Pondok an-Nuur
Posted by epondok di Julai 27, 2008
PENGENALAN PONDOK AN-NUUR
Pondok An-Nuur diasaskan pada tahun 1994, oleh Ustaz Mokhtar bin Senik di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh keluarga En. Idris bin Umar di Kampung Kuala Penor Kuantan Pahang.Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP KT 01/96 ). Kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Kuantan ( kira-kira 25 minit perjalanan) menjadikan Pusat pendidikan ini mudah dikunjungi dan dihubungi.
Pengambilan pelajar pertama dibuka pada tahun 1996, iaitu setahun setengah selepas ianya diasaskan. seramai 80 orang pelajar pertama telah mendaftarkan diri. Pada peringkat awal, An-nuur hanya memperkenalkan aliran pengajian pondok sahaja. Namun setelah melalui beberapa perubahan kurikulumnya, kini An-Nuur menawarkan 4 aliran pengajian, iaitu Pondok, Thanawi, Akademik dan Tahfiz. Aliran pengajian yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri itu akhirnya digarap kedalam satu kurikulum yang bersepadu.
Pengambilan pelajar dibuka kepada pelajar-pelajar yang berusia 13 tahun sehingga 20 tahun. Borang kemasukan akan dibuka pada bulan oktober setiap tahun dan pendaftaran akan bermula pada bulan pertama sessi pengajian tahun berikutnya. Diharapkan dengan adanya Pondok An-Nuur akan membuka peluang kepada Ibu-Bapa membuat pilihan untuk pengajian Islam kepada anak-anak mereka.
Bayaran pendaftaran bagi setiap pelajar baru ialah RM 480.00 ( termasuk yuran bulan pertama). Manakala yuran bulanan pula ialah RM 160.00 bagi aliran Tahfiz dan RM 130.00 bagi aliran Thanawi. AN-Nuur bukan sebuah sekolah swasta yang bermatlamatkan komesial, justeru itu kaum Muslimin dan Muslimat dipelawa untuk menjadi Ahli “Tabungan Amal” . Tabungan ini diwujudkan untuk menjadi tabungan tambahan sumber kewangan An-Nuur. Ahli yang mendaftar diminta memberikan sumbangan tetap setiap bulan mengikut kadar kemampuan dan kesanggupan masing-masing. Wang yang dikumpul daripada tabungan ini akan digunakan untuk;
1. Menampung yuran pelajar-pelajar miskin dan yatim.
2. Pembangunan An-Nuur dan
3. Menampung perbelanjaan pentadbiran An-Nuur/Atiq.
Anda yang berminat menjadi penderma tetap tabungan amal ini, boleh menghubungi Ustaz Mokhtar 019-9532456 ( email: atiq_2456@yahoo.com..my) atau bendahari tabungan amal, saudara Rosman ( Tel: 019-9870487).
Alamat
Pusat Pendidikan Islam an-Nuur, Dj-144 Kg Kuala Penor, 25150 Kuantan, Pahang

anis berkata
assalamulaikum. ustaz dan ustazah, saya hanisah.. apa khabar kalian? d’harpkan semua sihat walafiat dan sentiasa dalam limpahan kasih sayangNya.. amin3. ustaz, disini ana ucapkan terima kasih yang tak terhingga dalam sepanjang ana berada di pndok annuur, banyak ilmu yang ana dapat disana.ucapan syukran kathira jugak untuk ustazah hajar.. terasa indu untuk k’sana .. sampaikan salam buat ustazah,along,aina ddan semua…
doakan ana dan kawan2 disini berjaya dunia akhirat. t’utama dalam mcari rehdaNya..amin3.
shyaafi berkata
assalamualaikum
farhana94 berkata
assalamualaikum warga pondok annuur.. sy dulu ambik bahagian tahfiz.. urmm.. tak sampai seminggu ,, dah berhenti pun.. nak komen sikit,,,,,,,, student tahfiz ramai dari stb.. niat nak pegi situ untok berubah.. last2.. same je perangai cam sy bile duk umah.. that’s why sy berhenti.. papehalpun,, sy bersyukur dapat merasai pngalaman qiamullail..
Azham berkata
assalamualaikum warga pondok annuur..sy dlu ambik bahagian pndok.. urmmm..x smpai 1 thn,, sy brhnti
duk situ jewp prngai molek duk luar prangai buruk…..niat nak pegi situ mesti rrruntok ubah perangai…..
jannah berkata
salam….
disini sy nak bertanya masih ada program tahfiz cuti sekolah ini…?
raudhatul jannah berkata
Assalamu’alaikum..
di sini ana ingin bertanya akan sedikit kemusykilan.pondok an-nuur ada memperkenalkan pengajian dalam aliran akademik..adakah ianya bermaksud pelajar yang belajar di pondok ini dapat mengambil peperiksaan besar seperti pmr dan spm?ini merupakan kemusykilan yang sudah lama ana fikirkan..
razali berkata
aslm..
sye bkas plaja pondok an-nuur..ustaz,ustazah..sye razali..ape khabar kalian???ryndu nye at pOndok..hmm..ihtifal taOn dpn bpe ari blan???..barakallah..jazakallah..n_n..
syakur berkata
assalamualaikom
asslamualaikum…..semua ustaz dan ustazah…..sya abdul syakur bkas plajar pondok ann-nur sye nk
mntak maaf atas tngkah laku disiplin di pondok an-nuur…..
najmuddin berkata
assalamualaikum ustaz dan ustazah sye m.najmuddin b.nor azman ingin meminta maaf atas semua perlakuan sye sewaktu berada di pondok an-nuur
Hamba Allah Yang Ingin Berubah berkata
Assalamualaikum,saya nak bertanya,adakah pelajar tua diterima di sini?umur saya 28 tahun.ada tak yang belajar bukan sepenuh masa?sebabnya saya bekerja,saya ingin nak belajar agama tapi tidak tahu dimana,rumah saya berdekatan dari pondok.
ahmad sohor bin deraman berkata
anak saya ingin memohon belajar di pondok ustaz..masihkah ada kekosongan lagi????
HAFIZAN berkata
SALAM ALAIK…
SLAM SYG KPD SUME WARGA AN-NUUR YG MASIH ADA KAT AN-NUUR….JAZAKALLAH..SELAMA ANA BERADA DI SANA..BNYK ILMU N PENGALAMAN YG ANA DAPAT..ANA SEKARANG BERTUGAS SEBAGAI PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM MUIP…ZAUJAH ANA BEKAS TENAGA PENGAJAR ATIQ…SEPUPU PLAK NGAN HUSNA ZAUJAH UST HADI…HADI PLAK KWN ANA…PI MAI PI MAI TANG TU GAK…HEHEHE…BY THE WAY THANKS A LOT…MAY ALLAH BLESS U ALL….