Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

ICG cuba bangkitkan sentimen anti-Islam

Posted by epondok di Jun 25, 2009


Izwan Abdul Halim |izwan@harakah.net.my
Thu | Jun 25, 09 | 10:27:45 am MYT
ALOR SETAR, 25 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyifatkan laporan yang dikeluarkan International Crisis Group (ICG) bertajuk “Merekrut Militan Di Selatan Thai” sebagai satu bentuk tuduhan berniat jahat (mala fide) dan cubaan membangkitkan semula sentimen anti-Islam atau ‘Islamophobia’.Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, ICG yang beribu pejabat di Brussels, Belgium dalam laporan terkininya mendakwa sekolah pondok telah menjadi tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan pemisah menggunakan mereka untuk merekrut dan melatih remaja Muslim.Menurut beliau, laporan itu turut menyebut, pengrekrutan melibatkan latihan ketenteraan, perang saraf psikologikal, pengintipan dan sabotaj melibatkan antara 1,800 hingga 3,000 pejuang daripada lebih 100,000 pelajar pondok.

Malah laporan itu juga katanya, mendakwa kegagalan pasukan keselamatan disebabkan penyalahgunaan kuasa terhadap usaha menangani keganasan di Selatan Thai.

“Kita mempersoalkan keabsahan laporan ini kerana jika benar, mana mungkin perkara berkaitan militan yang menjadi perhatian seluruh dunia sejak tragedi 11 September 2001 semudah itu berlaku tanpa ditangani. Biar bagaimana sekalipun penyalahguanaan kuasa berlaku di pihak pasukan keselamatan seperti didakwa laporan itu, mustahil perkara ini dipandang enteng.

“Kita percaya laporan ini adalah tuduhan ‘mala fide’ dan mempersoalkan laporan ini kerana dikeluarkan tatkala Selatan Thai kembali diselubungi tragedi. Kita merasa amat khuatir ini sebagai permulaan kepada cubaan membangkitkan semula sentimen anti-Islam atau ‘Islamophobia’ yang pernah berlaku selepas tragedi 11 September 2001 dahulu,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Tegas Ahmad, institusi pendidikan Islam di seluruh dunia sama ada dipanggil sekolah, madrasah, pondok mahupun universiti sentiasa membawa ‘mesej’ keamanan untuk sejagat dan tidak pernah menganjurkan kepada sebarang bentuk keganasan.

“Oleh itu kita amat berharap semua pihak menjaga keharmonian sesama kita dan tidak membuat andaian atau bersikap menuding jari. Cukuplah kita mengambil pengajaran bahawa realitinya, sebarang krisis berlaku di seluruh dunia, yang menjadi mangsanya adalah Islam dan umatnya,” ujar beliau mengakhiri kenyataan. – mks

About these ads

Satu Respons to “ICG cuba bangkitkan sentimen anti-Islam”

  1. shafifah said

    MAJLIS PENGAJIAN ILMU ESOK BERSAMA TUAN GURU

    Tarikh: 4 Rajab 1430H/27 Jun 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki, an-Nadwi al-Banjari
    Kitab: Sairus Salikin, Jilid 1

    http://pondokhabib.wordpress. com

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 16,363 other followers

%d bloggers like this: