Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Arkib bagi Bulan Julai 2008

Pondok an-Nuur

Posted by epondok di Julai 27, 2008

PENGENALAN PONDOK AN-NUUR

Pondok An-Nuur diasaskan pada tahun 1994, oleh Ustaz Mokhtar bin Senik di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh keluarga En. Idris bin Umar di Kampung Kuala Penor Kuantan Pahang.Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP KT 01/96 ). Kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Kuantan ( kira-kira 25 minit perjalanan) menjadikan Pusat pendidikan ini mudah dikunjungi dan dihubungi.

Pengambilan pelajar pertama dibuka pada tahun 1996, iaitu setahun setengah selepas ianya diasaskan. seramai 80 orang pelajar pertama telah mendaftarkan diri. Pada peringkat awal, An-nuur hanya memperkenalkan aliran pengajian pondok sahaja. Namun setelah melalui beberapa perubahan kurikulumnya, kini An-Nuur menawarkan 4 aliran pengajian, iaitu Pondok, Thanawi, Akademik dan Tahfiz. Aliran pengajian yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri itu akhirnya digarap kedalam satu kurikulum yang bersepadu.

Pengambilan pelajar dibuka kepada pelajar-pelajar yang berusia 13 tahun sehingga 20 tahun. Borang kemasukan akan dibuka pada bulan oktober setiap tahun dan pendaftaran akan bermula pada bulan pertama sessi pengajian tahun berikutnya. Diharapkan dengan adanya Pondok An-Nuur akan membuka peluang kepada Ibu-Bapa membuat pilihan untuk pengajian Islam kepada anak-anak mereka.

Bayaran pendaftaran bagi setiap pelajar baru ialah RM 480.00 ( termasuk yuran bulan pertama). Manakala yuran bulanan pula ialah RM 160.00 bagi aliran Tahfiz dan RM 130.00 bagi aliran Thanawi. AN-Nuur bukan sebuah sekolah swasta yang bermatlamatkan komesial, justeru itu kaum Muslimin dan Muslimat dipelawa untuk menjadi Ahli “Tabungan Amal” . Tabungan ini diwujudkan untuk menjadi tabungan tambahan sumber kewangan An-Nuur. Ahli yang mendaftar diminta memberikan sumbangan tetap setiap bulan mengikut kadar kemampuan dan kesanggupan masing-masing. Wang yang dikumpul daripada tabungan ini akan digunakan untuk;

1. Menampung yuran pelajar-pelajar miskin dan yatim.

2. Pembangunan An-Nuur dan

3. Menampung perbelanjaan pentadbiran An-Nuur/Atiq.

Anda yang berminat menjadi penderma tetap tabungan amal ini, boleh menghubungi Ustaz Mokhtar 019-9532456 ( email: atiq_2456@yahoo.com..my) atau bendahari tabungan amal, saudara Rosman ( Tel: 019-9870487).

Alamat

Pusat Pendidikan Islam an-Nuur, Dj-144 Kg Kuala Penor, 25150 Kuantan, Pahang

Dikirim dalam Pondok Malaysia | 12 Komen »

Pondok Kg Talak

Posted by epondok di Julai 26, 2008

Madrasah Tarbiah Atfal

Pondok Talak, Cabang Empat Talak, 16210 Tumpat

Tel. 09-7182698

 

 

SEJARAH

 

Pondok Talak telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Kampung Talak, Jajahan Tumpat. Pengasas Pondok Talak ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Isa bin Wahab. Beliau merupakan salah seorang bekas pendakwah dan pensyarah agama terkenal di Kelantan. Pondok talak adalah di antara pondok yang telah bernaung di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan

 

KEMUDAHAN ASAS

 

Satu masjid yang dapat menampung seramai 250 jemaah. Ia merupakan tempat pangajian pondok tersebut.

 

Satu bangunan asrama batu dua tingkat yang dapat menampung 50 orang pelajar. Dua tempat mandi, tempat memasak dan tandas untuk pelajar.

 

PENGAJIAN

 

Ilmu yang diajar adalah merangkumi semua ilmu agama termasuk ilmu Usuluddin, Feqah, Ilmu Alat, Al-Qur’an, Al-Hadis dan lain-lain.

 

Semua kitab adalah kitab pondok (tradisional) samada di dalam bahasa melayu jawi dan Arab

 

MATLAMAT

 

  1. Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal
  2. Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak
  3. Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
  4. Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan islam sebagai cara hidup

 

AHLI JAWATANKUASA PONDOK TALAK

 

Pengerusi                     : Pak Tih Khalid Bin Awang                  (Mertua Hj Isa)

Tim. Pengerusi  : Ustaz Zakaria Bin Wahab                   (Adik Hj Isa)

Setiausaha       : Ustaz Azhar Bin Muhammad             (Pemangku Mudir)

Bendahari                    : Ustazah Mariam Bt. Khalid                 (Balu Hj Isa)

Ahli J/Kuasa           : Encik Mazlan Bin Ghani              (Penghulu Kg Talak     )

                            : Imam Abd. Rahman Awang                     (Imam Masjid Talak)

                            : Encik Ibrahim Saad                       (Bilal Masjid Talak)

                            :  Tiga orang            wakil Pusat Pembangunan Pondok Bhd.

                            :  Lapan Orang        wakil penduduk Kampong Talak

                            :  Dua orang             wakil pengajar

                            :  Saorang                wakil pelajar  

                        

RAYUAN TABUNG PEMBANGUNAN PONDOK TALAK

 

Pihak Ahli Jawatan Pondok mengharapkan  kepada penderma-penderma agar dapat sama-sama membantu  untuk membangunkan kemajuan Pondok Talak . Semoga cita-cita Almarhum Tuan Guru Hj Isa B Wahab untuk membangunkan Pusat pengajian Pondok dikampong Talak dapat diteruskan selamanya

Dikirim dalam Pondok Malaysia | Leave a Comment »

Pondok Jenderam Hilir

Posted by epondok di Julai 25, 2008

Objektif utama penubuhan Yayasan Al-Jenderami ialah bagi memperkembangkan serta meneruskan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan ummah sejagat yang telah dipelopori oleh pihak Madrasah Islamiah Jenderam Hilir atas pimpinan Yang Mulia Tuan Guru Hj. Mohd. Hafidz bin Selamat tanpa mengira batasan negara (borderless nation). Sila baca Kronologi Penubuhan untuk maklumat lanjut tentang penubuhan Yayasan Al-Jenderami.

 

VISI & MISI

VISI

Menjana aktiviti-aktiviti kebajikan atas sifat berkasih sayang sesama umat miskin, kaya, anak yatim, saudara baru, warga emas, kanak-kanak dan wanita  telah menjadi platform atas dasar pendidikan ilmu tersebut untuk dihayati dan diamalkan, maka ini telah disokong dengan menzahirkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dikenalpasti di dalam mendapat keredhaan Allah SWT dunia dan akhirat.

 

    MISI 

  • Pembangunan Ekonomi
  •  Pembangunan Pendidikan, Kemanusiaan & Sumber Tenaga Kerja
  • Pembangunan Kemasyarakatan & Kebajikan
  • Pembangunan Media, Seni & Kebudayaan
  • Pembangunan Sumber & Penyelidikan
  • Pembangunan Insan, Kesejahteraan Sejagat & Hubungan Antarabangsa
  • Pembangunan Pertanian & Industri Asas Tani

Pejabat Yayasan Al-Jenderami berada di dalam Kompleks Yayasan Al-Jenderami iaitu di Lot 4029, Kg. Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA. 

Ahli Pengurusan Yayasan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Tn. Hj. Abu Bakar bin Abd. Aziz dan Ketua Pegawai Operasi iaitu Tn. Hj. Kamarulzaman Bin  Omar dengan dibantu oleh kakitangan tetap dan berpuluh orang sukarelawan, mewujudkan satu jentera kerja yang mantap serta mampu untuk menjalankan segala aktiviti-aktiviti yang telah dirangka dengan sempurna atas dasar kerjasama

Hubungi Kami  Di… 

 

Lot 27719, Lorong Aman, Kg. Baru Jenderam Hilir,

43800 Dengkil, Selangor, MALAYSIA 

ATAU

Talian:

03-8768 0200 (Pejabat Urusan)

019-221 7694 (CEO -Tn. Hj. Abu Bakar Abd. Aziz)

019-319 8287 ( COO-Tn Hj. Kamarulzaman Omar)

 

 ATAU

 Email:

yayasan_al_jenderami@yahoo.com

Dikirim dalam Pondok Malaysia | 26 Komen »

Maklumat Pondok Seligi

Posted by epondok di Julai 24, 2008

Pintu Masuk 
1.MUKADIMAH. 
 

      Pendidikan adalah perkara yang paling penting dan sebagai penentu untuk pembentukan syaksiyah individu atau satu-satu masyarakat. Maju mundur sesuatu kaum bergantung kepada pendidikan. Pendidikan pada hari ini boleh menentukan kedudukan masyarakat pada masa depan. Oleh itu usaha pendidikan patut diutamakan dan diberi penghormatan yang tinggi, lebih-lebih lagi pendidikan agama.

     Pondok merupakan institusi pendidikan sejak dahulu lagi yang terus unggul sehingga sekarang dengan mengharungi pelbagai cabaran dan pengorbanan dalam mempertahankan kelangsungan agama buat selama-lamanya.

     Pondok Sripermai salah satu pondok yang sudah terbentuk sejak dari 20 tahun yang lalu, kini masih dapat dipertahankan walaupun perhatian daripada badan-badan luar agak berkurangan.

 

      Oleh sebab itu institusi pondok patut diberi perhatian kembali semoga agama islam dan cita-cita umat islam tetap unggul buat selama-lamanya.

 

 

 

2.LATAR BELAKANG PONDOK SRIPERMAI.

 

 

2.1 Pondok Sripermai telah di tubuhkan pada tahun 1989 dan di asaskan oleh Tuan Guru Abdul Hamid Bin Daud. Ianya dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nikmat,Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990. Penubuhannya adalah hasil dari hasrat dan tuntutan masyarakat kampung bagi mendalami dan menghayati agama.

 

2.2 Pondok ini berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Kelantan dan merupakan pondok ahli kepada Pusat Pembangunan Pondok Berhad.

 

2.3 Pusat pengajian pondok ini di tubuhkan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dalam menyampaikan ilmu dan dakwah bagi melahirkan pelajar mukmin yang soleh, dapat mendalami dan memahami ilmu agama yang sebenarnya.

 

2.4 Sehingga kini pondok ini telah memain peranan dalam bidang pendidikan ilmu agama dan penyebaran dakwah kepada seluruh masyarakat melalui pelajar-pelajar lepasan pondok yang bertaburan di seluruh negara dengan memberi khidmat sebagai tuan guru, imam-imam, pegawai agama, tenaga pengajar, ustaz dan pendakwah di tempat masing-masing

 

 

3. PERLEMBAGAAN PONDOK

 

 

3.1 Sebgai landasan berorganisasi, satu dokumen  perlembagan telah di bukukan sebagai panduan bagi organisasi pondok dan majlis syura pelajar

 

3.2 Diantara isi gandungan penting perlembagaan ini ialah :

 

      .i. Dasar,matlamat,dan tujuan pondok.

       ii..Hukum ,kekuasaan,dan peranan majlis syura.

       iii. Keahlian dan kewajiban ahli.

       iv..Penubuhan lembaga penasihat pondok, lembaga pendidikan dan  

           lembaga tata tertib.

        v. dll.

 

4.STRUKTOR ORGANISASI.

 

 

Sehubungan dengan penyediaan dan penerbitan dokumen perlembagaan Madrasah Dakwah Islamiah Pondok Sri Permai maka suatu struktur organisasi baru telah di wujudkan yang di kenali sebagai srtruktur organisassi majlis syura pondok.

 

4.1 Struktus organisasi majlis syura pondok

      Di pengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hamid bin Daud dan timbalan pengerusinya ialah Ustaz Harpan bin Abdul Hamid.

Jawatan selanjutnya ialah.:-

         i.Setiausaha

         ii. penolong Setiausaha

         iii. bendahari

         iv. Dua unit lembaga

         v.  Lima lujnah utama.

 

a. Lembaga penasihat pondok

    Di anggotai oleh mereka yang berjasa dalam mengasaskan penubuhan  pondok ini dan mereka yang dapat membantu menjayakan matlamat pondok .

 

b. Lembga pendidikan dan tata tertib

    Dianggotai oleh pengajar- pengajar dan pelajar-pelajar senior yang berperanan menggubal kurikulum pendidikan pondok dan melaksanakan peraturan dan tata tertib

 

.c. Lujnah Ekonomi

 

d. lujnah pembangunan

 

e. lujnah kebajikan

 

f.  lujnah kesihatan

 

g. lujnah keselamatan.

h. kebersihan.

 

 

4.2 Struktur organisasi majlis syura pelajar

      Sebagai sebuah badan bagi menguruskan aktiviti ko-kurikulum pelajar.. Ketua Majlis Syura pelajar pelajar dan timbalan ketua pelajar akan mewakili majlis syura pelajar di dalam majlis syura pondok.

 

 

5. SUMBER KEWANGAN

 

Sumber pendapatapondok ini adalah daripada beberapa punca iaitu:

 

-sumbangan dari Pusat Pembangunan Pondok

-yuran pelajar dan ahli

-sumbangan-sumbangan orang ramai

-aktiviti ekonomi pondok

 

 

 

 

Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia, Pondok Seligi | Leave a Comment »

Maklumat Pondok Bukit Gading

Posted by epondok di Julai 23, 2008

Sejarah Penubuhan

Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Darul Ilmi (PDI) telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad bin Che Long ( 1924 – 31.1.1998 ) dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas

Dengan tertubuhnya Pondok Darul Ilmi (PDI) yang merupakan pondok tunggal di Daerah Tanah Merah ketika itu maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah setelah sekian lama daerah ini ketandusan pusat pengajian agama seumpama ini

Meski pun Allah lebih menyayangi al-Marhum Tuan Guru Hj Mohammad yang meninggal dunia pada 31 Januari 1998 namun roh jihad yang dirintis oleh beliau tidak dibiarkan pupus dan mati sebaliknya diteruskan oleh menantunya Ustaz Hj Mohamad bin Awang yang mengambil alih pentadbiran

  Objektif Penubuhan

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
  2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
  3. Melahirkan pelajar cemerlang dalam menguasai bahasa-bahasa utama selain Melayu iaitu Arab dan Inggeris
  4. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
  5. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan diri dan emosi
  6. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
  7. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
  8. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
  9. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan

Lokasi

  Pondok Darul Ilmi (PDI) terletak di Kg Bukit Gading, 17500 Tanah Merah, Kelantan kira-kira 8 km dari Pusat Bandar Tanah Merah di atas sebidang tanah seluas 5 ekar persegi.

Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Bukit Gading, Pondok Malaysia | Leave a Comment »

Sejarah Penubuhan Pondok Beta Hilir

Posted by epondok di Julai 22, 2008

SEJARAH PENUBUHAN PONDOK BETA HILIR

 Sistem pengajian pondok merupakan sistem pengajian lama yang kian terhakis. Namun kesedaran untuk mempertahankan sistem ini perlu kepada pengembelingan tenaga daripada semua pihak. Begitulah yang berlaku kepada Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir.

Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir diasaskan oleh Al-Marhum Tuan Guru Haji Mohamed Bin Haji Mat Diah pada tahun 1966. Oleh kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditutup buat sementara pada tahun 1972. Kemudian pada tahun 1980 Al Marhum Tuan Guru sekali lagi bertungkus lumus menghidupkan kembali pengajian pondok di madrasah ini dan Alhamdulillah ianya berkekalan sampai sekarang dan InsyaAllah hingga selama-lamanya. Kini pondok ini adalah termauk dalam Pondok Ahli iaitu yang telah didaftarkan dengan Majlis Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Kelantan dan Pusat Pembangunan Pondok Berhad. 

 

 

Pondok ini dibangunkan di atas sebidang tanah wakaf dan milik persendirian yang luasnya kira-kira 3 ekar

Setelah Al Marhum Tuan Guru pengasas pondok ini meninggal dunia pada 14 .4.2000 maka sekarang ini pengajian pondok di Madrasah Muhammadiah diteruskan lagi oleh tiga orang anaknya yang telah ditarbiah sejak kecil lagi sebagai pelapis bagi meneruskan pengajian pondok di madrasah ini. Mereka adalah Ustaz Haji Mohd Jalaluddin Assayuti Bin Haji Mohamed sebagai Mudir dengan dibantu oleh Ustaz Haji Nazri Bin Haji Mohamed sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar I dan Ustaz Haji Mohd Nawawi Bin Haji Mohamed sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar II.

 

 
 

Buat masa ini, terdapat lebih kurang 50 orang murid yang mengikuti pengajian sepenuh masa dan 30 orang tua yang mendiami pondok kelamin

 

 MATLAMAT

 

 

 vMentarbiah dan membentuk manusia agar menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.

v     Melahirkan pewaris kepimpinan ulamak dan intelektual Islam yang haraki.

v     Membentuk pelajar yang bersyakhsiah dan berdaya kepimpinanan Islam.

 

  
 

v     Memberikan ilmu dan latihan kepada pelajar untuk persediaan mereka dalam menghadapi situasi yang tidak dapat dijangka yanag juga dapat digunakan untuk manfaat orang lain dan masyarakat sekitar

 

VISI

 

v     Menjana generasi Islam kearah menjadi insan yang betul-betul bertaqwa kepada Allah berpandukan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

 

MISI

v     Pengajian ilmu yang manfaat melahirkan hamba Allah kearah memartabatkan perjuangan dan cita-cita ulung Islam.

 

Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Beta Hilir, Pondok Malaysia | 1 Komen »

Maklumat Pondok Gelang Mas

Posted by epondok di Julai 21, 2008

Sejarah Penubuhan

Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Gelang Mas telah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Tuan Guru Hj Awang bin Yusuf yang merupakan antara murid terdekat dengan Tuan Guru Hj Abdul Aziz Pasir Tumboh dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas. Sebelum balik ke kampung untuk membuka pondok ini, beliau mencurahkan ilmunya di Pondok Pasir Tumboh iaitu tempat pengajiannya. Malah sehingga tahun 2005 beliau terus menabur khidmat di Pondok Pasir Tumboh secara sambilan seminggu sekali. Beliau pada awalnya agak keberatan untuk membuka pondok setelah diminta oleh penduduk kampungnya tetapi atas nasihat daripada Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh yang memintanya supaya memperkenankan permintaan orang yang begitu memerlukan khidmat dan ilmunya maka beliau akhirnya membuka pondok ini.

Dengan tertubuhnya Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Gelang Mas maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah sebagai kesinambungan kepada kemasyhuran daerah Pasir Mas ini yang terkenal dengan pusat pengajian pondok yang begitu banyak sejak dari dahulu lagi

 

 

Objektif Penubuhan

 

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
  2. Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
  3. Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
  4. Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
  5. Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
  6. Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
  7. Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
  8. Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan

 

Lokasi

 

Madrasah Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Gelang Mas terletak di Kg Banggol Naim, Gelang Mas kira-kira 11 km dari Pusat Bandar Pasir Mas di atas sebidang tanah seluas 4 ekar lebih

Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Gelang Mas, Pondok Malaysia | 2 Komen »

Majlis Setahun Kehilangan al-Marhum Wan Saghir

Posted by epondok di Julai 20, 2008

pamplet-21 Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Tokoh Ulama' | Leave a Comment »

Maklumat Pondok Sungai Durian

Posted by epondok di Julai 19, 2008

SEJARAH PENUBUHAN PONDOK SUNGAI DURIAN

 

Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian atau lebih dikenali sebagai Pondok Sungai Durian di kalangan masyarakat umum. Ia juga dikenali dengan Pondok Haji Deraman (PHD). Ianya merupakan pondok termaju di Ulu Kelantan juga merupakan pondok terulung dan salah satu pondok yang terus hidup dan berkembang sehingga kini.

 

Pondok Sungai  Durian adalah satu-satunya pusat pengajian dan pendidikan Islam yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara tradisional dan moden. Kedua-dua aliran tersebut adalah adalah hasil cetusan pemikiran al-Marhum Tuan Guru pengasas Hj. Abdul Rahman bin Sulaiman walaupun cara ini berbeza dengan sistem pengajian pondok yang telah sedia ada. Tujuan beliau ialah untuk mengatasi masalah pelajar di samping memaju dan memperbaharui lagi pusat pengajian pondok. Perjuangan Tuan Guru tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan diteruskan oleh generasi kedua (anak-anak al-Marhum). 

 

Sistem pengajian pondok (tradisional) merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam terdiri daripada Ulama’ terkemuka, sama ada dalam bahasa melayu jawi atau bahasa Arab. Manakala sistem sekolah (moden) pula menggabungkan antara sukatan Pondok Sungai Durian sendiri dan pada peringkat permulaan menggunakan sukatan pelajaran pelajaran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) tetapi kini menggunakan sukatan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

 

Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian ini telah ditubuhkan dengan rasminya  pada 04 Jun 1958  bersamaan 10 Safar 1378 Hijrah oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Sulaiman. Pendaftaran pondok ini dibuat di bawah  MAIK dengan nombor 134 (dalam MAIK), 365/68 (kertas MAIK). Ia dinamakan “ Muhammadiah” sempena mengambil nama anak sulung kepada pengasasnya. Ia juga bersempena nama junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

 

Pada asalnya pondok ini telah diasaskan di Bukit Enggong Guchil Kuala Krai pada tahun 1957. Ia dibina dengan pertolongan dan bantuan penduduk kampung serta kakitangan jabatan perhutanan. Binaan pondok tersebut menggunakan kayu tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hasil daripada pembinaan pondok itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan walaupun tidak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan.

 

Kemudian pada tahun 1958 pondok tersebut terpaksa dipindahkan dari bukit Enggong di Guchil ke Kampung Sungai Durian kerana tidak mendapat persetujuan Pegawai Daerah Kuala Krai pada ketika itu Dato’ Che Lah dengan alasan lokasi di situ tidak sesuai. Tetapi mengikut pendapat lain, antara faktor utama ialah lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi bilangan pelajar bertambah.

 

Pondok Sungai Durian yang dulunya dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar yang terletak di  Sungai Durian  sejauh 3 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 66 km dari bandar Kota Bharu. Pada peringkat awal, hanya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas yang terdiri daripada 2 bilik ruang pejabat, 8 bilik darjah, satu bilik untuk perpustakaan dan kantin.

 

Tetapi kini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang dapat menampung keperluan pelajar-pelajar dan penghuninya. Kawasannya dahulunya hanya 4 ekar sekarang  telah bertambah keluasannya kepada 12 ekar, hasil daripada pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.

 

 

 SEBAB-SEBAB PENUBUHAN

                                                            

Sepanjang kajian, penulis mendapati faktor utama utama yang membawa kepada penubuhan Pondok Sungai Durian ialah atas keinginan peribadi al-Marhum Haji Abdul Rahman dan motivasi gurunya yang berada di Mekah, beliau sendiri pernah menceritakan sebab-sebab kenapa beliau pulang ke Malaysia, sedangkan beliau sendiri lebih selesa tinggal di Makkah.

 

Menurut isteri al-Marhum, gurunya tidak membenarkan beliau pulang ke tanah air kecuali dengan dua syarat utama, pertama mesti menubuhkan sebuah sebuah pusat pengajian pondok dan kedua berjanji tidak akan manjawat apa-apa jawatan sama ada dalam sektor kerajaa atau swasta (tidak makan gaji).

 

Selain dari itu ia berpunca daripada desakan masyarakat ulu Kelantan pada ketika itu yang mempunyai kesedaran betapa pengtingnya pendidikan agama kepada masyarakat. Keadaan ini telah mendorong mereka mendesak supaya ditubuhkan sebuah pusat pengajian bagi memudahkan mereka mendalami ilmu agama.

 

Atas dasar inilah diiringi dengan rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada agama, masyarakat dan negara Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian didirikan dengan diterajui oleh anak tempatan Kuala Krai sendiri. 

 

FALSAFAH DAN MATLAMAT PENUBUHANNYA

 

Falsafah dan matlamat penubuhan pondok ini adalah seperti berikut:

 

  1. Untuk melahirkan satu generasi dari umat Islam yang boleh dan mampu melaksanakan fungsi kewujudannya sebagai “hamba” kepada Allah s.w.t dan juga sebagai khalifahNya di muka bumi ini.

 

  1. Memberi pendidikan kepada pelajar-pelajarnya ilmu yang boleh membawa mereka mengenali Allah s.w.t pada paras yang dikehendaki oleh syariat Islam,mengenali hakikat alam ini sertra hakikat insan.          

   

  1. Untuk mendidik akal dan hati supaya memiliki ciri-cirinya yang sebenarnya yang diperlukan oleh sebuah masyarakat yang mana merupakan paksi yang kukuh dalam pembentukan peribadi muslim yang hakiki lagi berwibawa.

 

  1. Untuk melahirkan para ilmuan yang mempunyai peribadinya yang bersepadu, dengan ini maka mereka mampu menyelesaikan masalah-masalah yang di kalangan masyarakat melalui neraca-neraca Islam yang sebenar.

 

 

LOKASI

 

Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian didirikan di atas tanah seluas 3 hektar yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah iaitu Tuan Haji Yusof bin Abdul Rahman dan seorang pemilik berbangsa asing.Madrasah ini kekal sehingga ke hari ini.

Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia, Pondok Sungai Durian | 2 Komen »

Maklumat Pondok Pasir Tumboh

Posted by epondok di Julai 18, 2008

Sejarah Ringkas

Pondok ini dinamakan Madrasah Diniah Bakriah yang juga dikenali dengan nama Pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh.

Ia terletak kira-kira 11 km dari Bandar Kota Bharu dan jaraknya dari jalan utama Kota Bharu-Pasir Puteh pula ialah sebanyak 1 km. Pondok ini juga berdekatan dengan perumahan Desa Darulnaim dan juga mini MRSM Pasir Tumboh.

 Ia ditubuhkan pada 1954M oleh 2 orang adik beradik iaitu Tuan Guru Hj Mustafa b. Abu Bakar dan adiknya Tuan Guru Hj Abdul Aziz. Penubuhannya merupakan rentetan pengajaran yang telah dilakukan oleh ayahandanya tuan Haji Abu Bakar.

Pengajaran di balaisah (surau ) ini disambung oleh Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan abangnya Tuang Guru Haji Mustafa sehinggalah tertegaknya sebuah madrasah yang serba sederhana dengan bantuan tenaga setempat pada tarikh itu.

 Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan pelajar(lelaki) hanya 50 orang sahaja. Pengajian dijalankan disebuah madrasah kayu yang berukuran 40×30 kaki sahaja.

Sebelum tertegaknya madrasah ini, terdapat enam orang pelajar sulung yang datang meminta kepada tuan Guru Haji Abdul Aziz supaya membacakan kepada mereka kitab turath. Sehingga mereka berjaya menguasai bidang ilmu dan seterusnya menjadi tenaga pengajar di sini. Antara mereka ialah al-fadhil ustaz Abdullah bin Ali.

Generasi demi generasi yang silih berganti, hinggalah ke hari ini, madrasah ini terus meniti di bibiran pencinta ilmu agama.

 

Perkembangan seterusnya

       Setelah tertegaknya madrasah yang menjadi gedung pengentahuan, selangkah maju kehadapan untuk meniti arus pembangunan yang menjadi kemudahan dan asas kehidupan seharian pelajar pondok.

      Ini dilihat pada infrastrukturnya yang telah dibangunkan bagi tujuan tersebut. Yang mana ia sememangnya merupakan keperluan asasi ke arah terbentuknya madrasah yang sempurna.

Pada tahun 1959, Sebuah masjid didirikan dengan menelan belanja RM45 ribu. Ianya mendapat kelulusan Majlis Ugama Kelantan sebagai masjid mendirikan sembahyang Jumaat. Di samping itu, masjid ini juga dijadikan tempat belajar. Pelajar semakin bertambah kepada 700 orang yang terdiri daripada pelajar dalam dan luar negeri seperti Thailand dan Singapura. Masjid ini telah diperbesarkan dengan pembinaan bangunan 4 tingkat yang siap pada awal 1990 yang dirasmikan oleh KDYM Sultan Kelantan. Kemudian mula membina bangunan tambahan 3 tingkat pada 2005

Madrasah al-Bakriah maju selangkah lagi. Pada tahun 1969, Sebuah lagi madrasah baru 2 tingkat berukuran 40×60 kaki dibina dengan belanja RM35 ribu. Ia dinamakan Madrasah Tuan Guru Hj Mustafa. Ianya dijadikan tempat pengajian dan sebagai menampung tempat pengajian yang sedia ada.

      Permintaan terhadap pembangunan terjadi lagi. Pada tahun 1984, Sebuah bangunan 2 tingkat dibina berhadapan dengan masjid yang mana dijadikan pejabat Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) di sebelah bawah mula 1997 hingga 2003 sebelum dijadikan pejabat rasmi pondok disamping perpustakaan serta bilik pameran di sebelah atasnya.Pada awal pembinaannya ia merupakan tempat belajar dan juga tempat latihan syarahan kepada pelajar.

      Bangunan pembelajaran dibina lagi kali ini. Pada tahun 1988, Sebuah bangunan 2 tingkat dibina lagi berukuran 40×60 kaki sebagai tempat belajar dan juga berlatih syarahan bagi pelajar. Ia dinamakan Madrasah Tuan Guru Hj Abdul Aziz.

     2001 – Mula membina sebuah bangunan 5 tingkat yang dinamakan Rumah Wakaf Guru & Pelajar. Bahagian bawah dijadikan dewan serbaguna termasuk untuk pengajian dan latihan syarahan bagi pelajar manakala sebelah atas dijadikan tempat penginapan pelajar di mana telah guna mulai tahun 2004 walau pun belum siap sepenuhnya lagi

 

 

PERKEMBANGAN SEMASA

Perkembangan utama yang dapat dilihat ialah dari segi pertambahan pelajar iaitu sehingga sekarang ia mempunyai hampir 1000 orang pelajar disamping penduduk asal dan wargatua. Pada asalnya ia hanya menerima pelajar lelaki sahaja tetapi disebabkan desakan orang ramai maka dibuka kepada pelajar perempuan untuk turut belajar sama. Bilangan guru dewasa ini 35 orang tidak termasuk kepala mutalaah.

      Institusi pondok semenjak dahulu merupakan milik persendirian di mana ia hanya bergantung kepada sumbangan dan derma orang ramai, yuran pendaftaran/bulanan dan juga amalan jimat cermat pihak pentadbir disamping tenaga pengajarnya mengajar ilmu secara sukarela tanpa menerima gaji walau sedikit pun.

Cuma buat masa sekarang bagi membantu dari sudut pembangunan dan juga ke arah membantu tenaga pengajar pondok maka satu badan khas telah ditubuhkan dengan namanya Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB). Ia disertai oleh kebanyakan pondok yang masih berfungsi di Kelantan ini dan ditunjangi oleh 3 pondok besar iaitu Pondok Pasir Tumboh, Pondok Lubuk Tapah dan Pondok Sungai Durian.

 

MATLAMAT PENGAJIAN PONDOK

1. Menjadikan pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal

2. Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak

3. Melahirkan generasi berilmu beramal, berani dan bertaqwa

4. Melahirkan pelajar mahir serta memahami  secara mendalam ilmu agama dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup

 

LOKASI

 

 

Ia terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu dan 1 kilometer dari jalan utama Kota Bharu – Pasir Puteh disamping ia terletak berhampiran dengan kawasan perumahan Desa Darul Naim, Pasir Tumboh serta beberapa pusat pengajian yang lain seperti SMU Taqaddum al-Maarif dan mini MRSM Pasir Tumboh.

 

 

KELUASAN DAN PENEMPATAN

 

 

Ia  merangkumi kawasan seluas 40 ekar dengan tanah wakaf milik madrasah seluas ¾  ekar manakala selebihnya milik persendirian. Ia menampung lebih kurang 800 unit rumah dan pondok di mana ia terbahagi kepada beberapa kawasan yang merangkumi :

  • Rumah Tuan Guru, tenaga pengajar dan keluarga
  • Pondok orang-orang tua
  • Pondok pelajar lelaki
  • Pondok pelajar perempuan
  • Pondok keluarga
  • Pejabat pentadbiran 
  • Masjid dan surau-surau untuk pengajian
  • Tanah perkuburan Islam

 

 

 

KOMUNITI PENDUDUK

 

 

Madrasah ini mempunyai jumlah bilangan penduduknya seramai 1300 orang sebagaimana maklumat di bawah :

  • 700 orang penduduk termasuk guru dan keluarga serta orang tua dan kelamin
  • 500 orang pelajar lelaki
  • 100 orang pelajar perempuan

 

 

 

AHLI JAWATANKUASA MADRASAH

 

 

JEMAAH PENGUASA

Penguasa 1                 :           Tuan Guru Hj Hashim b Hj Abu Bakar

Penguasa 2                 :           Ustaz Hj Wan Muhammad b Wan Othman

Penguasa 3                 :           Ustaz Hj Salleh b Ismail

Setiausaha Agong     :           Ustaz Hj Ahmad Shairazi b Hj Atiqullah

Timb Setiausaha       :           Ustaz Hj Syuib b Omar

Bendahari Agong       :           Ustaz Hj Abdul Rahim b Hj Hamzah

 

JEMAAH TADBIR

Pengerusi                    :           Ustaz Hj Abdul Halim b Abdul Ghani

Timb Pengerusi          :           Ustaz Hj Muhamed b Talib

Setiausaha                 :           Ustaz Hj Syuib b Omar

Timb Setiausaha       :           Ustaz Hj Mohd Zaini b Mustafa

Bendahari                   :           Ustaz Hj Abu Bakar b Osman

 

Lajnah Pelajaran                               :           Ustaz Hj Abu Bakar b Osman

