Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Pondok Jenderam Hilir

Posted by epondok di Julai 25, 2008


Objektif utama penubuhan Yayasan Al-Jenderami ialah bagi memperkembangkan serta meneruskan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan ummah sejagat yang telah dipelopori oleh pihak Madrasah Islamiah Jenderam Hilir atas pimpinan Yang Mulia Tuan Guru Hj. Mohd. Hafidz bin Selamat tanpa mengira batasan negara (borderless nation). Sila baca Kronologi Penubuhan untuk maklumat lanjut tentang penubuhan Yayasan Al-Jenderami.

 

VISI & MISI

VISI

Menjana aktiviti-aktiviti kebajikan atas sifat berkasih sayang sesama umat miskin, kaya, anak yatim, saudara baru, warga emas, kanak-kanak dan wanita  telah menjadi platform atas dasar pendidikan ilmu tersebut untuk dihayati dan diamalkan, maka ini telah disokong dengan menzahirkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dikenalpasti di dalam mendapat keredhaan Allah SWT dunia dan akhirat.

 

    MISI 

  • Pembangunan Ekonomi
  •  Pembangunan Pendidikan, Kemanusiaan & Sumber Tenaga Kerja
  • Pembangunan Kemasyarakatan & Kebajikan
  • Pembangunan Media, Seni & Kebudayaan
  • Pembangunan Sumber & Penyelidikan
  • Pembangunan Insan, Kesejahteraan Sejagat & Hubungan Antarabangsa
  • Pembangunan Pertanian & Industri Asas Tani

Pejabat Yayasan Al-Jenderami berada di dalam Kompleks Yayasan Al-Jenderami iaitu di Lot 4029, Kg. Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA. 

Ahli Pengurusan Yayasan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Tn. Hj. Abu Bakar bin Abd. Aziz dan Ketua Pegawai Operasi iaitu Tn. Hj. Kamarulzaman Bin  Omar dengan dibantu oleh kakitangan tetap dan berpuluh orang sukarelawan, mewujudkan satu jentera kerja yang mantap serta mampu untuk menjalankan segala aktiviti-aktiviti yang telah dirangka dengan sempurna atas dasar kerjasama

Hubungi Kami  Di… 

 

Lot 27719, Lorong Aman, Kg. Baru Jenderam Hilir,

43800 Dengkil, Selangor, MALAYSIA 

ATAU

Talian:

03-8768 0200 (Pejabat Urusan)

019-221 7694 (CEO -Tn. Hj. Abu Bakar Abd. Aziz)

019-319 8287 ( COO-Tn Hj. Kamarulzaman Omar)

 

 ATAU

 Email:

yayasan_al_jenderami@yahoo.com

About these ads

28 Respons to “Pondok Jenderam Hilir”

  1. MD RIZAL AMRI BIN MD ROLI said

    Maaf bertanya, adakah terdapat gambar bangunan Pondok Jenderam Hilir? Ada saudara yang ingin menyertai. memandangkan kami duduk jauh, kami ingin melihat bagaimana keadaan disana sebelum kami melawat.

  2. RAHIMAH BINTI YUSSOF said

    salam..

    saya pelajar tahun akhir utm skudai.
    saya sangat berminat membuat research berkaitan konsep pusat pembangunan pondok ini bagi projek sarjana muda saya. adakah pihak tuan boleh memberi kerjasama?? ibu saya di sana dan beliau sangat gembira di sana. in memanggil minat saya untuk menjalankan sedikit kajian berkaitan konsep pembangunan baru ini untuk projek sarjana muda saya. saya inginkan kepastian sebab jarak yang agak jauh untuk ke sana. harapan saya pihak tuan dapat mengemail saya memberi kepastian. terima kasih saya dahulukan.

  3. Nana said

    Salam, sila berikan peta/lokasi pondok jenderam. Adakah warga emas boleh mendiami pondok tersebut dan belajar agama lebih mendalam. Disediakan penempatan dan brapa byaran untuk sebulan untuk sewaan pondok.

  4. Ustadz Ahmad Quhairi bin Shihaab said

    Alhamdulillaah pada tanggal 3 April 2010 saya diajak Habeeb Umar ben Mohseen al-Attas, Lawang, East Java, Indonesia untuk melihat kegitan yang ada di Yayasan al-Jinderami. 3 hari 2 malam saya menginap di Jenderam. Subhaanallooh saya bangga dengan kegiatan yang ada di Yayasan al-Jinderami. Walaupun tujuan saya adalah ke KL dan Johor Bahru untuk mengajar Talaqqil Quraan Murattalan, Tafseer dan Hadeeth. Tapi saya sangat bersyukur kepada Allaah ‘Azza wa Jalla karena saya bisa melihat dari dekat kegiatan di Yayasan al-Jinderami dan bisa bertemu dengan Sheikh Hafiidz dan para cik gu ( asaatiidz ) serta melihat dari dekat keramahan masyarakat Jinderam kepada tamu. Baarokalloohu fiikum kepada semua cik gu ( asaatiidz ) yang mengajar di Yayasan al-Jinderami… Wassalamualaikum ( KL, 15 Mei 2010 )

  5. Assalamualaikum,

    Kumpulan jemaah dari masjid Ar-Rahman telah berkunjung ke pondok Al-Jenderami pada bulan April yang lalu dan kami banyak mengambil gambar dan video disana.

