalakkan ziarah kerana dengan cara itu dapat mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan persaudaraan manakala bagi tuan rumah perlu bersikap rendah diri menerima tamu, menghormati dan melayan mereka sebaik mungkin.

Rasulullah bersabda, bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghubungkan silaturahim. Sesiapa beriman kepada Allah serta hari akhirat hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik, jika tidak hendaklah dia diam.”

Zamihan berkata, tidaklah salah untuk bergembira, berhias dan berbelanja pada hari raya, sesuai dengan hari kebesaran dan kemenangan, cuma bairlah ia secara sederhana.

“Sesiapa boleh berbelanja untuk menyambut raya, tetapi ukurlah kemampuan diri dan jangan sampai berhutang sehingga hari raya yang dinanti menjadikan suatu beban pula.

“Berbelanja jangan sekali-kali mengikut nafsu, kerana buruk akibatnya manakala peniaga mulalah ambil kesempatan dengan pelbagai bentuk jualan murah,” katanya, menasihati masyarakat Islam.

Katanya, trend apabila hari raya semuanya mesti baru, bermula daripada aksesori pakaian sehinggalah kain langsir dan perabot yang baru juga sewajarnya dihentikan kerana merugikan sahaja.

“Baju baru itu sunat sahaja. Yang penting bersih dan kebersihanlah yang dianjurkan Nabi s.a.w.

“Demikian juga warna putih dan hijau adalah sunat dan jika tiada tidak mengapa, boleh beraya dengan gembira, tidak perlu bersedih dan rendah diri kerana yang penting bersih.

“Tetapi bagi orang yang beraya mengikut adat, tiada baju baru dan perabot baru seperti tiada makna raya baginya, malah berasa malu pula kerana pengaruh material dan tiada ilmu.

“Sedangkan pada zaman Nabi s.a.w dan sahabat, mereka tidak memandang material iaitu harta benda, namun mereka kaya dengan hati dan spritual.

“Contohnya Saidina Ali, pada pagi raya menangis kerana insaf dan bersyukur, tetapi kita bermegah-megah dengan harta benda baru pula, manakala spritual kita begitu sempit dan miskin.”

Menyambut raya sebagai ibadat bukanlah bermaksud bersolat dan berzikir sepanjang hari, seolah-olah Islam menutup rapat pintu untuk berhibur. Sesiapapun boleh bergembira dan berhibur pada hari raya asalkan tidak terkeluar dari batas syariat. Ini kerana Nabi s.a.w juga bergembira sebagaimana yang diperlihatkan kepada umatnya mengenai perilaku dirinya pada hari raya, seperti sebuah hadis diriwayatkan Aisyah, bermaksud:

“Rasulullah masuk kepadaku dan di sisiku ada dua anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu’ats (lagu Arab). Lalu baginda baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya.

“Kemudian Abu Bakar as-Siddiq masuk, lalu beliau mengherdikku dan berkata, seruling syaitan di sisi Nabi Muhammad.

“Rasulullah s.a.w menghadap Abu Bakar, kemudian berkata, `biarkan mereka berdua.” Mengikut hadis riwayat Hisham, baginda menambah: “Wahai Abu Bakar, setiap kaum ada hari rayanya dan hari ini adalah hari raya kita.”

Dikirim dalam Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Larangan lantik munafik sebagai pembantu

Posted by epondok di September 19, 2009

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.” Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka, dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa yang mereka lakukan. (ali-‘Imran: 118-120)

Sheikh Sya’rawi berkata : Selepas Allah menjelaskan betapa Dia tidak menzalimi seseorang tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri kerana menafkah pada tempat yang tidak diterima melainkan gugurlah segala amalan mereka. Itulah keadilan Allah seterusnya Allah berfirman.

Sebab Nuzul ayat ke-118

Ibn Abbas dan Mujahid berkata: “Ayat ini diturunkan kepada kaum yang beriman, berbaik dengan munafik dan Yahudi keran hubungan kerabat, rakan, jiran, susuan, dan perjanjian. Lantas mereka dilarang daripada mengambil golongan tersebut sebagai penasihat”.

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Kathir berkata: “Allah dengan tegas melarang hamba-Nya yang beriman daripada menjadikan golongan munafik sebagai penasihat dan pembantu setia mereka.

ii. Al-Qadhi Abu Ya’la berkata: “Ayat ini menjadi dalil tidak harus meminta tolong dengan ahli Zimmah dalam urusan orang Islam”.

iii. Al-Maraghi berkata: “Kebiasaan ini diikuti pula oleh pemerintahan Abbasiah dan raja-raja Islam lain dari aspek pemakaian beberapa tenaga dalam menjalani urusan pemerintahan sama ada dilantik daripada kalangan Yahudi mahupun Nasrani.

“Situasi ini berjalan sampai sekarang. Sebahagian besar duta besar kerajaan Uthmani dan konsul-konsulnya adalah terdiri daripada orang Nasrani”.

Firman-Nya: Mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Kalimat ini bukanlah dapat memberi penjelasan yang konkrit. Kerana itu, ia mengandungi perintah untuk mencari bukti-bukti yang lebih nyata dan jelas pada sikap tingkah laku mereka. Itulah agaknya yang menjadi sebab sehingga ayat ini diakhiri dengan jika kamu berakal, bukan bila kamu mengetahui atau memahami. Dalam hal ini, kaum muslimin diperintahkan menggunakan akal dan fikiran untuk menimbang dan menganalisis sikap dan tingkah laku penentang-penentang Islam.

iv. Hamka berkata: “Kalimat ini ialah bhitanah, bermaksud kawan rapat atau sahabat karib. Ayat ini melarang orang mukmin berteman dengan orang yang bukan dari golongan mereka sendiri. “Mereka sangka orang lain akan jujur sepertinya tetapi itulah musuh yang paling jahat dan kejam kerana mereka tidak pernah reda dengan umat Nabi Muhammad SAW”.

Sebab Nuzul ayat ke-119

Ibn Abbas berkata: “Kebanyakan orang Ansar menjalin hubungan dengan orang Yahudi. Apabila mereka memeluk Islam, Yahudi begitu marah terhadap mereka lantas turunnya ayat ini”.

Iktibar dan fiqh ayat

i. Berkenaan kasih sayang orang beriman terhadap mereka mempunyai empat pandangan:

– Cenderung kepada mereka secara tabiat seperti hubungan kerabat dan lain-lain. Inilah pendapat Ibn Abbas.

– Dengan makna rahmat. Apa yang mereka lakukan maksiat akan dibalas dengan azab. Inilah pendapat al-Qatadah.

– Orang munafikin menzahirkan iman kerana orang munafikin menzahirkan iman. Inilah riwayat Abu al-‘Aliyah.

– Harapan supaya mereka memeluk Islam. Inilah pendapat al-Mufaddhal dan al-Zajjaj.

ii. Al-Maraghi berkata: “Perasaan yang ditonjolkan oleh orang mukmin kepada golongan kafir dan begitulah perwatakan mereka merupakan bukti yang paling jelas bahawa Islam ini adalah agama rahmat dan bersikap toleransi, dan tidak mungkin lagi ada agama lain yang dapat memiliki sikap yang lebih baik daripada ini”.

iii. Muhammad Quraish Shihab berkata: “Penutup ayat ini sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati, dapat difahami sebagai bahagian yang diperintahkan untuk diucapkan sebagaimana dikemukakan di atas.

“Ia juga dapat difahami dalam erti huraian yang tersendiri. Jika demikian, ia adalah informasi kepada mereka dan juga kepada umat Islam bahawa kebencian dan kedengkian mereka itu diketahui Allah.

“Informasi ini penting, kerana mereka menyembunyikan daripada semua pihak termasuk kaum muslimin yang masih menjalin hubungan kasih sayang dengan lawan-lawan itu”.

iv. Hamka berkata: “Kamu belas kasihan kepada mereka dan mengharap ia mendapat petunjuk agar dapat merasakan nikmat hidup beragama tetapi mereka tidak menyambut seruan dan kasih sayang kita”.

Iktibar dan fiqh ayat ke-120

i. Al-Alusi berkata: “Sebahagian ahli tahqiq berpendapat lebih elok dan utama dikatakan ia menjadi dalil atas melampaunya mereka dalam kegembiraan dan dukacita”.

ii. Al-Maraghi berkata: “Ayat ini memberikan pengajaran kepada kaum mukmin dari aspek pergaulan dengan pihak musuh.

“Sesungguhnya Allah SWT telah menyuruh orang beriman agar bersabar menghadapi api permusuhan dengan golongan kafir yang dilitupi dengan perasaan benci kepada mereka dan sentiasa berhati-hati terhadap rancangan jahat mereka.

“Dalam hal ini orang mukmin tidak disuruh membalas kejahatan dengan kejahatan yang sama. Sudah menjadi kebiasaan bagi al-Quran menyuruh mereka melakukan perbuatan yang membawa ke arah kecintaan dan kebaikan dan melawan kejahatan dengan kebaikan.

“Ayat ini masih melanjutkan huraian tentang orang-orang yang tidak wajar diangkat menjadi teman dan tempat untuk menyimpan rahsia atau diserahi urusan-urusan kaum muslimin yang menentukan masa depan Islam dan penganutnya.

“Mereka itu di samping sifat-sifatnya yang disebutkan pada ayat-ayat yang lalu jika kamu disentuh, yakni mendapatkan walau sedikit kebaikan seperti nikmat kesihatan, keuntungan material, kemenangan nescaya mereka bersedih hati akibat sentuhan yang sedikit itu, tetapi jika kamu ditimpa bencana yang besar barulah mereka bergembira kerananya.

iii. Hamka berkata: “Tidur mereka sudah tidak tenang lagi, makanpun tidak rasa nikmatnya lagi. Mereka sendiri yang meracuni jiwa mereka dengan rasa benci dan dendam itu. Mereka tidak senang dengan kesenangan orang lain.

“Mereka mempunyai hati yang busuk kerana mendengki dan menyebabkan kesusahan kepada orang lain. Perbuatan mereka sungguh aib dan dimurkai Allah SWT”.

Semoga umat Islam sentiasa mendapat keredaan Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Amin.

Dikirim dalam Fokus Isu | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,322 other followers