Lajnah Keamanan & Keselamatan   :           Ustaz Hj Abdul Halim b Abdul Ghani

Lajnah Akhlak & Ibadat                  :           Ustaz Hj Ahmad Naim Muhammad

Lajnah Penerangan & Perhubungan            :           Ustaz Hj Nurussobah b Hj Mustafa

Lajnah Perancangan & Pembangunan:        Ustaz Hj Nik Zulkifli b Nik Yaacob

Lajnah Kebersihan & Keceriaan      :           Ustaz Hj Suhaimi b Ismail

Lajnah Kewangan & Ekonomi                       :           Ustaz Hj Abdul Rahim b Hj Hamzah

 

 

  • Setiap jawatankuasa kecil lajnah terdiri daripada kalangan guru dan pelajar

 

 

AHLI JAWATANKUASA PELAJAR

 

 

  1. Majlis Syura Pelajar di bawah penyeliaan Lajnah Pelajaran dan Lajnah Keamanan
  2. Ahli jawatankuasa kawasan muslimin & muslimat
  3. Persatuan anak negeri yang ditubuh

 

 

PUSAT PENTADBIRAN

 

 

Madrasah ini mempunyai sebuah pejabat di mana ia digunakan untuk pentadbiran madrasah, pendaftaran pelajar, mesyuarat, menyambut tetamu dan beberapa tugas berkaitan. Ia dikendali oleh petugas tetap dibantu oleh Lajnah Penerangan & Penerangan, Lajnah Pelajaran dan ahli jawatankuasa Majlis Syura Pelajar

 

 

TEMPAT BELAJAR

 

 

Madrasah mempunyai beberapa bangunan khas untuk pengajian iaitu seperti berikut :

  • Masjid 4 tingkat
  • 5 buah madrasah
  • Dewan Hj Abu Bakar

  

 

AKTIVITI/ KO-KURIKULUM

 

 

  1. Majlis Muhadhorah Setiap malam Selasa di bawah penyeliaan Lajnah Penerangan & Perhubungan yang melibatkan latihan syarahan, khutbah, nasyid dan lain-lain serta diadakan pertandingan peringkat pondok setiap tahun
  2. Mengadakan program mukhayyam, rehlah, seminar, kursus, lawatan sambil belajar dan sebagainya samada di bawah penyeliaan Lajnah Penerangan & Perhubungan, Majlis Syura Pelajar atau jawatankuasa kawasan
  3. Menyertai pertandingan Syarahan & nasyid peringkat Pondok-pondok Kelantan setahun sekali
  4. Mengadakan gotong-royong bagi setiap kawasan dan juga peringkat umum di bawah penyeliaan Lajnah Kebersihan & Keceriaan

 

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

 

 

  1. Menganjurkan majlis bagi hari-hari kebesaran Islam seperti sambutan Hijraturrasul, Maulidurrasul untuk masyarakat pondok dan umum
  2. Menganjurkan majlis diskusi dan ilmu dengan para ulama’ dari dalam dan luar negara
  3. Menghadiri majlis tahlil, solat hajat, solat jenazah atas jemputan masyarakat

 

 

KEBAJIKAN GURU, PELAJAR & PENDUDUK

 

 

  1. Telah menubuhkan jawatankuasa khas di bawah Lajnah Pelajaran bagi menguruskan Tabung Kebajikan Guru dan Pelajar di mana setakat ini telah menyalurkan bantuan kewangan dan makanan kepada pelajar yang layak
  2. Mulai tahun 2006 telah mengutip yuran kecemasan sebanyak RM 10.00 setahun bagi menjaga kebajikan guru dan pelajar
  3. Tabung Khairat Kematian di mana warga pondok digalakkan menjadi ahli tabung khairat Masjid Mukim Terusan

  

 

SUMBER KEWANGAN

 

 

  • Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 dan bulanan RM 5.00
  • Sumbangan derma dan zakat orang ramai
  • Sumbangan daripada Pusat Pembangunan Pondok Berhad

 

 

PRASARANA YANG SEDIA ADA

 

 

  1. Masjid untuk ibadat dan pengajian
  2. 5 buah madrasah tempat pengajian
  3. Pejabat
  4. 2 buah perpustakaan iaitu Maktabah Bakriah dan Maktabah Masjid Mukim
  5. Bilik pameran
  6. Bilik kegiatan Majlis Syura Pelajar
  7. Rumah tetamu
  8. Kantin/ kedai makan
  9. Kedai runcit dan kitab
  10. Dewan serbaguna
  11. Tandas awam

 

 

PRASARANA YANG BELUM SIAP/PERANCANGAN

 

 

 

  1. Rumah Wakaf Guru & Pelajar setinggi 5 tingkat yang telah diguna sebahagiannya pada awal bulan Mac 2004
  2. Sedang membesarkan masjid 3 tingkat
  3. Sedang siapkan pembinaan pagar bagi keselamatan

 

Dikirim dalam Pondok Ahli PPPB, Pondok Malaysia, Pondok Pasir Tumboh | 9 Komen »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,861 other followers