    Jika berminat, berikan alamat email supaya saya dapat poskan gambar2 dan video kepada anda.

    Sekian.

  6. Hj.Abdul Rochman said

    assalamualaikum …. apa kabar ustad-ustad semua…? lama saya tak berkunjung ke jendram , dah lima tahun agaknya ..

  7. rizal said

    as salam. saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin menjemput tok-tok guru dari pondok tuan, serta beberapa huffaz, untuk majlis tahnik anak saya, insya-Allah dalam bulan 11, bagaimanakah caranya? dengan siapa perlu saya berurusan. sekian. jazakallah.
    saya boleh dihubungi di 013-257 2805. saya tinggal di pantai dalam, k.l. segala kos insya-Allah akan saya tanggung.

  8. nurul said

    subhanallah..saya kagum skali dgn yayasan al jendrami..senang jg bertemu langsung dgn syech hafidz di acra maulid daarul islah jakarta selatan..sudah rutin tiap tahun’a beliau bersama para pengikut dan walimah’a bertolak kesni..
    Insyallah bln feb minggu pertama 2011 bilau dtg kmbli memenuhi undangan dr k.h ust amir hamzah pimpinan ponpes daarul islah.

  9. Rokiah said

    As salam,

    Saya ingin bertanya jika saya berniat untuk menghantar ibubapa saya untuk mendalami ilmu agama di yayasan ini, boleh tak untuk hantar hanya untuk sebulan dulu dan bagaimana dengan bayarannya?

  10. Hamba Allah said

    Assalamualaikum wbr,

    Pada bulan Jun ini, insyaallah saya akan mendirikan rumahtangga. Memandangkan saya daif mengenai agama dan kontrak kerja saya akan tamat April. Maka saya merancang utk mencari tempat utk belajar selok belok asas agama terutama utk kegunaan sebagai seorang bakal suami. Saya merancang utk mendiami pondok dalam jangkamasa tertentu mungkin 2-3 minggu bergantung kepada kesesuaian.

    Mohon penerangan daripada pihak tuan utk segala yg berkaitan seperti proses, bayaran, cara pembelajaran, orang yg patut saya hubungi dan sebagainya..

    • ozat said

      PI LA PONDOK2 YG RAMAI KELAMIN DUDUK BELAJAR DI SANA…..SPT PONDOK LATIFIYAH, KROH, PENGKALAN HULU, PERAK….PONDOK2 DI KELANTAN, TRENGGANU…..

  11. norbaya said

    as salam,saya dan suami berminat untuk mengikuti aktiviti pondok ini.kami bercadang untuk menginap disana mungkin dalam masa seminggu.kami nak merasakan pengalaman hidup dipondok yang pertama kali kami rasai.adakah pihak tuan dapat membenarkan kami duduk disana dan mengikuti pengajian.kami tidaklah dapat untuk tinggal lama memandangkan bekerja.kalau boleh nak bawak anak sekali.kami sanggup bayar jika dikenakan bayaran. harap dapat makluman dengan segera untuk tindakan lanjut.

  12. layla said

    salam..saya baru saja lepas spm..macam mana saye nk masuk pondok jenderam?utk mempelajarii ilmu agama dgn lebih mendalam.pihak pondok ade sediakan tak ape2 program?

  13. Mohd Hasrul said

    Salam,

    Sy Mohd Hasrul, sy bekerja d shah alam, dan dlm proses nk berhenti kerja sebab nak belajar ilmu agama di Pondok, boleh sapa2 bg cadangan, idea atan pengalaman?

    Ni Email sy, MohdHasrulRidzwan@gmail.com
    Ni no fon sy, 012-2914809

  14. Norani binti Sulaiman said

    Assalamualaikum,

    Saya Norani binti Sulaiman seorang ibu yang mana anak saya lepasan SPM berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah pondok. Boleh tuan emailkan kepada saya maklumat lanjut mengenai Sekolah Pondok Al Jenderami.

    Ribuan terima kasih.

  15. Liyana Razlin said

    Assalammualaikum. kalau saya mahu tinggal di sini selama sebulan iaitu pada bulan 4, boleh ke? kerana saya sekarang pelajar di semester akhir. berapa kah bayarannya? harap membalasnya. Terima kasih. Assalammualaikum.

  16. Burhana said

    Assalamualaikum..Name saye aisha..saye ingn bertanye,..adik saye ingin belajar ilmu agama..umur die 39 thn…baru sembuh daripada penyakit.Die tdk blh bekerja krn sakit.Die teringin belajar agama..boleh kah die belajar agama dan tinggal di sana?adekah madrasah ini dikenakan bayaran?berapekah bayarannya?Adik sye baru shj memohon sarran drpd kebajikan..

  17. Syida alhabsyie said

    Assalamualaikum w.b.t
    sy nk taw syarat kemasukan ke yayasan aljenderami…brape byaran n tempoh pengajian..harap adr yg sudi bantu..

  18. miza said

    Assalamualaikum
    Tuan haji.. saya nk hantar ibu saya mendalami ilmu agama… berapa yuran dan syarat2 nye… tq

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 16,054 other followers

%d bloggers like this: